09 September 2016

Sholat Jumaat

SHOLAT JUMAAT DI MASJIDILHARAM
=============================

7 Zulhijjah 1437H
Jumaat
2 hari lagi ke Hari Wukuf
Sholat Jumaat hari ini dipahamkan ada sekitar kira kira 4 juta jemaah seluruh dunia 
Sejak beberapa jam tadi segenap ruang masjid telah mula dipenuhi oleh jemaah
Di bahagian luar masjid juga telah dibanjiri oleh jemaah
Dipahamkan juga jemaah dari Kota Madinah Al Munawarah telah sampai
Memang padat hari ini
Padat sesangat
Pelbagai bangsa dengan tujuan yang sama
Ini pengalaman pertama saya berada di musim haji
Saya kagum dengan himpunan sebegini
Benar benar kagum dalam diri
Sebelum ini hanya hadir pada musim mengerjakan Ibadah Umrah
Alhamdulillah saya berpeluang untuk mendapat "sedikit ruang" tempat di dalam Rumah Allah Masjidil Haram
Seawal jam 9am pagi saya sudah berusaha untuk sampai
Dijadualkan jemaah akan mula bergerak ke Padang Arafah seawal petang ini menjelang Hari Wukuf pada tanggal 9 Zulhijjah 1437H
Bergerak secara berperingkat peringkat
Doa kan saya dan wife serta semua Kumpulan Jemaah Malaysia untuk dipermudahkan semua urusan Ibadah ini
InsyaAllah
Aamin

Ir. AJAK


No comments:

Post a Comment