24 July 2018

Tiles

PASANG TILES PADA LANTAI RUMAH BUSUK


Depan rumah ada taman permainan

Sedang pasang tiles pada porch

Mesti ramai yang suka rumah sebegini kan

Ada 4 bilik tidur 3 tandas

Teres 2 tingkat

Saya teruja untuk memberi manfaat kepada yang memerlukan 

InsyaAllah 

😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





22 July 2018

Panjat

KIDOS PANJAT ATAS BUMBUNG PORCH RUMAH BUSUK


Ini bukan kes mendera kidos tau

Nak latih kidos jadik berani sket

Naik atas bumbung porch

Bersihkan dedaun yang ada kat longkang atas porch tur

Kira buat maintenance laaa nie

Saya pantau dari bawah jer lah

Untung ado kidos lelaki nie haaa

Hehehehe 😀

.

.

Saya masa kecik kecik dolu dolu

Pokok pokok tur banyak yang saya panjat

Malah semak belukar kat kampong tur saya redah masuk jer

Kira saya nie nakal dan lasak jugak laaa

Tapi kidos saya nie tak kesempatan nak jadik lasak macam saya dolu dolu

Yuhuu😀


Ir. AJAK


#rumahbusuk





21 July 2018

2

Apabila wife tersayang dah tunjukkan tanda “2”

Saya thumb up jer lah

Hehehehe 😀





Sedap

Durian lagi ...





6 sebab lagi

6 SEBAB TUJUAN MEMILIKI RUMAH BUSUK


Untuk memiliki rumah busuk dengan ada berbagai tujuan

Masing masing ada matlamat yang tertentu

Maka ikut lah tujuan tersebut yang telah ditetapkan oleh korang 

Antaranya ada 6 sebab yang sempat saya fikirkan pada pagi nie:


1.

Ada yang memiliki rumah busuk dengan tujuan untuk mendapat harga di bawah harga pasaran

Mungkin harga bawah mv sekitar 10% ke 30% lebih rendah gitur

Masih ada di pasaran

Saya yakin masih ada kes seumpama itu

Cuma kena cari lah

Kena usaha lebih sket untuk cari sampai jumpa

Cuma kekadang keadaan rumah mungkin sedikit uzur dan rosak ... maka perlukan usaha untuk di baiki dengan kos yang ter tentu

Mungkin untuk rumah didiami sendiri atau untuk tujuan pelaburan dengan menyewa rumah itu 


2.

Ada yang memiliki rumah busuk pada harga pasaran semasa

Disebabkan bajet yang terhad 

Maka dia hanya mahu membeli pada harga pasaran sahaja

Jika harga yang ditawarkan lebih tinggi ... cari alternatif rumah yang lain

Cari sampai ketemu


3.

Ada yang mahu memiliki sesebuah rumah busuk walaupun pada harga lebih tinggi dari harga pasaran semasa

Dia tak kisah pun

Sebab mungkin dia ada duit dan disebabkan tujuan tertentu

Contoh rumah yang dekat dengan surau atau masjid ... disebabkan tujuan itu ... dia tetap akan beli walaupun rumah itu mungkin mahal kerana disebabkan matlamat dia itu

Atau contohnya lagi sebuah rumah di depan taman permainan kanak kanak


4.

Ada yang mahu memiliki sebuah rumah busuk dengan harga berapa sahaja yang ditawarkan ... dia tak kisah pun ... dia tak hiraukan tentang harga yang ditawarkan

Dia akan tetap beli

Perkara ini pun hampir sama dengan perkara di 3 di atas

Contoh nya lagi ... seseorang yang kaya mahu memiliki 2 unit rumah di dalam taman yang sama ... dia mahu belikan rumah bernombor 1 untuk isteri yang nombor 1 dan rumah yang bernombor 2 untuk isteri yang nombor 2 ... sebab dia ada matlamat yang jelas ... mahu meletakkan ahli keluarganya berhampiran dan sebelah menyebelah rumah plak tur ... tak gitur ... rare lah kes segini ... hehehehe 😀


5.

Boleh juga disebabkan kawasan kejiranan yang sesuai dan menepati kehendak citarasa seseorang itu. Maka beliau akan berusaha untuk memiliki rumah busuk di kawasan itu

Contoh nya kawan sepejabat menceritakan segala hal kebaikan di taman yang beliau tinggal


6.

Yang kes saya

Saya hanya layan hobi

Kekadang tiada sebab yang khusus

Ikut naluri saya

Ikut kehendak saya

Ikut masa dan keadaan

Jika saya minat rumah itu ... saya akan usahakan

Saya pun tak tahu nak explain

Yang penting saya heppy untuk layan hobi hartanah rumah busuk pada hari cuti hujung minggu


Ini bergantung kepada tujuan masing masing yer

Kita tak boleh paksa orang lain

Kita tak boleh suruh nasihat lebih lebih

Itu semua duit dia orang ... masing masing ada peluang dan hak

Termasuk lah korang yer


Sekadar pandangan saya sahaja tur

Saya main taip jer nie

Jika tersalah bahasa

Saya pohon maaf yer

Yuhuu 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





19 July 2018

7 perkara

7 PERKARA MEMBINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET DALAM RUMAH BUSUK


Sangat penting jika dapat membina table top & kitchen kabinet di dalam sebuah rumah busuk

Antara sebabnya ialah:

