25 December 2021
Doa Untuk Mangsa Banjir
Dekat di hati
21 December 2021
Masjid Quba
MASJID QUBA
Apabila berada di Bumi Madinah Al Munawarah
Pasti jemaah akan berusaha untuk berkunjung ke sini
Ustaz Mutawif pernah bercerita
Bersholat sunat di sini
Fadhilat pahala seumpama mengerjakan ibadah Umrah
Pasti ramai yang berusaha untuk merebut peluang itu
Selit kan jua jadual untuk hadir pepagi selepas bersarapan di hotel
Sekadar perkongsian sahaja 😄
20 December 2021
Doa Mangsa Banjir
DOA UNTUK SEMUA MANGSA BANJIR
Doa mangsa banjir:
Di kesempatan berpeluang beribadah seketika di dalam RAUDAH di Masjid Nabawi
Saya membacakan doa untuk semua mangsa banjir yang terlibat
Moga cepat kembali pulih keadaan ini
Jangan berlaku perkara perkara yang tidak diingini
Sama sama kita mendoakan yer
InsyaAllah Aamin
Mengalir air mata:
Mengalir air mata saya tanda kesyukuran apabila berpeluang untuk menjejaki semula di Masjid Nabawi, Menziarahi Makam Nabi Muhammad saw & beribadah di dalam Raudah
Al maklum lah dengan berlaku nya pandemik covid 19
Malah saya juga adalah salah seorang mangsa nya
Berpuluh puluh hari saya tidak berpeluang untuk bersholat secara berdiri & kesukaran untuk bersujud pada masa itu
Alhamdulillah Allah swt bagi peluang kedua kepada saya hamba yang lemah ini
Allahuakbar saya amat bersyukur dengan peluang ini 😄
Ir. AJAK
Madinah 20.12.21
18 December 2021
Pohon Maaf
POHON MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN
Kali terakhir saya n wife pergi ibadah umrah pada Disember tahun 2019
Sebulan lepas balik dari umrah itu dah terasa rindu semula
Buat planning untuk pergi semula
Saya beli lah tiket pada awal tahun lepas 2020
Hasrat nak pergi pada bulan April tahun lepas 2020
Tapi keadaan pandemik tidak mengizinkan
Pada tahun ini 2021 selepas raya saya di timpa musibah dengan keadaan yang tidak sihat
Memang sangat uzur & lemah
Sebulan di wad hospital
Sebulan berkerusi roda di rumah
Selepas itu berjalan bertongkat pula
Beransur kembali pulih
Syukur Alhamdulillah
Alhamdulillah
Tanya semula pihak pejabat Airlines
Dibenarkan untuk guna semula tiket yang dah di beli pada awal tahun lepas 2020
Ada kena sket tambahan bayaran bagi jumlah tiket kerana perbezaan harga pada tahun lalu berbanding dengan tahun ini
Kesempatan ini saya n wife
Mohon kemaafan atas segala kesalahan yer
Jika kami ada salah n silap
Pohon doakan kemudahan kami untuk beribadah dan Selamat pergi n balik
Kami berdoa agar senantiasa di bawah rahmat & pertolongan dari NYA
InsyaAllah
Aamin
Razak & Fatimah 😄
18.12.21
Bonding Time
Bonding Time
Bersepah
BERSEPAH KEADAAN RUMAH BUSUK SEWAKTU PROSES RENO
Bersepah:
Ermmmmmm
Korang nampak kan
Tak selera nak tengok keadaan sebegini
Berselerak dah keadaan rumah busuk
Masih nak cari idea untuk buat susun atur cara reno sebaiknya
Item untuk transformasi:
Saya dok pikirkan untuk transformasi
1. Ruang dapur yang luas
2. Ruang dapur lantai tiles
3. Ruang dapur plaster siling
4. Ruang dapur ada lampu downlite led
5. Ruang dapur ada kipas siling warna hitam 5 bilah
6. Ruang dapur yang ada table top yang panjang
7. Ruang dapur ada kitchen kabinet yang simple dan cantek
8. Ruang dapur yang ada miliki tandas yang luas dilengkapi jamban duduk dan water heater serta lantai dinding tiles
9. Ruang dapur yang ada 2 sinki
10. Ruang dapur yang dilengkapi soket plug untuk ruang peti ais dan mesin basuh
11. Ruang dapur yang ada tingkap cermin kaca tinted aluminium frame
12. Ruang dapur yang dilengkapi dengan pintu kayu
13. Ruang dapur yang siap dipasang gril tingkap dan pintu untuk tujuan keselamatan
14. Ruang dapur yang dipasang dengan hood dan dapur gas build in supaya nampak lebih teratur
15. Ruang dapur yang dinding di cat dengan warna lembut untuk menarik minat gegurl supaya tergoda
Modal ciput:
Bila berangan nak realisasikan
Duk pening fikirkan bab KOS yang terlibat
Lagi kuat berangan
Lagi banyak Kos yang akan terlibat
