28 November 2021

Tempoh Masa

TEMPOH MASA RENO RUMAH BUSUK


Saya kerap kali juga di tanya tentang hal ini

Maka saya cuba kongsikan anggaran masa yang diambil bagi item item berikut:


1. Kelulusan pelan reno ... Anggaran 2 bulan tapi kekadang lebih lama

2. Runtuh porch dan bina semula ... Anggaran 1 bulan

3. Runtuh dapur dan bina semula dengan habiskan ruang tanah belakang ... Anggaran 1 bulan

4. Ubah kan lokasi tandas dan bina semula ... Anggaran 1 minggu

5. Plaster siling sebuah rumah ... Anggaran 1 minggu

6. Pasang Tiles sebuah rumah ... Anggaran 1 minggu

7. Cat sebuah rumah luar dan dalam ... Anggaran 1 minggu

8. Table top di dapur ... Anggaran 1 minggu

  1. Kerja elektrik biasa nya berjalan 2 kali masuk kerja ... sebelum pasang plaster siling dan selepas semua kerja selesai ... tempoh 1 minggu + 1 minggu
  2. Kerja wainscoting ... anggaran 1 minggu 
  3. Yang lain lain item maybe boleh jalan serentak 


Maka korang dah boleh lah berkira kira tempoh masa tur 

Bergantung jugak kepada besar saiz sesuatu renovation tur

Ikut mood pekerja jugak yer

Mood saya sekadar melayan hobi hartanah jer

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK πŸ˜„

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota:


Gambar dari simpanan kes yang lalu 


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG



https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729



Wasap.my/60129861504/bukuir








21 November 2021

Ganjaran Pahalo

GANJARAN PAHALA DENGAN TRANSAKSI RUMAH BUSUK

Transaksi sebuah rumah busuk akan memberi faedah kepada owner yang asal

Samada transaksi melalui platform lelong atau pun subsale 


Contoh nya:

Jika sebuah rumah busuk yang dilelong 

Dibeli oleh seseorang 

Maka hutang owner akan dapat dilangsaikan


Jika ada wang lebihan setelah dibayar kepada pihak bank

Wang lebihan akan diserahkan ke owner

Maka hutang owner akan selesai

Akan hilang status bankrupsi kepada owner 


Ganjaran pahala:

Saya yakin dan pasti

Jika kita lah yang penyebab kepada kebaikan dan punca rezki kepada orang lain

Pasti jua Allah akan memberi kan ganjaran pahala kepada kita jua suatu hari nanti

Kena yakin dengan aturan ini

InsyaAllah


Ir. AJAK 
πŸ˜„

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota:


Gambar dari simpanan kes yang lalu 


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG



https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729



Wasap.my/60129861504/bukuir



20 November 2021

Kapal torbang

Nak naik kapal torbang 
Belum ado peluang laie
Kito selfie jer lah dongan kapal torbang nak mendarat 
Bunyi kapal torbang yang mantap
LayanπŸ˜„



