15 September 2016

Tapak

TAPAK KAKI
=========

Hari ini agak jauh berjalan kaki
Dari khemah di bumi mina berjalan kaki ke jamrah dan berjalan melontar ketiga jamrah serta berjalan kaki kembali semula ke khemah penginapan
Dari khemah berjalan kaki ke arah bas yang agak jauh parking kerana pihak askar tidak membenarkan bas masuk sehingga ke depan pintu khemah
Jalan ditutup untuk memberi laluan kepada pejalan kaki
Sampai di hotel penginapan berjalan kaki pulak menuju ke MasjidilHaram 
Tawaf 7 pusingan 
Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk 7 pusingan
Berjalan semula ke hotel penginapan
Rasa rasa nyer jika di hitung jarak berjalan kaki pada hari ini maybe ada sekitar lebih kurang 10 km 
Perlukan kekuatan fizikal dan mental
Wowww jauh jugak tur bagi aku nie
Maybe biasa bagi kebanyakan orang 
Malam nie nampak bawah tapak kaki ada macam pecah pecah sket dan terasa sakit sakit sket
Sabor jerlah kan
Sapu kan Vaseline malam nie 
Beli kat farmasi
Nak berehat plak untuk pulihkan tenaga ...


14 September 2016

12 Zulhijjah

Melontar di Jamrah 
Untuk Hari 12 Zulhijjah 
Alhamdulillah 

13 September 2016

Jamrah

MELONTAR 11 ZULHIJJAH 
====================

Selesai untuk hari ini
Melontar di 3 jamrah
Dalam cuaca yang panas 
Dipahamkan hampir mencecah 50 celcius tengahari ini
Berjalan kaki dari khemah ke jamrah
Ramai sungguh jemaah
Alhamdulillah 

Tandas

BERATUR PENGGUNAAN TANDAS
==========================
Nak guna tandas perlu beratur
Kesabaran perlu pada tahap yang tinggi
Salah satu cabaran apabila berada di Bumi Mina nie
Kekadang kasihan kepada jemaah yang "dah tak tahan" kita beri laluan terlebih dahulu
Betoikan
.
.
.
Teringat sewaktu menjadik budak asrama putera sewaktu ketika dolu dolu remaja ... Mengimbau memori silam ... Sonyum jer 😄


10 September 2016

Arafah

Hari yang dinanti ...
Himpunan jemaah dari seluruh pelusuk dunia ...
Tidak kira bangsa dan warna kulit ...
Memakai ihram ...

09 September 2016

Sholat Jumaat

SHOLAT JUMAAT DI MASJIDILHARAM
=============================

7 Zulhijjah 1437H
Jumaat
2 hari lagi ke Hari Wukuf
Sholat Jumaat hari ini dipahamkan ada sekitar kira kira 4 juta jemaah seluruh dunia 
Sejak beberapa jam tadi segenap ruang masjid telah mula dipenuhi oleh jemaah
Di bahagian luar masjid juga telah dibanjiri oleh jemaah
Dipahamkan juga jemaah dari Kota Madinah Al Munawarah telah sampai
Memang padat hari ini
Padat sesangat
Pelbagai bangsa dengan tujuan yang sama
Ini pengalaman pertama saya berada di musim haji
Saya kagum dengan himpunan sebegini
Benar benar kagum dalam diri
Sebelum ini hanya hadir pada musim mengerjakan Ibadah Umrah
Alhamdulillah saya berpeluang untuk mendapat "sedikit ruang" tempat di dalam Rumah Allah Masjidil Haram
Seawal jam 9am pagi saya sudah berusaha untuk sampai
Dijadualkan jemaah akan mula bergerak ke Padang Arafah seawal petang ini menjelang Hari Wukuf pada tanggal 9 Zulhijjah 1437H
Bergerak secara berperingkat peringkat
Doa kan saya dan wife serta semua Kumpulan Jemaah Malaysia untuk dipermudahkan semua urusan Ibadah ini
InsyaAllah
Aamin

Ir. AJAK


Kemeriahan

Kemeriahan di malam jemaat ...

06 September 2016

05 September 2016

Mandy lamb

Group lucheon mandy lamb
Bersama Ustaz Dato Daud Che Ngah
Ambik aura Dato
Alhamdulillah