01 December 2016

Riba

CABARAN BERSAMA KIDOS

◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️


Cabaran membawa 4 kidos

Jika masuk lewat ke dalam masjidilharam

Susah nak dapat tempat duduk untuk 5 pax

Jika masuk awal sangat untuk dapatkan tempat duduk

Maka kidos akan beriktikaf sambil tertidur di atas riba aku

Kiri kanan riba akan ditiduri oleh kidos

Papa sabar untuk mendidik korang

Papa mahu kenangan manis ini akan mewarnai kehidupan kidos

Papa bawa ke Rumah Allah nie sebagai tarbiyah kehidupan 

Papa suruh sholat

Papa suruh berzikir

Papa mintak korang tinggalkan wifi buat sementara waktu

Papa didik korang bersabar untuk beriktikaf

.

.

Dah hampir 9 hari di sini

Korang pulak dah mula ingatkan papa dan papa

"Sejam lagi dah nak masuk waktu"

Bergegas korang mengambil wuduk dan pakai jubah

Alhamdulillah 


Ir. AJAK

Mekah


No comments:

Post a Comment