03 October 2020
Nak cuci
30 September 2020
Ruang Porch
RUANG PORCH UNTUK RUMAH BUSUK
Apabila melihat ruang porch pada rumah busuk yang telah diwangikan sebegini rupa
Terasa syok jer tengok
Maner tidaknya
Terpikir banyak perkara boleh dimanfaat ruang ini
Senang nak parking kereta lebih dari 1 buah
Senang nak parking motor lebih dari 1 buah
Senang nak letak basikal lebih dari 1 biji
Senang nak alihkan penyidai baju yang jenis ada roda ke bawah porch apabila hari nak hujan
Boleh letak meja kecil & kerusi untuk minum petang sambil santai santai
Jika ada anak kecil nak bermain basikal kecil juga senang untuk dilihat di depan mata
Maner lah tau sesekali nak buat jamuan makan makan dengan family
Boleh lah gunakan ruang ini
Ada ruang yang sesuai
Sambil bakar BBQ ayam atau kambing
Apabila tengok ruang sebegini
Terasa lapang jer fikiran
Tambahan pula ada angin angin sepoi bahasa yang menyapa melalui pagar di sebelah kiri jenis pagar dawai besi yang berlubang lubang tur
Mesti para gegurl mengidam kan untuk dapat memiliki ruang yang sebegini pada suatu hari nanti
Andaian saya jer nie
Apa pula pandangan korang ?
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#hobihartanah
26 September 2020
Awning
AWNING TAMBAHAN SIMPLE DI RUMAH BUSUK
Wife saya lah yang cadangkan
“Kan elok tambah awning simple kat hujung sudut pagar tur” ... kata wife saya masa lawat rumah busuk
Ligat jugak wife saya berfikir
Apabila wife mencadangkan begitu
Saya fikir ada elok nya juga
Tak lah nampak kosong sangat pada sudut hujung unit corner lot ini
Boleh lah parking 4 biji kereta bawah bumbung secara serentak
2 biji kereta dalam porch utama & 2 biji lagi kereta dalam awning tambahan itu
(Jikalau ada lah 4 biji kereta lah pada satu satu masa bawah bumbung)
Janji kenderaan tak kena panas n hujan
Pacak 4 tiang besi & letak bumbung awning jer pun
Lantai simen render
Actually dalam kawasan pagar rumah
Boleh parking 6 biji Kereta serentak
2 biji dalam kawasan pagar lah tapi tidak berbumbung
Lantai simen render
Silap silap lori kecik saiz 3 tan pun bleh parking depan porch dalam pagar
Luas kawasan nie
Tu lah masalahnya layan hobi nie
Terfikir jer nak buat
Mesti nak cuba tunaikan juga
Kang asyik terfikir jer bab ini
Yer lah dah nama nya pun layan hobi
Hahaha 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#hobihartanah
25 September 2020
Madu
23 September 2020
Makin Mewangi
HATI GIRANG TENGOK RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI DAH !
Kontraktor hantar gambar melalui wasup
Memang selalu update kepada saya apabila saya tak sempat nak ke lokasi
Bahagian porch:
- Dah pasang pintu kayu
- Dah pasang gril pintu
- Dah pasang lantai tiles
- Meter TNB pun dah dipasang
- Tingkap kaca dah pasang
- Dah cat dinding
Saya jangka minggu pertama Oktober 2020 boleh lengkapkan sebuah rumah fully renovated mewangi
Langsir pun dah tempah untuk semua tingkap sebuah rumah
Bahagian tingkap dapur pada sinki ditempah blind yang warna menarik
Ada cadang nak buat tambahan porch di satu sudut tanah tepi pagar
Sebab rumah corner lot
Boleh parking 4 biji kereta bawah bumbung
Nak buat simple jer lah
Janji tak kenderaan tak kena panas n hujan
Pacak 4 tiang besi & letak bumbung zink awning pun bleh
Lantai simen render
Kan kan
Tengok lah nanti camner
Nak bincang ngan kontraktor kerana melibatkan tambahan kos
Alhamdulillah atas segala progres
Happy saya lihat sampai peringkat ini
Dengan koordinasi semua team kontraktor pada tahap yang baik saya kira
Saya cuba uruskan sebaiknya mereka semua ini 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#hobihartanah
21 September 2020
