7 RISIKO BAKAL HADAPI UNTUK LAYAN HOBI RUMAH BUSUK
Saya terpikir beberapa perkara yang boleh di kategori kan sebagai risiko memiliki rumah busuk:
1. Orang cakap ada "hantu kak limah":
Rumah yang dah 5 tahun ditinggalkan
Malah yang lebih 10 tahun pun ada
Penagih dadah dah jadikan sarang
Bersepah jarum suntikan
Tak tahu lah jika "hantu kak limah" nak tumpang jugak
2. Tidak ada modal untuk repair:
Tak masuk dalam bajet untuk repair
Kes berat lah nie
Jika tidak menyediakan bajet untuk repair
Ini bukan nya beli rumah dari pemaju yang sudah siap sempurna sebuah rumah
Hati hati yer kawan
3. Buntu tak tahu nak buat apa:
Jika dah memiliki rumah busuk dengan membuat pembelian
Jangan tak tahu plak nak buat transformasi
Buntu tak tahu nak buat apa atau bagaimana
Tak tahu nak mula kan proses repair
Tak pandai nak deal dengan kontraktor
4. Sewa tak laku:
Jika dah usahakan rumah busuk menjadi wangi dengan hasrat mahu disewakan
Malangnya tiada penyewa yang sudi untuk menyewa
Mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi yang tidak sesuai atau faktor lain
5. Tiada pembeli:
Pada peringkat awal tujuan mewangikan rumah busuk menjadi wangi dengan harapan dapat dijual semula bagi meraih sedikit keuntungan
Iklan punya iklan tak der pulak pembeli yang lekat
Mungkin disebabkan faktor kesesuaian ubahsuai yang tidak menepati kehendak bakal bakal pembeli rumah tersebut
6. Pasangan membebel mak nenek:
Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk
Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk
Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk
7. Kenkawan kutuk:
Kita layan hobi hartanah rumah busuk
Kompom lah kenkawan akan kutuk dari sudut depan belakang kiri kanan
Buat pekak telinga jerlah
Almaklum lah kita beli rumah buruk busuk plak tur
Aduduuu 😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment