Makan makan kat Jeddah ...
"Sup buntut" ...
Sedap panas panas beb ...
Menuju ke Jeddah ...
Sudah melepasi Tanah Haram ...
Dah boleh bergambo ...
Moga perjalanan rombongan kami dirahmati ...
InsyaAllah ...
Makan malam lepas isyak ...
Nasik tabur atas pelapik plastik ...
Sambil bersila berlaga lutut ...
Selera pulak makan macam gini ...
Alhamdulillah ...
CABARAN BERSAMA KIDOS
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Cabaran membawa 4 kidos
Jika masuk lewat ke dalam masjidilharam
Susah nak dapat tempat duduk untuk 5 pax
Jika masuk awal sangat untuk dapatkan tempat duduk
Maka kidos akan beriktikaf sambil tertidur di atas riba aku
Kiri kanan riba akan ditiduri oleh kidos
Papa sabar untuk mendidik korang
Papa mahu kenangan manis ini akan mewarnai kehidupan kidos
Papa bawa ke Rumah Allah nie sebagai tarbiyah kehidupan
Papa suruh sholat
Papa suruh berzikir
Papa mintak korang tinggalkan wifi buat sementara waktu
Papa didik korang bersabar untuk beriktikaf
.
.
Dah hampir 9 hari di sini
Korang pulak dah mula ingatkan papa dan papa
"Sejam lagi dah nak masuk waktu"
Bergegas korang mengambil wuduk dan pakai jubah
Alhamdulillah
Ir. AJAK
Mekah
PELAN KELULUSAN RENOVATION RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Aku dan family berada di Tanah Suci Mekah
Dapat mesej di wasup
Pelan kelulusan untuk renovation rumah busuk sudah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seremban
Kelulusan diterima lebih awal daripada planning yang aku jangka akan dapat keputusan penghujung disember 2016
Allah dah mudahkan urusan ini
Maka tahun depan 2017 dah boleh planning untuk renovation plak
Kasi wangi wangi dan deco deco
Maklumlah bulan november dan disember nie aku kurangkan aktiviti fizikal rumah busuk
Nak rehat rehat kan badan dan bonding bersama kidos n family
Aku heppy melayan hobi hartanah rumah busuk
Santai santai jer beb
Ir. AJAK
Mekah