05 January 2018

Portal mudah

TANYER KORANG SKET


Jika kita ada akaun kat portal mudah 

Ada baki wang lagi

Kita tak guna untuk iklan

Akan expired yer


Barulah tahu

RM50 bleh belanjer kenkawan ngeteh kat mamak ... dapat 50 keping roti canai kosong ... kan kan


Cer citer sket pengalaman korang😀


Ir. AJAK 


Agent

KOMUNIKASI SAYA DENGAN AGENT

PASAL RUMAH BUSUK


Agak agak korang lah

Apa kesudahan nyer

Yuhuu😀


Ir. AJAK


Pintu

PINTU RUMAH BUSUK


Pintu kayu rumah busuk telah di shelek

Pintu 1.5 daun dengan ada kaca di tengah nya

Dari jauh dah nampak sri nya

Tingkap kaca tinted aluminium frame pun dah di pasang 

Ruang porch pun mempunyai cahaya yang cukup

Saya suka tengok keadaan gini


Semalam kontraktor elektrik dah masuk semula untuk sambung kerja

Koordinasi yang tepat dengan semua kontraktor membolehkan semua kerja berjalan dengan sempurna


Today jumaat dijadualkan geng kontraktor kitchen kabinet akan masuk juga untuk buat pemasangan ke atas table top

Jika sempat lewat petang siaplah tur


Cuma geng kontraktor elektrik dan geng kontraktor kabinet boleh berlapang hati untuk melaksanakan kerja serentak bersama dalam satu bumbung 

Sebelum sebelum ini mesti saya asingkan waktu untuk mereka bekerja supaya tidak bertembung


Moga berkat pada hari jumaat ini akan semua perkara dipermudahkan 

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK


04 January 2018

Malam

MALAM JUMAAT


Kenkawan dah tido ker ?

Jam menunjukkan sekitar jam 10.20malam


Tadi petang balik dari kerja 

Saya sempat berkejar ke sebuah lokasi rumah busuk


Bergegas balik ke rumah

Untuk berbuka puasa

Today kan hari khamis

Wife masakkan saya gulai kari daging

Pekat plak tur

MasyaAllah sedap wife masak

Bertambah nasi saya di pinggan

Alhamdulillah 


Malam nie keluar sekejap untuk collect GERAN HAKMILIK

Satu kes lagi transaksi rumah busuk dapat disempurnakan 

Girang hati wei memegang “sekeping kertas kebiruan ini”

Alhamdulillah 


Ginilah saya melayan hobi hartanah rumah busuk

Penuh jadual saya dengan segala macam aktiviti transaksi rumah busuk

Jap lagi nak buat bayaran 5 angka ke akaun bank kontraktor 

Maklumlah bayaran perlu dibuat setiap minggu tur

Kang kerja tak jalan plak di tapak 

Kan kan

Orait geng

Selamat malam


Yuhuu😀

Ir. AJAK


Water heater

TUNGGU PASANG WATER HEATER PADA TANDAS RUMAH BUSUK


Tandas dah hampir siap 

Cuma belum pasang:

1. Lampu

2. Ekzos fan

3. Water heater

Dijangka akan mula dipasang pada hujung minggu ini atau awal minggu depan


Mangkuk jamban duduk itu jugak saya telah ejas kedudukan supaya tidak menghala arah kiblat

Kita cuba buat sebaiknya

Betoikan😀


Ir. AJAK


03 January 2018

Tingkap

TINGKAP KACA RUMAH BUSUK


Tingkap kaca rumah busuk

Dah sampai ke lokasi

Stok untuk sebuah rumah

Guna tingkap kaca aluminium frame tinted warna hitam

Dah pasang tingkap akan lebih sempurnalah rumah nie

Yuhuu😀


Ir. AJAK


02 January 2018

Kidos

KIDOS IKUT KE RUMAH BUSUK


Weken yang panjang minggu lepas 

Tidak disia siakan begitu sahaja

Bawak kidos si bongsu lawat ke rumah busuk

Muhammad Adam

Cuba tanamkan minat ke kidos sket sket


Kami naik kapcai jer

Sambil ronda ronda kawasan taman perumahan untuk ushaa rumah busuk yang lain jika ada

Pekerja kontraktor bercuti sempena tahun baru 2018

Tiada kerja di tapak

Minggu ini akan mulakan kerja semula:

1. Sempurnakan cat

2. Pasang tingkap kaca

3. Kerja elektrik pasang kipas & lampu

4. Mungkin pasang kitchen kabinet


Yuhuu😀


Ir. AJAK



01 January 2018

Deroyan

Deroyan kampong

Beli di hari tahun baru 2018

Isi sangat tebal 

Lemak plak tur 

Biji kecik haluish jer

Suker kidos makan


Sup ekor

Sup ekor

2 kilo

Seperiuk wife masak

Ujan nie sedap lunch

Alhamdulillah 


2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018


Moga Tahun Baru 2018 penuh dengan kerahmatan dari ALLAH jua

Saya mendoakan untuk kita semua

InsyaAllah 

Aamin


Ir. AJAK