13 August 2022

11 Tips

11 TIPS ANGGARAN RUMAH BUSUK


Ramai yang berminat nak tahu apabila kita berbicara bab anggaran kos rumah busuk 

Yang amat pasti ialah setiap kes tidak sama kos nya

Ya memang pasti tidak akan sama Kos nya 


Amat amat bergantung kepada elemen elemen berikut antaranya:


  1. Jenis rumah ... banglo, teres setingkat ker 
  2. Pilihan jenis bahan binaan yang digunakan 
  3. Nak kualiti bagus atau kualiti sederhana 
  4. Nak tempoh siap cepat atau tempoh siap biasa biasa jer 
  5. Lokasi rumah di mana tur ... lokasi akan menentukan harga kos jugak ... contoh di Bandaraya KL akan tinggi sket lah berbanding di Kuala Pilah Negeri Sembilan 
  6. Mahu mendapatkan pelan kelulusan PBT atau tidak
  7. Rekabentuk ubahsusai yang biasa biasa atau rekabentuk yang luar biasa bentuk nya
  8. Apa item nak di ubahsuai nya contoh porch sahaja ker atau extend dapur atau nak ubah kedudukan tandas
  9. Apa item item detail yang di mahukan ... contoh ada plaster siling ker
  10. Berapa saiz rumah atau saiz porch yang mahu dibina 
  11. Rumah landed atau apartmen (yang apartment tur ada lif atau tiada


Sekadar saya beri pandangan jer

Saya bukannya hebat sangat pun

Sekadar layan hobi hartanah rumah busuk untuk isi masa lapang pada weken 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


Nota: 

Dalam gambar 

Rumah busuk yang hampir mewangi dah 

Belum dicuci lantai nya lagi 

Lokasi di Seremban

Bila dah cun begini … ramai yang bertanya … jiran jiran pun Suka😄











No comments:

Post a Comment