Kerusi roda

RIADAH


Alhamdulillah pagi nie berkesempatan untuk riadah jalan kaki jer 

Berpeluang jarak 2.3km

Minggu lepas 2km

Minggu sebelum nya 1.5km


Ada peningkatan stamina 

Syukur sekali lagi kepada NYA

Moga ada kekuatan untuk saya kembali berstamina 

Usaha tetap usaha 

Semangat kena kuat

Alhamdulillah πŸ˜„


Ini gambar pada bulan Jun 2021 yang lalu 

Saya beli kerusi roda ini dari shoppe 

Saya perlu bantuan berkerusi roda pada masa itu

Masa itu agak lemah fizikal diri saya


Dari hari ke hari

Saya tanpa gagal setiap pagi 

Akan berusaha untuk berjalan perlahan lahan walaupun agak lemah 

Dengan bantuan tongkat lah 

Dah terasa penat saya akan berhenti 

Saya tak lah paksa diri sangat

Dah terasa ada kekuatan sket 

Saya sambung semula 


Saya happy dengan perkembangan sehingga hari ini

Follow up dengan pakar pada minggu ini pun Doktor beri kata semangat & nasihat


Alhamdulillah Syukur sangat kepada MU YA ALLAH

Berkat dari doa dari semua

Dengan peluang yang diberikan 

Saya redho dengan ujian ini 

Saya sebagai hamba menerima seadanya segala dugaan yang mendatang


Ini kisah benar 

Yang berlaku kepada diri saya

Sekadar coretan untuk diari kehidupan saya

InsyaAllah πŸ˜„


Ir. AJAK








14 November 2021

Platform

RUMAH BUSUK MERUPAKAN PLATFORM PERTAHANKAN PEMILIKAN HARTANAH MILIK ORANG KITA

Weken cuti santai semua kalian yer 
Bulan depan dah penghujung tahun 2021
Terasa pantas masa berlalu 
Ya memang terasa pantas sangat 
Secara tak sedar jer 

Rumah busuk merupakan salah satu cara platform untuk mempertahankan pemilikan hartanah milik orang kita
Ini perkara yang yang harus dilihat dengan lebih serius
Saya cadang kan mesti mahu lebih serius yer

Contoh nya:
Boleh di kata kan 
Hari2 ada unit hartanah dilelong serentak di mana mana lokasi terpilih di seluruh negara 
Samada secara fizikal atau secara online
Berlawan banyak kali angkat tangan atau klik button online di skrin komputer 
Sehinggalah harga naik dan terus naik pada pembida yang sanggup membeli 

Saya bukan nak jadik champion atau minta korang jadi champion 
Jika orang kita tidak masuk lelongan dan tidak menang dalam kes2 lelongan yang di jalan kan 
Terutama hartanah milik orang kita 
Maka kemungkinan besar unit hartanah akan terlepas ke tangan “mereka” ... maka memang boleh lah terlepas pemilikan hartanah milik orang kita
(Mereka=cha ya nun alif)

Harap kalian boleh faham apa yang saya maksud kan yer
Nak cakap lelebih kang sensitip pulak
Ada yang cakap rasis dan sebagainya
Ini lah perjuangan yang perlu dibuat dan diteruskan oleh orang kita dari masa ke semasa
Ini lah fardhu kifayah yang kita perlu usahakan 
Beri manfaat kepada ummah
Mungkin ini hari dia yang bermasalah sehingga unit hartanah dia terlelong sebegitu

Sekadar catatan luahan Ir. AJAK pada hari ini
Saya sedih apabila banyak hartanah unit orang kita terlelong
Saya sedih tau apabila ada yang orang kita minat dan masuk dewan lelongan 
Tapi malang nya kuasa beli yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dan kalah dengan “mereka”

Apabila kalah di dewan lelongan maka hartanah terjual kepada “mereka”
Masa itu perasaan saya sangat sedih sangat sedih sangat sedih ... itu hak milik orang kita tapi akan lucut secara sah di kamar lelongan awam
Actually ini lah legasi untuk kita pertahankan bagi anak cucu kita kemudian hari 
Cuba hayati lagu motivasi “ANAK KECIL MAIN API”

Masih jauh perjalanan kita
Masih banyak yang perlu kita perjuangkan
Kemon bangsa ku kemon bangsa ku
Kita berjuang 
Kita terus berjuang 
Terutama hartanah unit orang kita yang berstatus “freehold” tanpa sekatan
Saya Ir. AJAK tiada kemampuan untuk terus berjuang setiap hari kerana kekangan kewangan untuk pemilikan hartanah unit lelongan
Korang boleh masuk lelong dan mesti cuba untuk menang

Tapi saya ada peluang untuk tulis kata kata semangat & nasihat agar untuk kalian terus mempertahankan pemilikan hartanah milik kita dari jatuh ke tangan “mereka” sewaktu lelong
Tolong yer
Saya tidak menang lelong pun tidak mengapa
Janji mesti orang kita yang masuk lelong dan menang setiap kali lelong berlawan dengan “mereka”

Korang nak tahu lebih detail bab ilmu bidaan lelongan boleh klik kat sini:

https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK

Korang nak Minta bantuan untuk kes lelong
Bila2 masa 
Roger jer mereka ini:
1. Tuan Pie Shafie Bustan
2. Tuan Abam Rimau Mohd Hafiz Bin Kamaruddin

Maaf lah tulisan tidak teratur 
Maaf jua jika tulisan saya menguris hati kalian
Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini
Janji korang boleh faham dah cukup baik bagi saya
Itu jer nak cakap
Allahuakbar
Jika sudi Mohon kongsi kan agar lebih ramai yang dapat baca dan faham .. InsyaAllah 

Saya menyokong kerja kuat & usaha keras & usaha murni yang dilakukan untuk anak bangsa kita oleh:
1. Puan Shariza Ija Syariza & Team Ija Syariza
2. Orang muda Sharezad Sharezad Musa & Team Shah Musa
3. Zz Ezri Hartanah & Team ZZ Ezri
4. Dan yang lain lain lagi 

Ir. AJAK πŸ˜„
Hobi hartanah rumah busuk 

#rumahbusuk

Nota:

Gambar dari simpanan kes yang lalu 

Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:

1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
2. HOBI HARTANAH 

https://s.lazada.com.my/s.WizvG

https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729

Wasap.my/60129861504/bukuir













13 November 2021

BrisWalk

Riadah berjalan kaki perlahan lahan 
Mampu setakat 2km jer 
Untuk memulihkan stamina 
Dah ado stamina baru sempoi untuk layan hobi hartanah rumah busuk 



11 November 2021

Pacat

KENA GIGIT PACAT

Ini cerita siang tadi 
Sewaktu saya bertugas melawat kawasan operasi di tempat kerja 
Tak sedar pacat dah masuk dalam seluar 
Tahu tahu terasa geli n gatal jer 
Tengok dalam seluar sekor pacat dah gemuk 
Dah hisap darah saya 
Tapak gigitan tur darah tak henti2 keluar 
Nie haa malam tapak gigitan pacat terasa gatal jer 
Korang jangan gelak yer 
AdoiiiiπŸ˜„



06 November 2021

Siakap

Duk fikir nie haa ... camner nak makan ikan siakap πŸ˜„


  

Plaster Siling

PLASTER SILING RUMAH BUSUK

Merancanglah untuk memasang plaster siling di dalam rumah busuk
Plaster siling akan menaikkan nilai rumah itu
Plaster siling akan membuatkan rumah itu lebih kemas

Malah penyewa atau pembeli rumah juga akan lebih mudah jatuh hati & jatuh cinta 
Saya lebih suka plaster siling yang simple jer 
Pada kebiasaan saya hanya menggunakan cat berwarna putih sahaja setakat ini

Ker korang dah pernah guna selain warna putih untuk plaster siling nie
Jika dapat menggunakan plaster siling di seluruh rumah: porch, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas ... pasti rumah nampak lebih ohsem lagi ... kan kan
YuhuuπŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk 

#rumahbusuk

Nota:

Gambar dari simpanan kes yang lalu 

Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:

1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
2. HOBI HARTANAH 

https://s.lazada.com.my/s.WizvG


https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729


Wasap.my/60129861504/bukuir





04 November 2021

Malas

KEKADANG SAYA MALAS

Malas nak menulis cerita rumah busuk 
Malas nak kongsi kan gambar rumah busuk 
Malas nak paparkan gambar rumah busuk dalam proses mewangi 
Malas lah nak kongsi kongsi kan

Padahal dah lebih 10 tahun saya berkongsi cerita rumah busuk di media sosial 

Kenapa malas ?
Ada kawan saya cakap boleh timbul kan pelbagai reaksi positif & negatif

Sajer jer menaip di pagi cuti deepavali 
Happy holiday kenkawan
Long weken nieπŸ‘

Ir. AJAK

Nota: kredit gambar sumber dari group wasup 



02 November 2021

2 jari

TUNJUK 2 JARI


Pelbagai andaian boleh ditulis 

Dengan menunjukkan 2 jari nie 


Mungkin jugak 2 buah rumah busuk 

Mungkin jugak 2 bulan untuk mewangi kan busuk 

Mungkin target untuk gabungkan 2 team kontraktor rumah busuk 

Mungkin jugak 2 bulan sudah ke penghujung tahun ke 2021 

Mungkin jugak untuk apa apa jer lah 

Sajer menaip sebelum nak tido malam nie 

Merapu rapu sket 

Hahaha πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„