18 May 2019

Konspirasi

KONSPIRASI RUMAH BUSUK


Ramai yang tak minat 

Ramai yang tak suka

Ramai yang geli geli

Ramai yang nak muntah pandang rumah busuk

Kan kan kan !


Saya dari dulu

Saya sejak sekian lama

Saya saban hari

Saya saban bulan

Saya saban tahun

Saya memang layan hobi hartanah rumah busuk


Realiti yang perlu tahu

Realiti yang perlu di lalui

Realiti yang ada di depan mata

Realiti yang perlu di ambil kira

Realiti keadaan sebenar rumah busuk yang ini


Memang kotor 

Memang rosak

Memang hancus

Memang uzur

Memang sebusuk busuk nya rumah busuk

Ini lah dinamakan konspirasi rumah busuk

Apa menda laa Ir. AJAK meraban pepagi Ramadhan nie haa😀


Ini rumah busuk yang menang lelong dalam tempoh terdekat

Kes ini ramai pembida

Status tanah freehold

Lokasi bleh dikatakan strategik

Berhampiran dengan pasaraya besar econsave

Jalan kaki 5-7 minit dah sampai ke restoran McD

Kawasan penduduk campur berbagai bangsa

Mudah ke akses ke plaza tol

Kawasan permintaan hot untuk sewa


Owhh rumah busuk

Saya akan buat planning terhadap unit yang ini

Nak masuk permohonan ubahsuai rumah di majlis perbandaran 

Dijangka tahun depan 2020 akan mula proses mewangi kan rumah ini

Kena masuk senarai next in line

InsyaAllah 


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk









17 May 2019

Belangkas

BELANGKAS


Sejak tangan saya patah dibedah letak 3 batang besi bersimen kami dah macam belangkas ke hulu ke hilir bersama jer

Nak gie fisioterapi 


Sajer jer wife saya nie

Ada ker nak di gigit nya tangan saya

Geram katanya (geram manja tau !)

Mujur bulan puasa jika tak ...

(Cer korang tolong sambung kan ayat nie)

😀





Jiwang




Pelawas

Ado 8 minit lagi .. pelawas nie .. hehehehe 😀





16 May 2019

Happy Birthday Along 17

HAPPY BIRTHDAY 17

MUHAMMAD AIMAN


Today 16 mei genap 17 tahun umur Muhammad Aiman

Papa mama dan adik adik mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 17 kepada Along

Didoakan agar akan menjadi anak yang sholeh dan menjadi idola kepada adik adik yer

Pelihara akhlak dalam memenuhkan ilmu di dada

Membesar dengan gembira dan ceria selalu

Terus belajar dalam apa jua situasi untuk mendaki ke tangga kejayaan 

Papa mama bangga dengan Along

Sama tarikh dengan sambutan hari guru setiap tahun

Tahun ini akan menduduki exam spm

Makin ensem Along skrang nie

😄👍

Aamiin





Langsir

LANGSIR 


Gembira kan hati wife tersayang

Nak langsir baru kata nya 

Nak raya la dikatakan 

Lama dah bodek2 saya

Tergagap gagap cakap macam iklan “amy mastura & ustat madi nak beli hanbag”

.

.

Saya minta tokei kedai datang untuk sukat n jahit bagi sebuah rumah

Pilih kain n warna ler Sayang ooiii

Dah siap nak pasang jer tur haa

Pekerja dah sampai 

.

.

Ini bukan riak n ujub tau

Sekadar sharing jer tau

Kang ada yang cakap saya menunjuk nunjuk plak kan kan

Adudu jenuh nak bayo nie😀





Riak & Ujub

Ir. AJAK MERAJUK NAK SHARING AKTIVITI HOBI RUMAH BUSUK


Nak tahu sangat yer

Sajer nak riak n ujub

Dalam tempoh 3 minggu nie pelbagai transaksi rumah busuk telah berjalan

Walaupun di dalam keadaan saya yang uzur kemalangan patah tangan dibedah masuk 3 batang besi n bersimen

Pergerakan saya terhad n ulang alik ke hospital untuk fisioterapi 

Antara aktiviti berjalan: 


  1. Kalah lelong 4 kes
  2. Menang lelong 1 kes
  3. 2 kes remortgage lulus loan bank n dah sign letter offer
  4. 2 rumah rumah busuk telah siap mewangi ... dah cantek beb
  5. 3 kes buat full settlement ke bank owner ... kes subsale
  6. 1 kes consent dah lulus
  7. 3 kes buyer dah lulus loan dan sign letter offer
  8. 1 kes mulakan proses reno sebuah rumah busuk yang amat busuk weh
  9. 4 kes masuk permohonan pelan ubahsuai rumah busuk untuk next in line untuk di ubahsuai 
  10. Duk intai intai lagi peluang rumah busuk nie haa
  11. Hujung bulan lepas dah declare cukai ke LHDN termasuk kes transaksi rumah busuk ... settle dah
  12. Rakan lawyer, rakan valuer, rakan ren, rakan kontraktor n wife bantu semua urusan bab rumah busuk nie


Ini dah macam memang riak n ujub ... kan kan

Kekadang sharing is caring 

Boleh menaikkan motivasi n sumber inspirasi kepada kenkawan 

Namun sesetengah pihak anggap nie sebaliknya dah cara menunjuk nunjuk ... kan kan


Semangat saya cuba untuk jadik kuat dan terus istiqamah melayan hobi hartanah rumah busuk

Saya happy kerana dapat memberi manfaat kepada ramai orang yang terlibat sekeliling saya


Lepas nie malas nak sharing bab citer rumah busuk

Kita citer bab makan sahur, iftar n sharing kita tengok video jer lah 

Majuk majuk majuk arrrr sebab ada yang cakap Ir. AJAK asyik riak n ujud menceritakan rumah busuk sejak bertahun tahun dahulu di wall fb nie

Bleh ker gitur

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

11 Ramadhan 


#rumahbusuk





Gayat

Uisssh masuk hiway duk lorong laju plak tur

Slow sket Sayang oiii

Kang jenuh nak bayo saman spedtrap

Gayat Abang nie tau 😀





Guru

SELAMAT HARI GURU 


Semua guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya dari tabika hingga tamat U

Semua guru yang mendidik anak anak saya

Jasa kalian amat dihargai 

Saya mendoakan kerahmatan kepada semua guru guru di seluruh Tanah Malaya

Semua terbaek ohsem

😀👍


Nota: gambar sumber google





15 May 2019

Malas

Layan hobi hartanah rumah busuk. Secara senyap2 jer lah. Malas nak sharing dah. Yuhuu😀