  1. Kerana ruang dapur akan nampak lebih sempurna apabila ada nya table top yang dilengkapi dengan kabinet atas dan bawah serta hood & dapur gas
  2. Memang diakui bahawa memerlukan kos untuk membina table top dan memasang kitchen kabinet nie
  3. Perlu kan usaha sket lah dapatkan quatation yang bersesuaian dengan bajet kewangan yang kita ada. Buat design yang kita idamkan
  4. Buat pilihan terdapat warna yang bersepadanan dengan persekitaran warna cat rumah atau mungkin juga lantai  tiles
  5. Kekadang apa warna pun sesuai kitchen kabinet nie ... janji nampak cantek dan menawan
  6. Pilihlah kontraktor yang boleh dipercayai supaya kerja boleh disiapkan dengan sempurna
  7. Masa kerja dilaksanakan tur ... tengok tengok lah para kontraktor menyiapkan agar kerja nampak kemas dan teratur 

Para ibu dan gegadis untuk masak masak di dapur pun bersemangat sket apabila dah ada table top dan kitchen kabinet yang teratur dan kemas

Betoi ker pendapat saya nie

Yuhuu 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





15 July 2018

Sukaneka

Acara sukaneka

Taman tempat kediaman

Ukhwah silaturrahim 

Lokasi di kawasan lapang di hujung taman

Meriah termasuk acara treasure hunt😀












7 komponen ...

7 KOMPONEN ANTARA YANG BOLEH NAIK KAN NILAI SEBUAH RUMAH BUSUK


Nak ubahsuai ker 

Nak repair ker

Jika boleh ambil lah kira komponen yang saya cadangkan

Antara kompomen yang boleh dijadikan panduan untuk diambilkira sewaktu proses untuk mewangikan sesebuah rumah busuk ialah:


1. BINA PORCH:

Bina porch akan menjadi kan sebuah rumah busuk nampak lebih besar dan tersergam mantap

Pilihlah salah satu bentuk porch yang boleh dibina

Banyak bentuk yang ada

Jika tiada idea untuk pilih bentuk porch

Pergi lah ronda-ronda naik kapcai di taman perumahan ... mesti dapat idea punya lah

Tak pun ikut lah bentuk jiran sebelah rumah tur

Kena bina porch yang kekal yer ... bukan sekadar awning sahaja tau


2. EXTEND DAPUR:

Jika di belakang rumah masih terdapat sedikit baki tanah

Contohnya ads 5 kaki lagi ker

Bolehlah gunakan tanah itu untuk sambung dapur untuk nampak lebih luas dan besar

Ruang dapur yang asal boleh digunakan sebagai ruang untuk letak meja makan ker

Ruang dapur ini sangat penting bagi kaum ibu yang membuat pelbagai kerja di dapur

Banyak masa akan diluang kan di dapur untuk memasak makanan pada pagi tengahari malam

Bina dapur yang dinding batu batu dan atap bumbung yang kekal


3. BAIKI TANDAS:

Tandas yang jenis lama memang nampak meloya kan

Maka ambillah kesempatan untuk membaiki ruang tandas

Jika boleh pasang tiles lantai dan tiles dinding sampai ke siling 

Ganti kan jamban jenis duduk

Pasang sinki dan ada shower serta kepala paip

Mesti akan nampak cantek mewangi


4. PASANG TILES LANTAI:

Dengan memasang tiles lantai

Ruang akan nampak lebih luas dan kemas sangat

Tambah sket pasang skirting untuk melengkapkan kemasan tiles

Pilihlah warna tiles yang sesuai pada setiap ruang tamu, bilik tidur, dapur, porch

Dengan kombinasi warna yang sesuai akan membuatkan rumah lebih nampak luas dan besar

Nak tinggal pun sangat selesa


5. BINA TABLE TOP :

Bina table top pada ruang dapur

Bina table top jenis konkrit kekal

Pilihlah satu sudut yang sesuai

Samada secara lurus ikut dinding atau pun yang berbentuk L

Gunakan warna tiles yang sesuai pilihan hati untuk table top

Pastikan ada sinki dan paip pada table top tur

Letakkan juga socket elektrik untuk mudah digunakan nanti 

Lengkapkan kitchen kabinet pada table top

Pilih warna kitchen kabinet yang bersesuaian

Nak pasang pada ruang atas dan bawah kitchen kabinet sekaligus pun okey jer

Pasang lah hood dan dapur gas akan menambahkan seri dapur tur


6. PASANG PLASTER SILING:

Plaster siling yang dipasang akan membuatkan rumah nampak lebih sempurna 

Sedap jer mata memandang

Lebih kemas dan cantek

Saya lebih suker dengan simple plaster siling sahaja

Cat warna putih pasti menyerlah dan rumah nampak terang jer

Nampak bersih jer


7. WARNA CAT:

Pilih lah warna cat yang bersesuaian dan mengikut kehendak memasing

Pilihan warna yang tepat akan memberi kesan terhadap sesebuah rumah itu

Aku dah cuba pelbagai gabungan warna cat terhadap kes kes rumah yang lepas


Dengan ada nya peluang untuk mengambil kira komponen komponen di atas terhadap usaha untuk mewangikan sebuah rumah busuk kepada wangi

Akan membuat kan sesebuah rumah akan nampak sangat sempurna dan cantek


Moga memberi manfaat kepada kenkawan semua

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





14 July 2018

Gollll

Golllllll

Dah 2 biji belgium

Yuhuu😀





Siram

Weken gini laaaa ...

Menyiram rumput ...

Rumput dah mula kuning ...