17 January 2021

Daging

DAGING “HARIMAU NANGES”


Pepagi weken nie haaa 

Pergi beli daging segar 

Gerai tepi jalan 

Saban minggu saya akan singgah di sini jadik pelanggan totap dah 


Tadi tanya pada Si Ujang 

Berapa ekor tumbang hari ini 

Empat ekor katanya 

Siap ada cop sticker Veterinar lagi 


Bantu peniaga kita

Biasa saya ambil tak banyak 

3 kilo gitur 

Pecahan 2kg daging pejal + 1kg tulang 

Buat sup memang mabeles 


Tanya jugak pada Si Ujang 

“Daging HARIMAU NANGES” tak do juai kat sini

Hahaha ðŸ˜„


Ir. AJAK

Jalani kehidupan macam biasa 

Takkan tiap hari nak cerita rumah busuk kan !





16 January 2021

7 tips

7 ELEMEN BOLEH DIAMBIL KIRA UNTUK MEMBINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Satu alternatif yang penting jika dapat pertimbangkan untuk membina table top & kitchen kabinet di dalam ruang dapur sebuah rumah busuk

Ruang dapur sangat dekat di hati para wanita 

Malah di Musim PKP juga para Bapa suka memasak di dapur

Musim PKP nie asyik asyik pergi ke dapur 


Antara sebabnya ialah:

  1. Kerana ruang dapur akan nampak lebih sempurna apabila ada nya table top yang dilengkapi dengan kabinet atas dan bawah serta hood & dapur gas 
  2. Memang diakui bahawa memerlukan kos untuk membina table top dan memasang kitchen kabinet nie
  3. Perlu kan usaha sket lah dapatkan quatation yang bersesuaian dengan bajet kewangan yang kita ada. Buat design yang kita idamkan dalam mimpi selalu tur 
  4. Buat pilihan terdapat warna yang bersepadanan sesuai dengan persekitaran warna cat rumah atau mungkin juga lantai  tiles
  5. Kekadang apa warna pun sesuai kitchen kabinet nie ... janji nampak cantek dan menawan ... sedap mata memandang 
  6. Pilihlah kontraktor yang boleh dipercayai supaya kerja boleh disiapkan dengan sempurna dengan harga bersesuaian 
  7. Masa kerja dilaksanakan tur ... tengok tengok lah para kontraktor menyiapkan agar kerja nampak kemas dan teratur. Mana yang boleh kita beri pandangan. Kita cuba 


Para ibu dan gegadis untuk masak masak di dapur pun bersemangat sket apabila dah ada table top dan kitchen kabinet yang teratur dan kemas

Mana lah tau masakan jadi sedap yummy 

Kan kan kan😄


Kekadang tidak semestinya jenis kitchen kabinet yang mahal mahal

Ikut kemampuan n keperluan yang kita mahukan pada rumah kita 

Betoi ker pendapat saya nie

Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah dari sumber kes rumah busuk yang telah pada yang lepas lepas 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube




09 January 2021

Layan

Layan Astro First

Tips 1
Hingga
Tips 10

Malam minggu kat umah jer 😄




Makin busuk

RUMAH BUSUK MAKIN BUSUK DAH WEH 


Rumah busuk makin busuk dah weh 

Tak cayer ker ?


Cer tengok belakang saya tur 

Semua dinding dah kena runtuh 


Terlopong sana terlopong sini 

Dah tak der rupa rumah 


Banyak kerja kena buat 

Banyak modal kena sediakan 


Duk cari idea untuk bikin rumah yang ini 

Fikir fikir mesti kena fikir 


Kasi 3 bulan untuk saya wangikan 

Jangkaan hujung mac 2021 kasi setel 


Tahun baru 2021

Kita mulakan mood baru 


Kita layan kes yang baru lah yer kan 

Weken saya luangkan masa untuk layan hobi 


Saya tak mahir nak menulis panjang panjang 

Tak der idea nak tulis bab pelaburan Kerana saya hanya layan hobi 


Orait geng

Nanti kita menulis lagi yer


Perot dah lapo 

Nak singgah makan 


Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK






08 January 2021

Banjir

BANJIR

Musibah banjir 
Sedih kita lihat 
Terasa insaf di hati 

Sama sama kita mendoakan mangsa banjir 
Sangat berat untuk mereka hadapi situasi ini
Moga mereka tabah & sabar untuk terima ujian ini

