09 November 2014

Sharing Wall FB Wan Infolelong ...



Asalam
Per kabo
Sajer nak sharing sket pepagi ahad nie
Tengok Notification FACEBOOK ada satu cebisan coretan empat lima baris pengalaman aku bab transaksi hartanah lelong telah di SHARING oleh Penulis BUKU dan beliau juga adalah SEORANG PENSYARAH di Universiti Tempatan serta PENGGIAT AKTIF HARTANAH di wall FB beliau ...
Makner nyer idea yang aku Sharing kepada kenkawan adalah mempunyai nilai KOMERSIAL dan BERNILAI ...
Moga sedikit ilmu yang aku sharing akan boleh memberi manfaat kepada orang lain ...
Alhamdulillah ...
InsyaAllah ...
Amin ....

08 November 2014

Cukai Keuntungan Harta Tanah ...



Asalam ...
Per kabo ...
Today sajer nak sharing bab biznes partime transaksi hartanah lelong aku ...
Baru sahaja dapat notis dari Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN untuk membayar cukai keuntungan harta tanah bertarikh surat 30 oktober 2014 ...
Tahun ini ada 2 notis sudah dapat dan sudah di bayar melalui online Maybank2u jer ... tak payah susah untuk bayor di kaunter LHDN ...
Biznes partime aku nie memang telus kerana melalui transaksi LHDN dan pembayar cukai yang setia kepada Kerajaan Malaysia kerana takut sangkut tak boleh untuk melancong ke obersea pulak ... sangkut di kaunter Imigresen Malaysia ...
Korang jugak jika membuat transaksi hartanah perlu untuk ber sedia untuk membayar cukai sehingga 30% ... bergantung kepada tempoh memiliki hartanah tersebut sehingga tarikh pelupusan ... sediakan tunai jer ...
Aku proses isi borang dan sehingga keluar notis ini di pejabat LHDN soromban ... buat sendiri dengan di bantu oleh wife untuk men jimat kan kos guaman sehingga boleh men cerah fees rm500 setiap transaksi borang CKHT3 ... sekadar belajorr untuk berjimat ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

06 November 2014

Plaster Siling ...



Asalam ...
Per kabo ...
Potang today khamis balik dari kojo sempat singgah di lokasi renovation rumah lelong ...
Progress sedang menyiapkan plaster siling di ruang tamu ...
Plaster siling di ruang makan telah sempurna ...
Dedikasi pekerja kontraktor kerana jam sudah menunjukkan 6.30pm potang tapi masih tekun bekerja ...
Hati gumbira progress adalah baik bagi kojo biznes partime aku ...
Alhamdulillah ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA
InsyaAllah ...
Amin ...

04 November 2014

Tanah Pertanian Di Tukar Status Ke Lot Banglo ...



Asalam ...
Per kabo ...
Sajer nak sharing bab biznes partime transaksi hartanah ...
Pagi tadi terima mesej dari biznes partner ...
Beli status tanah pertanian dan ditukar ke status yang kediaman lot banglo geran individu ...
Lokasi tanah ialah di sebelah Kilang DRB Hicom dan di belakang Hostel University Automotif di Pekan Pahang ...
Projek ini bermula pada penghujung tahun 2012 ...
Bermula rundingan harga ...
Buat simple agreement dan dimatikan setem ...
Buat pembayaran kepada tuan tanah ...
Bermula lantik surveyor untuk ukur tanah ...
Buat pelan cadangan pecah lot lot banglo ...
Lantik kontraktor untuk tebang pokok dan bersih kan kawasan ...
Lantik perunding planner untuk sediakan pelan susun atur bagi memohon Kebenaran Merancang ke Majlis Daerah Pekan Pahang ...
Dapat sokongan dan kelulusan bagi pelan susun atur dari pelbagai agensi teknikal seperti TNB, Air, IWK, JPS dan Majlis Daerah Pekan ...
Buat precom plan dan submit ke Pejabat Tanah Daerah Pekan ...
Di angkat ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pahang ...
Mesti mendapat persetujuan EXCO Negeri Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK Negeri Pahang yang di Pengerusi oleh YB Menteri Besar Pahang kerana melibatkan per tukaran status pertanian ke kediaman dan geran individu ...
Semua proses ini memakan masa tempoh dari penghujung tahun 2012 sehingga sekarang penghujung tahun 2014 ...
Dah 3 tahun masa berlalu ...
Kos RM pun dah banyak ter labur di projek nie ...
Usaha sudah di peringkat akhir untuk menunggu jumlah nilai premium tanah perlu dibayar ke Kerajaan Pahang yang dianggarkan berjumlah Ringgit Malaysia 6 angka berdasarkan nilai hartanah 9 lot banglo status kediaman geran individu dengan nilai semasa hartanah sekitar Ringgit Malaysia 7 angka ...
Usaha yang amat berbaloi baloi walaupun memakan masa dan pelbagai rintangan ...
Penat gakkk tapi aku ber puas hati ...
Aku telah top up ilmu dan pengalaman yang amat amat berharga ...
Satu lagi cabang bidang transaksi hartanah ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA bagi urusan seterusnya ...
InsyaAllah ...
Amin ...

01 November 2014

Today 1hb November 2014 ...



Asalam ...
Per kabo ...
Today sabtu 1 hb november 2014 ...
Hari yang sibuk penuh dongan aktiviti yang bermanfaat ...
Awal pagi selepas sholat subuh pergi riadah di padang golf ...
Pada sebelah potang lawat site renovation rumah lelong ...
Berbincang dan buat beberapa keputusan dongan kontraktor binaan dan kontraktor elektrik ...
Buat bayaran progress kepada kontraktor dengan bayaran Cheque ...
Kemajuan kerja yang amat memberangsangkan iaitu terkini sedang memasang plaster siling ...
Wayar elektrik pun dah dipasang ...
Dalam tempoh 2 minggu kontraktor dah janji untuk siapkan plaster siling seluruh rumah termasuk porch kereta ...
Lepas tur pasang tiles lantai seluruh rumah pulak ...
Alhamdulillah perancangan berjalan dongan lancar ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...
Perasaan heppy nie ...
Malam nie nak bawak my kiddos window soppink plakk ... hehehe

26 October 2014

Hartanah Under Construction ....



Anak sulung deennn bernama muhammad Aiman ...
Bersama anak siang tadi ahad ...
Melawat lokasi rumah yang di beli "under construction" ...
Guna 100% loan ...
Guna kemudahan yang sedia ada ...
Progress sekitar 70% siap dah ...
Nak beri pendedahan dan nak tanamkan minat kepada anak sulung tentang dunia partime biznes transaksi hartanah ...
Ini lah yang papa usahakan untuk menambah pendapatan dari gaji bulanan ...
Maklum laa kos sara hidup yang makin meningkat ...
Tahun depan dah ada GST 6% pulak ...
Tak gitur kenkawan kann kannn ...

24 October 2014

Idea ...



Lunch hour today jumaat ...
Beriani kambing bawah pokok ...
Sambil menikmati keenakan makan beriani nie ...
Datang ilham "idea" untuk berbuat sesuatu TRANSFORMASI ke atas biznes partime transaksi hartanah ...
Idea ini yang aku tunggu ...
Boleh dah implementation kan pada masa akan datang ...
InsyaAllah ...
Alhamdulillah atas segala peluang dan rezki dari NYA ...
Aku bersyukur ....