Alaska King Crab
Wife masak sup
Alhamdulillah sedap
MERECIK PELUH
Lama dah saya tak uplud gambar aktiviti riadah
Kekadang tak semua aktiviti saya up untuk kongsi kan dengan kalian
Pagi nie belanjer kat korang gambar MERECIK PELUH
Jalan kaki jer
Dapatlah 3.5km
Saya ditemani insan tersayang jua
Alhamdulillah di pagi ahad
Ir. AJAK
LEPAK MALAM MINGGU
Malam minggu
Lepak di mamak bangi
Asyik lepak kat soromban jer kan
Kasi jauh sket sambil panaskan enjin merempit kat hiway malam nie ... berdesup enjin !
Sembang ngan kenkawan
Kami sembang kosong jer santai Santa
Kenkawan yang kami kenal sejak masa kami semua zaman bujang lagi
Sampai skrang rambut Ir. AJAK pun dah tak berapa mahu tumbuh ... Alahai π
Ukhwah silaturrahim dengan kenkawan
Nota: tips untuk murah rezki & jalan pintu rezki ... rebut peluang untuk belanja kenkawan ππ
INGATAN UNTUK Ir. AJAK
Masa kau senang tak berapa nak menegur sapa
Apabila dah tak berapa nak senang
Pandai pulak nak pelawa ngeteh kat mamak
Ermmm ... kita insan biasa jer ... sesekali terdetik jugak dalam hati kecil “susah susah pandai lak nak cari aku jugak”
Dunia nie bulat macam roda
Hari ini kita di atas
Tak mustahil esok lusa kita di bawah pulak
Kena beringat kawan
Sangat baik untuk ingatan saya yang serba kekurangan ini
Tak kisah lah kita kaya ker hebat ker
Kenkawan jangan dilupai tau
Maner tau kenkawan jua tempat nak minta tolong kemudian nanti nanti
Kan kan π
Tetiba jer
Okey lah nak gie layan hobi pulak
Yuhuuπ
Ir. AJAK
SEBAHAGIAN BAYARAN TRANSAKSI RUMAH BUSUK GUNA MEDIUM GOLD BAR
Follower:
Cerita malam tadi
Saya lepak di kedai mamak dengan seorang sahabat bernama “R” (bukan nama sebenar)
Sewaktu lepak ada 2 orang follower tegur saya ... terima kasih kerana sudi tegur & menyapa saya ... kita ukhwah silaturrahim
Gold bar:
Malam tadi saya menerima bayaran menggunakan medium “gold bar” seberat 70 gram (emas tulen)
Bukan bayaran menggunakan wang tunai kertas
Ini merupakan sebahagian bayaran dari transaksi sebuah unit rumah busuk yang telah di wangi kan
Sahabat:
Alkisahnya sekitar 3 tahun lalu
Saya membantu seorang sahabat untuk memiliki rumah impian beliau
Saya miliki 1 buah rumah busuk semi D yang ada ruang tanah yang agak besar ... keluasan tanah yang sekitar lebih 4 ribu kaki persegi
Rumah busuk berkenaan di wangi kan dan djual kepada sahabat saya bernama R yang saya kenali sejak kira kira 10 tahun yang lalu
Saya berasa gembira kerana berpeluang mampu bantu sahabat mencapai impian beliau & family
Saling bantu:
Nak diringkas kan cerita
Transaksi penjualan rumah berkenaan berjalan lancar dan sempurna dengan guna pembiayaan pinjaman bank pada 3 tahun yang lalu
Cuma sahabat R kurang peluang untuk melengkap kan jumlah harga jualan sepenuhnya
Saya ambil keputusan untuk saling bantu membantu antara sahabat
Ini lah nama nya sahabat
Saling percaya antara satu sama lain
Saya mudah kan urusan
“Baki bayaran ... kau bayar lah ansuran setakat mana yang kau mampu ... bayar setahun sekali pun okey !” ... itulah kata kata saya kepada sahabat R pada 3 tahun yang lalu
Sahabat R seorang yang Jujur & Baik
Malam tadi dia telah tunaikan janji
Selesai kan transaksi jualan ini
Dia tawarkan saya gold bar
Alhamdulillah ALLAH mudah kan urusan ini
Niat saya satu jer ... nak bantu seramai yang mungkin
Nak bantu ummah miliki rumah dengan cara saya sendiri
Agar semua urusan harian saya £ family jua dipermudah kan InsyaAllah
Saya tidak kaya:
Saya Ir. AJAK tidak lah kaya
Saya hanya layan hobi hartanah rumah busuk sekadar yang terdaya & mampu
Di situ yang saya ada upaya untuk bantu ... saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu & mudah kan urusan
Saya amat yakin sejak bertahun tahun dahulu
Telah ramai yang mendapat MANFAAT dari sedikit usaha saya ini Alhamdulillah
Tak ensem tak per ... janji ada rumah busuk !!! Hahaha π
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk