REWARD DIRI
Hanya 1 tahun sekali jer ber peluang reward diri untuk jam tangan
Waktu itu kan ibarat emas
Hari cuti Malaysia
Jenama ini juga yang minat di hati
Nak layan hobi hartanah rumah busuk mesti selalu menepati waktu
Alhamdulillah😀
REWARD DIRI
Hanya 1 tahun sekali jer ber peluang reward diri untuk jam tangan
Waktu itu kan ibarat emas
Hari cuti Malaysia
Jenama ini juga yang minat di hati
Nak layan hobi hartanah rumah busuk mesti selalu menepati waktu
Alhamdulillah😀
BUAT BAJET RUMAH BUSUK
Suasana nyaman damai kat sini
Berweken 3 hari 2 malam
Pada cuti hujung minggu yang panjang
Sambil bonding ngan kidos & family
Ilex ilex santai sambil berenang di kolam riadah bakar lemak yang terkumpul
Bersemangat buat planning untuk rumah busuk
Aturkan segala perjalanan baki 3 bulan tahun 2019 (september hingga disember)
Catat kan henpon jer
Fokus untuk menaip dan keluarkan idea
Tak sempat nak pandang kiri dan kanan dah wei
Demi harapan untuk melangkah ke tangga seterusnya
Dengan izin dari NYA
Suasana ekonomi negara yang dikabarkan tidak berapa memberansangkan ini
Pelbagai isu melanda negara
Pelbagai tohmahan kepada penggiat hartanah jua
Namun tidak menghalang saya untuk membuat planning melayan hobi hartanah rumah busuk
Sekarang bajet kena betul betul planning
Ada 3 biji rumah busuk berjalan serentak untuk diwangikan
Risau itu memang ada
Dicuba ejas ejas pelbagai kemungkinan
Moga segala yang di rancang
Boleh dilaksanakan dengan lancar dan baik
Dengan usaha yang kecil dari saya ini akan dapat memberi manfaat kepada insan insan yang dalam circle industri hartanah
InsyaAllah Aamin😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
MESTI SYOK TENGOK PROGRES RUMAH BUSUK
Sajer nak tanya korang
Apa perasaan korang apabila tengok planning untuk mewangikan rumah busuk berjalan dengan lancar ?
Jikalau ini lah rumah korang
Inilah projek korang
Kat ruang dapur nak bina 2 buah tandas
Bleh lah nyanyi lagu aku anak kampong sebelah sebelah sambil mandi mandi
Bumbung tak der lagi weh
Jaman dolu dolu saya guna tandas kampong
Tak der atap tur biasa
Kekadang dinding tandas pun ada 2 panel jer
Kiri dan belakang terlopong
Orang tetua kata “jangan ngintai ... nanti ketumbit tepi mata” ... hahahaha 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
7 RISIKO BAKAL HADAPI UNTUK LAYAN HOBI RUMAH BUSUK
Saya terpikir beberapa perkara yang boleh di kategori kan sebagai risiko memiliki rumah busuk:
1. Orang cakap ada "hantu kak limah":
Rumah yang dah 5 tahun ditinggalkan
Malah yang lebih 10 tahun pun ada
Penagih dadah dah jadikan sarang
Bersepah jarum suntikan
Tak tahu lah jika "hantu kak limah" nak tumpang jugak
2. Tidak ada modal untuk repair:
Tak masuk dalam bajet untuk repair
Kes berat lah nie
Jika tidak menyediakan bajet untuk repair
Ini bukan nya beli rumah dari pemaju yang sudah siap sempurna sebuah rumah
Hati hati yer kawan
3. Buntu tak tahu nak buat apa:
Jika dah memiliki rumah busuk dengan membuat pembelian
Jangan tak tahu plak nak buat transformasi
Buntu tak tahu nak buat apa atau bagaimana
Tak tahu nak mula kan proses repair
Tak pandai nak deal dengan kontraktor
4. Sewa tak laku:
Jika dah usahakan rumah busuk menjadi wangi dengan hasrat mahu disewakan
Malangnya tiada penyewa yang sudi untuk menyewa
Mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi yang tidak sesuai atau faktor lain
5. Tiada pembeli:
Pada peringkat awal tujuan mewangikan rumah busuk menjadi wangi dengan harapan dapat dijual semula bagi meraih sedikit keuntungan
Iklan punya iklan tak der pulak pembeli yang lekat
Mungkin disebabkan faktor kesesuaian ubahsuai yang tidak menepati kehendak bakal bakal pembeli rumah tersebut
6. Pasangan membebel mak nenek:
Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk
Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk
Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk
7. Kenkawan kutuk:
Kita layan hobi hartanah rumah busuk
Kompom lah kenkawan akan kutuk dari sudut depan belakang kiri kanan
Buat pekak telinga jerlah
Almaklum lah kita beli rumah buruk busuk plak tur
Aduduuu 😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
SOPPINK
Gegurl memang suka soppink yer
Layan jer lah wife melalui wasup
Saya gie kerja tak sempat nak temankan gie soppink
Bersangka baik selalur
Dengan beli alat tur
Maner tau masakan kat dapur lagi sodap nanti
Hari ini hari apa yer ... owh dah petang khamis yer
😀
PASANG TILES LANTAI BILIK TINGKAT ATAS RUMAH BUSUK
Dah mula pasang tiles pada lantai bilik master di tingkat atas
Guna warna tiles yang simple jer
Saiz tiles 2x2 seperti biasa
Step by step kerja ubahsuai disiapkan hari demi hari akan ada progres
Saya sangat heppy dengan perkembangan
Saya memang syok layan hobi ini
Tanpa jemu
Tanpa malas
Tanpa dipaksa
Memang terus bertenaga
Sajer nak tanya kat korang
Okey ker warna tiles tur ?
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk