27 March 2022

Ziarah Bonda

ZIARAH BONDA


Jadual sibuk ker

Tak cukup masa ker 

Apa kisah yang ada ker 

Saya tak kisah lah

Tetap akan cari ruang masa 

Tetap akan luang kan masa untuk ziarah bonda saya berada di Ipoh 

Macam biasa perjalanan dari soromban 


Nak makan masakan bonda saya

Air tangan bonda 

Rindu nak bonda masak

Tak kisah lah menu simple apa pun boleh 

Saya makan jer 

Tetap berselera 

Jari jemari bonda memotong bawang lincah macam dulu 


Wife akan ganti saya memandu 

Saya santai kat belakang ... tido ler 

Jika saya terasa mengantuk 

Bawa kidos bersama jumpa opah nya 

Kidos selalu akan hanyut dibuai mimpi apabila dah penat Layan games pada henpon 


Saya suka menyimpan memori saya di FB untuk rujukan kemudian nanti 

Alhamdulillah dapat melepaskan rindu dengan bonda

Sambil Minta bonda doakan pelbagai perkara berkaitan perjalanan hidup saya 

Actually ada satu keputusan penting yang perlu saya buat berkaitan kemajuan kerjaya saya ... saya dalam persimpangan ... nak pilih yang ini atau yang itu ... waduh mesti tenang hadapi realiti kehidupan 


Agar semua baik2 belaka 

InsyaAllah Amin


Ir. AJAK😄











Fully reno

RUMAH BUSUK AKTIVITI WEKEN Ir. AJAK


Rumah yang kes ini

Saya dah bawa bincang dengan wife

Hasrat nak fully reno sebuah rumah: 

  1. Roboh kan porch asal ... bina porch baru
  2. 4 bilik tidur
  3. 3 tandas 
  4. Tambah bahagian dapur 
  5. Ganti seluruh bumbung genting 
  6. Lantai tiles baru sebuah rumah 
  7. Plaster siling sebuah rumah 
  8. Rewiring sebuah rumah
  9. Table top & kitchen kabinet 
  10. Pagar & gril 
  11. Lain lain keperluan 


Planning saya untuk disiapkan pada bulan Jun 2022

Harap dapat koordinasi kan semua team kontraktor :

  1. Binaan
  2. Elektrik
  3. Gril
  4. Kabinet 
  5. Langsir 
  6. Wainscoting 


Layan tetap layan 

Akan cuba untuk luang kan masa ke arah ini 

InsyaAllah 👍👌😄


Ir. AJAK















20 March 2022

Ziarah

ZIARAH KEMATIAN 


Dalam kesibukan jadual today 

Apabila berada di Bangi bersama family 

Dapat khabar berita rakan sekelas wife meninggal dunia 


Kami bergegas ke Kg Chennah Jelebu 

Bagi menziarahi arwah 

Sempat bacakan bacaan surah Yasin buat arwah 

Sholat sunat jenazah 

Hantar jenazah sampai ke tanah perkuburan 


Arwah merupakan follower saya juga dalam hartanah 

Wife saya memang selalu berkomunikasi dengan arwah dalam media sosial 

Pernah kami berkunjung ke kediaman beliau masa lalu 


Memberi keinsafan kepada saya jua 

Kerana ajal maut kita tidak tahu bila 

Moga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini

Sama sama kita mendoakan roh arwah

Al Fatihah 








HB ANGAH 17

HAPPY BIRTHDAY 17 ANGAH 

Happy birthday 17 Angah 
Muhammad Alif
Anak ke 2 papa mama 
Makin membesar dah skrang 
Tinggi dah sama papa 
Misai pun dah mula nak tumbuh 

Bersekolah Teknik ... ambil Kejuruteraan Awam 
Kata Angah nak ikut jejak langkah papa jadik Jurutera Awam 
Papa mama senantiasa beri sokongan 
Yang paling utama mesti nak didik anak yang baik akhlak & anak soleh 

Sambil lawat Along pada weken today 
Along tak balik rumah weken ini kerana nak fokus final exam semester ke 5 selama tempoh 2 minggu ini  ... petang ini pun ada paper 
Kami bekfes makan makan merai kan besday Angah jua 
Bonding bersama family aktiviti pada weken 

Alhamdulillah 👌😄

















Porch

DAH RUNTUH KAN PORCH RUMAH BUSUK


Dah runtuh kan porch rumah busuk yang sedia ada 

Nak bina porch yang baru

Layan jer laaa😄


Ir. AJAK







19 March 2022

Riadah

RIADAH

Weken cuba luangkan masa untuk riadah 
Tak larat nak jejauh 
Sekadar mampu 3km jer
Nak kekal kan stamina supaya sihat... tu jer hasrat nya 
Layan peluh 😄


15 March 2022

Tahniah

ANAK BONGSU

Anak bongsu papa mama
Dah makin tinggi 
Anak manja mama nya 
Tak mahu tinggal asrama di sekolah 