InsyaAllah Aamin

Ir. AJAK

Gambar sekadar hiasan
Sumber Google 




06 January 2021

Pelan ubahsuai

PELAN KELULUSAN UBAHSUAI RUMAH
BUSUK 

Next projek 
Dah lulus satu lagi unit untuk rumah busuk 
Alhamdulillah 
Layan tetap layan hobi hartanah rumah busuk 
Berterusan layan tanpa jemu 
Dibantu oleh wife saya 
Banyak urusan wife yang bantu saya 
Tanpa beliau mana mungkin saya buat sorang sorang kan kan
Wife adalah tulang belakang saya 
Kami layan sama sama minat ini 
Urusan ke firma pelukis pelan memang wife saya yang akan deal sejak dari dulu lagi
Dah bertahun kami jadi client tetap 

Ir. AJAK



04 January 2021

Riadah

RIADAH SKET

Riadah sket potang nie
Sekadar yang mampu
Dah lamo tak riadah sejak prosedur operation 3 minggu lalu 
Keluarkan peluh 
Nak kekalkan momentum layan hobi rumah busuk 
Layan depan kolam baby ikan koi 😄

Ir. AJAK





03 January 2021

Minat Rumah Wangi

RUMAH WANGI LEBIH DIMINATI DARI RUMAH BUSUK


Ramai di kalangan kita

Lebih gemar melihat rumah yang telah siap wangi 

Berbanding dengan melihat rumah busuk 

Itu hakikat yang kita semua kena ambil tahu 

Memang itu kenyataan 

Sebab kita manusia biasa

Memang akan tertarik dengan kecantekan 

Termasuk lah saya yer !😄


Cuma saya ada passion 

Saya merasa satu kepuasan melihat sesuatu yang belum sempurna diusahakan sungguh sungguh untuk menjadi sempurna 

Seperti rumah busuk diusahakan menjadi wangi

Itu sebab saya melayan hobi hartanah rumah busuk


Nak lakukan itu:

  1. Perlu ada minat 
  2. Perlu ada semangat 
  3. Perlu ada idea
  4. Perlu ada masa
  5. Perlu ada peluang 
  6. Perlu ada support 
  7. Perlu ada modal 
  8. Perlu ada ilmu
  9. Perlu ada mentor 
  10. Perlu ada contoh cara buat
  11. Dan faktor lain lain


Jika dihuraikan 10 perkara di atas secara detail

Bleh buat kelas 1 hari tur

Kan kan

Sekadar coretan di hati cuti pagi ahad ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi Hartanah Rumah Busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube







02 January 2021

Makan

Selesai lawat busuk 
Bersama wife 
Singgah makan 
Sambil cari idea untuk reno reno 
Layan😄



01 January 2021

Tahun 2021

SEMANGAT TAHUN BARU 2021 LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


3 perkara utama yang perlu diambil kira dalam semangat untuk melayan hobi hartanah rumah busuk:

  1. Modal
  2. Ilmu 
  3. Masa


Modal:

Apabila disebut tentang modal

Mahu tidak mahu perlu ada yer

Modal boleh dalam bentuk tunai atau pinjaman perumahan bank 

Walaupun ada modal tetapi tiada ilmu dan masa pun ... memang tak jadik jugak 


Ilmu:

Kena cari & kutip ilmu

Bab hartanah nie memang pelbagai cabang ilmu 

Contoh rumah undercon, subsale, lelong 

Itu pun banyak pecahan lagi 

Nak beli duduk, sewa kan, homestay mahupun flip 

Memang banyak ilmu perlu di ambil kira

Malah saya pun masih peringkat belajar lagi 

Walaupun ada modal dan dan masa ... tiada ilmu pun tidak jadik jugak 


Masa:

Jika dah ada minat 

Kena cari ruang peluang untuk cari masa

Jika terlalu sibuk pun payah jugak kan

Contoh nak tengok rumah n kawasan sekitar pun tak berapa nak sempat

Ini akan ganggu untuk buat keputusan dengan lebih tepat 


Memang 3 perkara ini sangat penting lah

Ini pandangan saya jer 

Mungkin tidak kena dengan kalian 

Jika sesuai ambil sebagai panduan yer

Bleh kongsi dengan kenkawan 


Saya ambil kesempatan untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2021

Agar kita senantiasa dirahmati 

InsyaAllah Aamin ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi Hartanah Rumah Busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube