24 October 2021

Ikan Masin

JERUK MASIN IKAN TENGGIRI 


Saya selera sungguh makan jeruk masin ikan tenggiri 

Makan pulak dengan nasi panas 

Perhhhh memang kena dengan tekak saya


Goreng pula dengan minyak jeruk masin ikan tenggiri itu sendiri yang dalam botol tur 

Tambah dengan cili potong & bawang holland dipotong dadu 


Saya memang berselera benar 

Minyak yang digoreng diletakkan atas ikan masin itu 

Masa goreng akan hancur sket ikan masin nie 

Tak kisah lah hancur pun

Janji membuka selera untuk makan 

Alhamdulillah 😄👍





23 October 2021

10 perkara

10 CADANGAN PERLU AMBIL KIRA UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK KEPADA RUMAH WANGI


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik covid 19

Hasrat melayan hobi hartanah rumah busuk 

Memang tidak ditinggalkan

Cuma perlu lebih berhati hati kerana kekurangan modal 


Anda kenkawan jika nak layan hobi ini 

Kena cuba ambil kira beberapa faktor ini juga yer:

  1. Buat semakkan kawasan yang mahu miliki hartanah rumah busuk
  2. Kirakan juga bajet kos untuk miliki hartanah rumah busuk 
  3. Mesti nak tahu apa tujuan miliki hartanah berkenaan 
  4. Perlu masukkan bajet untuk repair & reno 
  5. Pemilihan kontraktor 
  6. Jika melibatkan fully reno ada ubahsuai porch & dapur ... saya cadangkan buat permohonan pelan ubahsuai 
  7. Masa proses reno ... buat pemantauan kepada proses kerja kontraktor 
  8. Penting juga melibatkan pasangan kita ... bincang bebaik apa apa sahaja pandangan pasangan kita ... Jika tidak mungkin bebelan yang tak sanggup didengar 
  9. Jangan terlalu ghairah untuk banyak sangat buat perubahan sewaktu reno ... nanti bajet burst tau 
  10. Doa bebanyak kepada ALLAH swt agar semua proses dipermudahkan oleh NYA sehingga proses selesai


Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota:


Gambar dari simpanan kes yang lalu 


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG




https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729




Wasap.my/60129861504/bukuir










Riadah

Riadah Santai
Pelan pelan pulih kan stamina
Apabila dah ado tenago 
Baru Syok Layan hobi hartanah rumah busuk pada weken
Tak gitur 
InsyaAllah kan 😄



17 October 2021

Kuew Teow Goreng

KUEW TEOW GORENG

Atas permintaan kidos
Papa pegang sudip 
Baling jer bahan dalam kuali 
Kacau kacau bahan 
Nie lah hasil nya 😄




16 October 2021

Karenah

KARENAH RENO RUMAH BUSUK


Apabila nak reno rumah busuk memang macam macam ragam akan dilalui 

Antara perkara itu ialah:


1. Proses nak lulus pelan ubah suai rumah busuk 

2. Proses pemilihan kontraktor yang paling sesuai 

3. Risau bajet kurus dan burst selalu 

4. Jiran yang meluahkan perasaan bahawa bunyi akan bising sewaktu proses reno sedang berjalan 

5. Ada jugak jiran yang tak selesa terdapat bahan bahan binaan yang banyak di dalam atau hadapan premis reno itu

6. Kekangan tapak binaan renovation yang kecik dan payah nak letak bahan binaan yang buat stok binaan 

7. Koordinasi kerja antara kontraktor binaan rumah ... Kontraktor elektrik ... Kontraktor piping ... Kontraktor kitchen kabinet ... kontraktor wainscoting ... kontraktor langsir dan kontraktor gril welding pagar serta kontraktor aircon untuk timing buat kerja memasing yer

8. Kekadang pihak berkuasa majlis datang buat inspection sewaktu kerja reno sedang berjalan 

9. Kesabaran amat amat penting dalam proses reno rumah busuk

Saya sekadar layan hobi hartanah rumah busuk jer


SHARE kan untuk panduan kenkawan sekalian👍

Yuhuu 😄


Ir. AJAK


#rumahbusuk


Nota:


Gambar dari koleksi kes rumah diwangikan yang telah siap terdahulu 


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG




https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729




Wasap.my/60129861504/bukuir










02 October 2021

Ramai Suka Rumah Wangi

RUMAH BUSUK vs RUMAH WANGI


Sajer nak gebang gebang pepagi sabtuday nie


1. Apabila saya usaha untuk kmemiliki rumah busuk

2. Ramai jiran memandang sebelah mata jer

3. Sesekali ada jugak terasa rendah diri

4. Orang lain beli rumah yang wangi wangi

5. Tapi saya berusaha jugak beli rumah yang busuk

6. Saya usaha untuk reno rumah busuk

7. Saya mohon kelulusan pelan reno dari pihak berkuasa tempatan 

8. Saya sabar hadapi cabaran

9. Ada jugak jiran yang sindir saya ... "Tak der kerja lain yang nak buat ker" ... Saya buat buat senyum hambar jer laaa ... Nak dijawab ... Jiran yang berumur dah ... Risau jika tersalah jawab ... Akan terasa hati pulak si jiran tur ... Saya mengelak dari berbual panjang

10. Makin hari saya makin matang dalam melayan hobi hartanah "rumah busuk" ... tak kisah lah korang nak kutuk ker

Alahaiii


Yang kita selalu nampak memang kita suka kepada rumah yang sudah siap wangi 

Kan kan😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG




https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729




Wasap.my/60129861504/bukuir