Macam macam senario perlu di lalui
Kena ada semangat
Kena ada matlamat
Kena ada usaha yang gigih
1. Kena ada ilmu:
Makner kata kena ada hala tuju
Kena tahu apa tindakan yang perlu di buat
Kutiplah ilmu dari buku, ebok, pergi seminar berkaitan hartanah dan kewangan
2.Nak cari rumah busuk:
Kekadang peringkat ini pun dah gagal yer
Kat mana nak cari listing nya
Masa diambil untuk pergi lawat rumah busuk
Nak mencari lokasi rumah tur lagi
3. Dapat kan semua info rumah busuk:
Jika kes lelongan awam nak dapat kan notis lelongan
Nak dapatkan carian persendirian, bil tertunggak: pintu, tanah, maintenen, tnb, air, iwk
Dengan ada info tur senang sket nak buat bajet atau keputusan nya
Jika rumah subsale .. nak dapatkan info juga lah
4. Proceed miliki rumah busuk:
Dah ada ilmu
Dah cari rumah busuk
Dah ada info
Apa lagi tunggu
Proceed lah untuk memiliki rumah busuk
5. Jika ditakdirkan gagal:
Jika kes lelong ... ditakdirkan gagal memang kerana disebabkan bajet kita RP sahaja ... sedangkan ada ramai pembida yang lain
Jika kes subsale pula ... kita harapkan markup harga ... tapi owner tak setuju
Jangan lah kecewa sampai guling guling
Itu perkara biasa
Cari unit lain
Cari kes yang lain pula
Cuba lagi jangan putus asa yer
6. Wangi kan rumah busuk:
Cabaran nak wangi kan rumah busuk pun berbeza juga
Ada yang teruk sangat keadaan nya
Ada yang setakat cat jer dah kembali sempurna
Jika rezki baik .. dapat yang unit dah sedia cantek ... hanya kemaskan ajer lah
Itu rezki namanya
7. Modal:
Ini ramai yang mengeluh
Ini masalah semua orang
Masalah saya juga
Modal nak deposit
Modal kos agent
Modal kos lawyer
Modal kos valuer
Modal nak settle kan baki (jika layak buat loan okey lah tur)
Modal nak repair rumah busuk
Jika di kaji semua senario
Terus terang saya cakap
Memang tak semudah yang disangkakan untuk melayan rumah busuk nie
Hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental sahaja mampu untuk terus bertahan
Itu belum masuk isu yang pasangan memasing tak support pagi ... lagi leceh weh
Betoikan đŸ˜€
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
No comments:
Post a Comment