05 November 2017

Tak mudah

TAK SEMUDAH LAYAN RUMAH BUSUK


Macam macam senario perlu di lalui

Kena ada semangat 

Kena ada matlamat

Kena ada usaha yang gigih


1. Kena ada ilmu:

Makner kata kena ada hala tuju

Kena tahu apa tindakan yang perlu di buat

Kutiplah ilmu dari buku, ebok, pergi seminar berkaitan hartanah dan kewangan


2.Nak cari rumah busuk:

Kekadang peringkat ini pun dah gagal yer

Kat mana nak cari listing nya

Masa diambil untuk pergi lawat rumah busuk

Nak mencari lokasi rumah tur lagi


3. Dapat kan semua info rumah busuk:

Jika kes lelongan awam nak dapat kan notis lelongan

Nak dapatkan carian persendirian, bil tertunggak: pintu, tanah, maintenen, tnb, air, iwk

Dengan ada info tur senang sket nak buat bajet atau keputusan nya

Jika rumah subsale .. nak dapatkan info juga lah


4. Proceed miliki rumah busuk:

Dah ada ilmu

Dah cari rumah busuk

Dah ada info

Apa lagi tunggu

Proceed lah untuk memiliki rumah busuk


5. Jika ditakdirkan gagal:

Jika kes lelong ... ditakdirkan gagal memang kerana disebabkan bajet kita RP sahaja ... sedangkan ada ramai pembida yang lain

Jika kes subsale pula ... kita harapkan markup harga ... tapi owner tak setuju

Jangan lah kecewa sampai guling guling 

Itu perkara biasa

Cari unit lain

Cari kes yang lain pula

Cuba lagi jangan putus asa yer


6. Wangi kan rumah busuk:

Cabaran nak wangi kan rumah busuk pun berbeza juga

Ada yang teruk sangat keadaan nya

Ada yang setakat cat jer dah kembali sempurna 

Jika rezki baik .. dapat yang unit dah sedia cantek ... hanya kemaskan ajer lah

Itu rezki namanya


7. Modal:

Ini ramai yang mengeluh

Ini masalah semua orang

Masalah saya juga

Modal nak deposit 

Modal kos agent

Modal kos lawyer

Modal kos valuer

Modal nak settle kan baki (jika layak buat loan okey lah tur)

Modal nak repair rumah busuk


Jika di kaji semua senario

Terus terang saya cakap

Memang tak semudah yang disangkakan untuk melayan rumah busuk nie

Hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental sahaja mampu untuk terus bertahan

Itu belum masuk isu yang pasangan memasing tak support pagi ... lagi leceh weh 

Betoikan 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


04 November 2017

Brownis

Saya nonton bola

Wife rajin memasak di dapur 

Masih panas

Brownis

Tunggu sejuk untuk jadik kedut

Wow aroma bau nya amat lah sedap

Yummy 


Apoitmen ..

Apoitmen wit client ...


Nak reno

MULA PROJEK RUMAH BUSUK


Baru nak mula projek yang ini plak

Dah sampai stok batu dan pasir

Nak mula pecah dinding itu dan ini

Bermula kerja awal November 2017

Dijangka siap sepenuhnya pada awal January 2018

Ambil masa sekitar 3 bulan

Skop kerja nak ubahsuai:

1. Runtuh porch asal dan bina baru

2. Besar kan hall

3. Besarkan ruang dapur

4. Ubah kedudukan tandas

5. Besarkan bilik

6. Tiles sebuah rumah

7. Plaster siling sebuah rumah

8. Rewiring baru sebuah rumah

9. Table top & kitchen kabinet 

10. Pintu & tingkap

11. Pagar & autogate

12. Lampu downlite LED

13. Kipas siling

14. Aircond

15. Water heater

16. Jamban duduk

17. Tingkap aluminium tinted

18. Pintu kayu

19. Gril sebuah rumah

20. Cat

Doakan yer moga semua urusan dipermudahkan 

InsyaAllah 


Ir. AJAK


03 November 2017

Tandoori 

Tunggu roti nan sampai ...

Ermmm sedapnya aroma ayam tandoori ...


Dah cantek

HATI GIRANG TENGOK RUMAH

BUSUK TELAH MENJADI WANGI


Saya sangat seronok dan girang

Apabila berjaya menyiapkan projek rumah busuk

Penat lelah saya terubat apabila telah sempurna siap

Itu jer nak cakap pepagi jumaat nie


Ir. AJAK


02 November 2017

Jenuh

Tiap minggu asyik naik jer

Jenuh ler nak isi tangki penuh van nie

Adoiii 


Stress 

STRESS NAK MULA RENO RUMAH BUSUK


Tengok macam kapal tongkap pecah

Mesti korang stress kan

Nie lah rupa rumah busuk

Nak keluarkan barang sampah jer dah makan 3 lori

Nak kemas kan barang jer pun dah perlu guna modal

Tak tahu siapalah yang telah jadikan rumah ini sebagai tempat buang sampah

Uisshhhh penat weh nak kemaskan

Rumah busuk memang lah busuk

Bau pun semacam jer

Bau hancing pun ada

Errkkkkkk loya tekak

Tak mudah nak layan rumah busuk nie

Hati kena kental

Jiwa kena mantap

Jika hati tisu tak bleh lah yer

.

.

Sempat sembang dengan jiran sebelah potang semalam 

Saya beritahu elok elok bahawa saya nak mula proses renovation 

Mungkin ada bising sket bunyi nak ketuk ketuk

Jiran jawab tak kisah kerana dia bekerja pada siang hari

.

.

Moga semua nya berjalan dengan baik dan lancar 

InsyaAllah 


Ir. AJAK



01 November 2017

Nonton

Raisha ...


Next projek 

NEXT PROJEK RUMAH BUSUK


Rumah busuk di klang sudah sempurna menjadi rumah wangi

Berpindah pula ke lokasi di seremban 

Lewat potang tadi sempat lawat rumah busuk

Inilah next projek rumah busuk

Siling hancus

Penuh sampah sarap macam tongkang pecah

Penin kepalo nengok keadaan rumah ini

Adoi

Rumah busuk ohh rumah busuk


Ir. AJAK