01 August 2021
31 July 2021
Kamus Dewan
RUMAH BUSUK
Apabila kita sebut “rumah”
Mudah bahasa nya ialah tempat untuk kita tinggal mendiami di dalam nya
Tambahan pula pada musim PKP nie
Memang banyak kita akan berada di rumah
Rumah nie kita tinggal dengan keluarga
Ada antara kita akan tinggal dengan kenkawan
Tak kira lah sama ada rumah sendiri dibeli atau di sewa sebuah rumah dan mungkin menyewa bilik sahaja
Apabila saya tulis perkataan “rumah busuk”
Belum nampak plak di dalam kamus dewan maksud yang tersendiri
Saya yang merujuk kepada maksud rumah yang uzur dan buruk apabila melayan hobi hartanah pada waktu cuti weken
Korang jangan pelik apabila saya menulis perkataan “rumah busuk”
Namun sekali imbas
Saya perasan perkataan itu telah meluas digunakan oleh penggiat hartanah pada tulisan mereka pada wall FB memasing
Bermakna secara tak langsung perkataan “rumah busuk” telah boleh diterima pakai dan difahami
Cuma belum masuk dalam kamus dewan jer ... maner tau satu hari nanti akan di masukkan sebagai rujukan ... kan kan !
Memang sangat rindu nak melayan hobi hartanah rumah busuk
Skrang masih musim PKP tak bleh nak jalan kan aktiviti ini
Kita santai santai weken kat rumah jer laaa sambil nonton TV
Korang buat apa tur
Ir. AJAK π
27 July 2021
Kopi O
25 July 2021
Tiada Cerita
TIADA CERITA RUMAH BUSUK
Dah agak lama saya tidak menulis tentang cerita rumah busuk
Almaklum jer lah dalam keadaan sekarang nie
Semua aktiviti itu terhenti akibat PKP
Kontraktor tidak boleh buat kerja renovation
Banyak kedai hardware pun tutup kan
Kang buat kerja reno secara curi curi jugak akan kena saman pulak ... hahaha
Maka tiada lah cerita rumah busuk buat masa ini
Lagi pun dalam keadaan ekonomi yang suram sebegini
Tambahan ada di luar sana yang kehilangan pekerjaan & pendapatan
Tak berapa nak syok bercerita pasal bab rumah busuk yang melibatkan “modal” kerja ... kang ada yang cakap kita berlagak pulak
Padahal di luar sana ramai yang terjejas pendapatan seharian
Tambahan mungkin ada yang tak keruan duk dalam suasana PKP
Kita rilex rilex santai jer lah di FB nie
Mana yang bermanfaat kita ambil sebagai panduan
Kito raikan semua status di wall kenkawan
Jangan terlalu serious yer kenkawan di weken nie haaa π
Ir. AJAK
14 May 2021
09 May 2021
Mood nak raya
MOOD NAK RAYA ... TAPI HARI WEKEN MESTI NAK LAYAN HOBI RUMAH BUSUK
Minggu terakhir Ramadhan
Nie lah keadaan realiti
Mood nak raya dah weh
Lagu raya memang dah kuat berkumandang
Tapi hari weken mesti nak layan hobi rumah busuk
Ambil kesempatan untuk berbincang dengan rakan team kontraktor
Buat apa yang patut
Berbincang akan membawa banyak manfaat
Mencari pelbagai alternatif
Untuk lebih berdaya saing
Dalam situasi yang penuh mencabar buat masa skrang nie ... saya kira begitu lah
Norma baru pandemik covid 19 memang akan rasa terkesan jua π
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
08 May 2021
Menyapu
02 May 2021
01 May 2021
Hancus
HANCUS RUMAH BUSUK BOSSKU
Pepagi nie sajer nak berceloteh bab rumah busuk lagi yer
Kepala berputar nak citer apa tur
Tetiba ini jer yang mampu ditaipkan
RUMAH BUSUK:
Yang saya ertikan sebagai rumah yang uzur & buruk & busuk
Walaupun dalam kamus dewan belum memberikan definisi sebegini
Rumah yang tidak cantek
Rumah yang tidak sempurna
Rumah yang penuh sampah sarap
Rumah yang tidak bertingkap
Rumah yang siling telah pecah
Rumah yang tandasnya meloyakan
Rumah yang senantiasa dipandang sepi oleh jiran
Malah kekadang jiran sekeliling memandang sinis tatkala Ir. AJAK bercakap mahu mewangi sesebuah rumah buusk
RUMAH WANGI:
Rumah yang saya ertikan sudah sempurna untuk didiami
Rumah yang telah di transformasi kan dari rumah busuk kepada rumah wangi
Rumah yang ada porch walaupun simple
Rumah yang ada lantai tiles
Rumah yang ada plaster siling
Rumah yang ada table top & kitchen kabinet
Rumah yang ada tandas ala ala hotel gitur
Rumah yang telah di wiring semula
Rumah yang ada kipas
Rumah yang acapkali dipandang cantek jer yer
Rumah busuk vs rumah wangi
Mana satu pilihan korang yer ?
Ikhlas dan jujur
Cer korang tolong jawapkan
HAKIKAT:
Hakikat yang perlu dilalui oleh saya
Untuk melakukan proses transformasi dari rumah busuk kepada rumah wangi memang memerlukan usaha yang kental
Setakat hangat hangat tahi ayam ... tak menjadi weh
Itulah usaha yang telah dilalui sejak bertahun tahun dahulu
Dek kerana syok melayan "hobi"
Anggap jer lah ini perkara yang amat menyeronokkan hati dan perasaan
Merupakan satu kepuasan hati apabila dapat menyempurnakan sebuah rumah busuk kepada sebuah rumah wangi
Hakikat nya memang memerlukan komitmen yang berterusan dan padu
Wife saya juga banyak membantu dalam usaha saya ini
Betoikan Yuhuu π
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Gambar adalah proses yang sedang diusahakan
Kes terkini skrang ini