Kena telan 2 biji panadol cam gini
Hujung tahun modal dah lah ciput
Berangan tak salah:
Saya suker berangan untuk merealisasikan impian ini
Korang jangan kutuk tauuu
Tunggu hasil nya nanti
Yuhuuu😄
Ir. AJAK 😄
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Gambar dari simpanan kes yang lalu
Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:
- RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
- HOBI HARTANAH
https://s.lazada.com.my/s.WizvG
https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729
Wasap.my/60129861504/bukuir
17 December 2021
Papa
PAPA KURANG “PANDAI” MASA BELAJAR DI “U” DOLU DOLU
Bercerita kepada anak anak saya
Panggilan kidos kepada saya ialah “Papà ”
Sekadar mengimbau memori dolu dolu
Papa nie sewaktu belajar bukan kagetori pelajar pandai
Sekolah rendah :
Tak pernah naik pentas untuk ambil hadiah
Lebih dikenali dengan budak nakal jer
Gegurl yang ada tocang
Papa nakal ... tarik tocang rambut kawan sekelas
Walaupun dapat nombor separuh dari bilangan murid dalam kelas
Ilex ilex enjoy jer
Indah memori dahulu masa jaman sekolah rendah
Tetap gembira sebagai anak kampong
Alhamdulillah saya rindu suasana dolu tur 😄
Sekolah menengah:
Dari form 1 sampai lah ke form 5
Tak pernah berpeluang untuk masuk kelas nombor 1
Hanya kelas nombor 2 jer yang layak
Belajar tetap belajar
Mesti bersemangat macam orang lain
Papa tahu Papa tidak lah hebat
Pengalaman sangat indah untuk dikenang selamanya
Jaman remaja memang enjoy untuk belajar banyak benda baru dalam kehidupan 😄
Di U:
Lepas SPM
Papa hanya cukup makan result diperolehi untuk mohon belajar peringkat diploma
Alhamdulillah dapat jugak lah masuk U
Tapi tak pernah lah nak merasa SIJIL DEKAN
Belajar Sekadar yang termampu jer
Kawan kawan banyak membantu
Papa tak faham sangat sewaktu belajar
Kenkawan yang hebat beri Tunjuk Ajar kepada Papa
Terima kasih kenkawan semua
I love u fren😄
Abis diploma :
Ramai kenkawan Papa dapat fly ke oberc UK untuk sambung belajar degree
Papa masih pilih kampus yang sama untuk sambung degree
Okey jer janji boleh lulus pada masa yang ditetapkan
Tiada extend tiada paper yang kandas
Cuma result cukup cukup makan
Malu nak cakap
Janji lulus jer laaaa
Sekali lagi Papa nak cakap
Bahawa Papa tak sepandai kenkawan
Alhamdulillah dengan segala peluang yang ada 😄
Zaman bekerja:
Papa tak sehebat mana pun
Bermula dari bawah
Terus berusaha Sekadar yang mampu
Tak tahu bidang tertentu
Papa akan bertanya kepada kenkawan yang sudi untuk beri tunjuk ajar
Papà cuba perbaiki kelemahan diri
Tanggungjawab & Amanah Papa laksanakan sebaiknya
Alhamdulillah dengan peluang yang ada Papa cari rezki untuk menyara family kita 😄
Hobi:
Bab hobi rumah busuk
Ini lah minat Papa
Layan pada weken
Isi masa terluang 😄
Buat kidos:
Papa tak paksa Korang nak pilih dalam bidang apa yang minat diceburi
- Along: dah pilih bidang “accounting” ... macam minat ke arah itu ... dah 4 semester capai SIJIL DEKAN ... Skrang dah semester ke 5 .. Tahniah ... mana tau suatu hari nanti boleh bantu Papa kira akaun rumah busuk ... hahaha 😄
- Angah : macam minat ikut jejak langkah Papa ... pilih sekolah teknik dalam bidang kejuruteraan awam ... kata nya nak jadik macam Papà ... kena usaha sungguh sungguh yer Angah 😄
- Alang : sekolah form 2 di seremban ... minat dia kepada main games komputer ... lately nie Makin minat buat Programing games roblox ... Layan jer ... Papa tak halang .. janji Jangan buat yang bukan bukan ... Jika mahir bab komputer Programing satu kelebihan jugak di masa depan .. kan kan 😄
- Adam : belajar tahun 6 ... belum Nampak bidang apa yang dia minat ... kuat main games jugak di rumah .. pandai merajuk jugak.. Papa jugak yang kena pujuk 😄
NOTA:
DI MANA BUMI DIPIJAK
DI SITU LANGIT DI JUNJUNG
DI MANA PUN KITA BERADA
DI SITU LAH KITA BUAT YANG TERBAEKK !!!
Sekadar coretan Papa pada petang ini
Suasana hujan
Ada mood nak menaip
Yuhuu 😄
Ir. AJAK