16 May 2022

Rumah Teres

YA BETOI Ir. AJAK STAY DI RUMAH TERES

“Aku mati mati ingat rumah yang kau stay adalah RUMAH BANGLO” …

Pernah terkeluar dah statement begini 
Dari mulut kenkawan yang hadir di jamuan rumah saya
Sampai jer di rumah saya .. itu statement pertama keluar dari mulut nya … Bukan nak beri salam or ucap Selamat Hari Raya 
Kelakar lah korang 😄

YA BETOI Ir. AJAK STAY DI RUMAH TERES

Memang perkara kenyataan ini
Saya stay di rumah teres sahaja bersama isteri & kidos 
Saya TIDAK memiliki kediaman rumah banglo

Rumah teres sahaja kemampuan saya untuk miliki  kediaman 
Saya selesa dengan keadaan sebegini 
Saya bersyukur kerana saya ada jiran2 yang baik baik hati & memahami tolenrasi
Jika saya outstation ke oberc ke or umrah or holiday dengan wife 
Anak2 saya tinggal pun saya senang hati kerana saya yakin dengan kejiranan 
Bertahun2 dah beberapa saya tinggal kan anak2 

Saya berkawan dengan ramai orang 
Saya tak lah semata mata nak memilih hanya kerana dia ada rumah banglo untuk saya berkawan 
Kemon kenkawan kita berkawan kerana mahukan ukhwah silaturrahim Kerana itu tuntutan agama 

Takkan kerana saya hanya stay di rumah teres 
Saya tiada miliki kediaman rumah banglo 
Saya tak boleh jemput kenkawan untuk jamuan berhari raya ?
Kemon lah … saya sekadar ingin merai kan & gembira kan hati kenkawan 
Saya mahu berkawan dengan semua orang 
Saya suka menjalin kan ukhwah silaturrahim 

“Aku ingat kan kau asyik uplud RUMAH BUSUK reno rumah sana reno rumah sini … mesti rumah yang kau stay sendiri besar RUMAH BANGLO nya … ruper ruper nyer rumah teres jer”

Saya Ir. AJAK akui bahawa RUMAH BUSUK adalah aktiviti LAYAN HOBI saya pada hari cuti & masa lapang & weken untuk riadah saya 
Ini minat saya 
Dan hasrat saya untuk memberi manfaat kepada seramai mungkin ummah dengan aktiviti RUMAH BUSUK
Dah lebih 12 tahun aktiviti ini berjalan secara aktif mulai tahun 2010 lagi 

Saya bukan golongan kaya 
Sambil menaip nie di bawah porch rumah teres
Pekena secawan air panas 
Cawan jer cop Starbuck kopi bancuh sendiri paket 3 in 1
Wallet pun nipih jer 

Sekadar catatan hari ini 16 Mei 2022
Hahaha 😄





No comments:

Post a Comment