Outsation
OUTSTATION
Dah 3 hari 2 malam lepas
Weken pun bokojo tau
Saya berada jauh dari rumah
Oustation mencari rezki
Tinggal kan insan tersayang
Rindu ya amat dah weh
Ermmmm tunggu Abang balik yer sayang
Rindu jugak ngan kidos yang nakal
Rindu jugak dengan ratusan ekor ikan koi di kolam untuk melihat ikan berkejar kejar rebut rebut apabila diberi makan palet
Tak berpeluang nak layan hobi hartanah rumah busuk pada weken
Nanti akan cari peluang untuk lawat jugak ke lokasi rumah busuk
Namun saya gie outstation
Segala aktivti rumah busuk berjalan jua
- Team Kontraktor menjalankan kerja
- 2 firma lawyer menjalankan kerja mereka & pepagi isnin dah update kepada saya semua progres transaksi
- Rakan REN pula update ke saya usaha untuk terus memburu rumah busuk jika ada peluang dengan harga yang rendah lah ... modal pun dah kering
Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan dalam banyak perkara
Saya dikelilingi oleh insan insan yang positif
Kerana mereka semua inilah memberi peluang kepada saya berada pada landasan skrang ini
Saya amat bersyukur keadaan ini
Ada kala nya
Terpikir jua samada nak terus share atau pun tidak
Aktiviti saya di media sosial
Kerana kang tersilap taip sepatah dua kata
Risau Ada pulak yang tersilap tafsir ayat ayat
Padahal niat di hati sekadar nak SHARE ilmu yang ada untuk beri manfaat kepada semua
Di bawa pulak kes ke mahkamah
Payah pulak keadaan nya
Bukan nak tuduh korang
Cuma saya kena ingat kan untuk ingatan saya sendiri
Betoikan
Sekadar coretan saya dalam perjalanan yang beratus kilometer nie
Perjalanan pulang dari mencari rezki
Jap jap dalam kesejukan aircon ini terlolap mata nie haaaaa
Yuhuu😄
Ir. AJAK
19 September 2020
2 jari
SAJER NAK TUNJUK 2 JARI
2 minggu lagi rumah busuk akan mewangi
2 biji Kereta boleh parking bawah porch
2 daun pintu dah dipasang
2 Warna cat hitam putih pada tiang
2 Warna cat kelabu putih pada dinding
2 minggu lagi akan pasang langsir bagi sebuah rumah
2 minggu lagi akan pasang gril
2 minggu lagi akan pasang pagar
2 minggu lagi akan mulakan next rumah busuk
InsyaAllah harap semua berjalan lancar
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#hobihartanah
16 September 2020
Rojak
MEMBESOR
MEMBESOR BUAT INSPECTION PADA RUANG DAPUR RUMAH BUSUK
Korang nampak tak
Nak layan hobi hartanah rumah busuk
Kena libatkan membesor jua
Pujuk bawa bersekali ke lokasi rumah busuk
Saya bawa wife untuk buat inspection
Terutama pada ruang dapur
Supaya menepati kehendak wanita
Komen komen mana yang patut untuk kita perbaiki
Saya memang melibatkan wife saya dalam layan hobi hartanah
Sebab ada idea yang menarik boleh kita kongsi kongsikan
Kita raikan bersama idea idea walaupun kekadang idea yang pelik
Antara perkara berikut pada ruang dapur yang perlu diambil kira:
- Luas ruang dapur
- Kedudukan susun atur ruang dapur
- Table top
- Sinki
- Kepala paip
- Tingkap
- Kitchen kabinet
- Kedudukan socket elektrik
- Kedudukan mesin basuh
- Warna cat jua
- Gabungan warna kitchen kabinet jua
- Warna tiles lantai
- Warna blind
- Dan lain lain
Kami ambil tanggungjawab sama sama
Baru ceria n steady dalam melayan hobi
Tapi 2 jari tetap ada tau ... kat belakang tak nampak kan kan brani lah sket
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#hobihartanah
Kayuh Cuti Malaysia
KAYUH SANTAI CUTI HARI MALAYSIA
Hari cuti
Kayuh santai bersama jiran setaman
Pusing keliling taman jer
Riadah keluarkan peluh
MTB dapat 10km jer mampu
Kekalkan stamina untuk layan hobi hartanah rumah busuk pula sebelah petang nanti
Cadang nak pilih warna untuk langsir sebuah rumah
Nak tempah blind jugak
InsyaAllah 😄
Ir. AJAK