08 May 2020

Rentas Daerah

RENTAS SEMPADAN DAERAH


Potang nie

Ada keperluan 

Rentas sempadan daerah

Masih dalam N9

Masih dibenarkan 


Pandu van ke sana jap

Lagi pun dah lama van tak jalan lebih 10km

Wife teman kan

Gie sekejap jer

Selesai perkara yang dihajati 


Dah jom balik

Tak mau lepak lepak yer

Betoikan 


Ir. AJAK


#stayathome 

#stayramadhan





Lagu

LAGU RAYA

Buka radio kat keter 
Dah ada lagu raya dah weh berkumandang 
Aduh syahdu plak aiii
Tetiba ker sayu yer
Hati tisu laaaaa 
Ir. AJAK memang kalah bab lagu raya nie 
😄




Sold

SOLD


Berkat 15 Ramadhan 

Saya berpeluang untuk memberi manfaat kepada yang selayaknya 

Itulah doa saya

Itulah matlamat saya untuk memberi manfaat kepada seramai mungkin ummah melalui asbab “RUMAH BUSUK”


Rumah yang baru diiklankan pada lewat petang semalam

Telah dilamar oleh bakal buyer

Buyer telah buat bayaran deposit awalan melalui transfer bank sebentar tadi

Buyer telah beberapa tahun bekerja di sebuah agensi di bandar seremban 


Buyer akan guna loan bank

Difahamkan untuk mencukupkan bayaran deposit buyer akan melakukan pengeluaran akaun 2 kwsp


Kes ini berurusan direct dengan saya

Saya akan bantu urusan selanjutnya

Tindakan selanjut nya akan proceed:

  1. Apply loan bank ... saya dah call banker sebentar tadi
  2. Penyediaan SnP & Sign ... akan mesej panel lawyer untuk urusan selanjutnya 


Jikalau lah

Jika loan buyer tidak lulus nanti nanti 

Saya akan buka semula untuk iklan dijual yer ... InsyaAllah

Terima kasih atas sokongan & doa dari kalian semua yer

Pohon maaf kepada yang mesej & tidak sempat nak balas semuanya buat masa ini

Ramai sangat yang mesej kepada saya

Nanti saya cuba balas yer ... InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 

15 Ramadhan 1441


#rumahbusuk 





07 May 2020

Talipia

IKAN TALIPIA FRESH DARI HALAMAN RUMAH

Mesti isi ikan manis 
Nampak menyelerakan 
Wife dah siap masak
Tauchu & Sambal 
Ada 2 pilihan
Alhamdulillah 

Ir. AJAK






Talipia fresh

IKAN FRESH TANGKAP KAT HALAMAN

Today kidos nak makan ikan talipia fresh 
Tangkap hidup kat halaman rumah
Masak cili pun sodap 
Goreng pun mabeles gak nie
9 ekor lebih 2 kilo tur 
Mesti maneh rasa isi nya
Alhamdulillah 

Ir. AJAK

#stayathome 
#salamramadhan 






06 May 2020

Laksa

LAKSA

Morey laksa kuah pekat 
Wife masak
Sedap nyer




Potong rumput

SAYA POTONG RUMPUT ... IKAN KOI TENGOK JER !


Pagi nie saya potong rumput 

Sajer nak trim 

Keluarkan peluh sket sket 

Sajer buat kerja pepagi agar tidak panas sangat 


Sedang saya asyik libas libas kan mesin rumput 

Sambil bunyi enjin mesin rumput 

Ikan ikan koi tengok jer dari cermin kaca tur

Seakan akan bercakap “ RAJIN TUAN AKU PAGI 13 RAMADHAN NIE !!!!”


Ker saya jer yang perasan 

Hahaha ðŸ˜„


Ir. AJAK


#stayathome 

#salamramadhan 





Gardenia

CERITA 2 BUNGKUS ROTI GARDENIA ...

👆Aku kerja polis ,Kerja kat Penang.
Tak payah aku mention balai mana,
Masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).

Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi.
Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.
Dapat info laki ni curi roti tu.
Nilai roti tak sampai rm10.
3x aku tanya guard tu, "takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?".
Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.

So, bawa jugak la laki tu naik kereta.
Dlm kereta aku tanya kenapa curi?
Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun utk bgi anak dia makan kat rumah.
Terkedu aku dengar.
Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.
Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.
Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu. 
Dh depan EO nk buat report.
Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.
Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu. 

Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.
AOCS aku suruh call atasan dia datang.
Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu
Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.
Dh insaf kena maki,
Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.

AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.
Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.
AOCS aku cakap apa "Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah" 

Laki tu baru kena buang kerja kilang.
Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.
Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.
Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku
"kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu"

Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.

Kredit : Mohd Rosli Wahab

Nota:
Cerita asal copy paste dari group wasup
Saya cuba bantu up di fb 
Kerana ada unsur pengajaran baik yang boleh untuk kita sama sama ambil 

Haaaaa kenkawan nak cari roti gardenia plak pepagi nie untuk buat bekfes 
Ingat kita berpuasa tau 
Lambat lagi nak berbuka waktu azan maghrib nie 
Hahaha gurau jer yer ... bagi mereka yang uzur... citer lain lah ... tak gitew gais !

Ir. AJAK

#stayathome 
#salamramadhan




Nasi goreng

Bersahur dengan nasi goreng kampong sana
Telor mata sebijik sorang 
Alhamdulillah 😄