Papa tahu sebab nya tak mahu nak tinggal di asrama 
Sebab nak main games komputer & hp & PS4 hari hari di rumah selepas sholat isyak 
Adoii 
Muhammad Adam nie

Anyway TAHNIAH kerana berpeluang untuk mohon & terima tawaran ke SMKA
Kat seremban jer tak jauh dari rumah 
Mama akan hantar pergi n balik setiap hari

Balik kerja ... Adam papà belanja makan di McD sempena dapat surat tawaran 
Boleh ajer 👍👌😄



Tahniah Muhammad Adam

Muhammad Adam ada cakap tahun lepas

Nak cuba dapatkan keputusan 8A sewaktu exam UPKK tahun lepas 

Untuk cuba mohon bagi bersekolah di sini


Alasan Adam nak dekat dengan rumah 

Alhamdulillah Allah swt izin kan

Konon tak mahu berjauhan dengan mama nya ... anak bongsu camtur lah


TAHNIAH lah anak bongsu papa mama 

Pepagi lagi mama nya dah semak online 

Papa tak kisah anak anak nak bersekolah di mana pun ... janji menimba ilmu 



TAHNIAH jua kepada semua anak anak yang lain di satu mesia yang mendapat tawaran pada hari ini

Yang belum berpeluang menerima tawaran jangan kecewa kerana perjalanan masih jauh lagi 

Itu nasihat dari Uncle Ir. AJAK


Sonyum selalu 😄





12 March 2022

Renungan

BUAT RENUNGAN DIRI SAYA

KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.
McDonald's pula tak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.
 
TETAPI keduanya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.
 
MERCEDES Benz tak pernah memburukkan kereta BMW.
BMW juga tak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES BenZ.
 
TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.
 
Kawan-kawan
 
Kita tak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.
 
Kita juga tak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikkan kita.
 
Malah, Kita tak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan produk kita.
 
Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.
 
Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu untuk mencapai kejayaan bersama.
 
Kejayaan kita tak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.
 
Kebahagaian tak akan dicapai dengan melukakan orang lain.
 
Rezeki kita juga tak bertambah dengan mencantas orang lain. 
 
Carilah BARAKAH dalam apa jua yang kita lakukan untuk BEKALAN 

KREDIT SUMBER 
COPY & PASTE DARI GROUP WASUP


11 March 2022

Short vacay

WEKEN SHORT VACAY

Bawak kidos santai santai 
Minggu depan Along nak final exam dah 
Layan 😄





06 March 2022

Ruang Dapur

RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Ruang dapur rumah busuk sudah mula mewangi:

1. Lantai tiles sediaada telah dipecah dan digantikan dengan yang baru

2. Bina table top berbentuk L shape

3. Pasang tiles bersaiz 2 x 2 berwarna putih bagi permukaan table top

4. Memasang simple kitchen kabinet bahagian bawah table top

5. Memasang simple kitchen kabinet bahagian atas table top

6. Memasang simple hood

7. Memasang simple built in dapur gas

8. Ada 2 bowl sinki

9. Soft door closer bagi pintu pintu kabinet

  1. Rewiring semula bahagian dapur dengan tambah beberapa soket dan kedudukan kipas siling
  2. Tepi dinding table top dah siap lubang pili paip (sekarang di end cap) nak pasang cuckoo or coway 


Belum dibasuh lagi lantai tiles dan tiles table top ... Masih berabuk dan kotor

Ruang dapur nampak kemas dan teratur dengan keadaan begini

Pasti kaum ibu bersemangat untuk memasak di ruang dapur

Saya sekadar melayan hobi rumah busuk selepas waktu kerja pejabat n cuti weken

"Ingat rumah busuk ... Ingat AJAK ... Yuhuuu ! ! !"

Korang jangan menyampah plak yer ... Asyik ceriter umah busuk jer dari saya nie😄


Ir. AJAK








05 March 2022

Udang Goreng Tepung

JALAN2 CARI UDANG GORENG TEPUNG


Weken masa yang syok 

Selain aktiviti layan hobi hartanah rumah busuk 

Penuh jadual nya untuk mewangi kan 


Mesti nak luangkan masa

Jalan2 ngan family 

Gie makan2 


Potang ini 

Cari sotong goreng tepung 

Udang goreng tepung 


Alhamdulillah kidos pun heppy 

Cuma cuaca hujan potang ini

Hujan rahmat 


Sambil bonding dengan family 

Weken along akan balik ke rumah dari kolej 

Potang semalam Along ada test ... katanya boleh buat 


Saya bab makan nie memang Suka

Alhamdulillah 👍👌😄






















Pasang langsir

RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI 

Rumah busuk makin mewangi 
Pasang langsir sebuah rumah 
Blind kat dapur 
Beribu jugak abis modal nya 
Adusss 😄














Peluh

RIADAH PAGI INI

Weken pagi riadah sket 
Mampu briswalk 3km jer 
Santai santai untuk mainten stamina 
Berpeluh lah jugak
Alhamdulillah 😄