02 April 2022
27 March 2022
Ziarah Bonda
ZIARAH BONDA
Jadual sibuk ker
Tak cukup masa ker
Apa kisah yang ada ker
Saya tak kisah lah
Tetap akan cari ruang masa
Tetap akan luang kan masa untuk ziarah bonda saya berada di Ipoh
Macam biasa perjalanan dari soromban
Nak makan masakan bonda saya
Air tangan bonda
Rindu nak bonda masak
Tak kisah lah menu simple apa pun boleh
Saya makan jer
Tetap berselera
Jari jemari bonda memotong bawang lincah macam dulu
Wife akan ganti saya memandu
Saya santai kat belakang ... tido ler
Jika saya terasa mengantuk
Bawa kidos bersama jumpa opah nya
Kidos selalu akan hanyut dibuai mimpi apabila dah penat Layan games pada henpon
Saya suka menyimpan memori saya di FB untuk rujukan kemudian nanti
Alhamdulillah dapat melepaskan rindu dengan bonda
Sambil Minta bonda doakan pelbagai perkara berkaitan perjalanan hidup saya
Actually ada satu keputusan penting yang perlu saya buat berkaitan kemajuan kerjaya saya ... saya dalam persimpangan ... nak pilih yang ini atau yang itu ... waduh mesti tenang hadapi realiti kehidupan
Agar semua baik2 belaka
InsyaAllah Amin
Ir. AJAK😄
Fully reno
RUMAH BUSUK AKTIVITI WEKEN Ir. AJAK
Rumah yang kes ini
Saya dah bawa bincang dengan wife
Hasrat nak fully reno sebuah rumah:
- Roboh kan porch asal ... bina porch baru
- 4 bilik tidur
- 3 tandas
- Tambah bahagian dapur
- Ganti seluruh bumbung genting
- Lantai tiles baru sebuah rumah
- Plaster siling sebuah rumah
- Rewiring sebuah rumah
- Table top & kitchen kabinet
- Pagar & gril
- Lain lain keperluan
Planning saya untuk disiapkan pada bulan Jun 2022
Harap dapat koordinasi kan semua team kontraktor :
- Binaan
- Elektrik
- Gril
- Kabinet
- Langsir
- Wainscoting
Layan tetap layan
Akan cuba untuk luang kan masa ke arah ini
InsyaAllah 👍👌😄
Ir. AJAK
20 March 2022
Ziarah
ZIARAH KEMATIAN
Dalam kesibukan jadual today
Apabila berada di Bangi bersama family
Dapat khabar berita rakan sekelas wife meninggal dunia
Kami bergegas ke Kg Chennah Jelebu
Bagi menziarahi arwah
Sempat bacakan bacaan surah Yasin buat arwah
Sholat sunat jenazah
Hantar jenazah sampai ke tanah perkuburan
Arwah merupakan follower saya juga dalam hartanah
Wife saya memang selalu berkomunikasi dengan arwah dalam media sosial
Pernah kami berkunjung ke kediaman beliau masa lalu
Memberi keinsafan kepada saya jua
Kerana ajal maut kita tidak tahu bila
Moga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini
Sama sama kita mendoakan roh arwah
Al Fatihah
HB ANGAH 17
Porch
DAH RUNTUH KAN PORCH RUMAH BUSUK
Dah runtuh kan porch rumah busuk yang sedia ada
Nak bina porch yang baru
Layan jer laaa😄
Ir. AJAK
19 March 2022
Riadah
15 March 2022
Tahniah
Tahniah Muhammad Adam
Muhammad Adam ada cakap tahun lepas
Nak cuba dapatkan keputusan 8A sewaktu exam UPKK tahun lepas
Untuk cuba mohon bagi bersekolah di sini
Alasan Adam nak dekat dengan rumah
Alhamdulillah Allah swt izin kan
Konon tak mahu berjauhan dengan mama nya ... anak bongsu camtur lah
TAHNIAH lah anak bongsu papa mama
Pepagi lagi mama nya dah semak online
Papa tak kisah anak anak nak bersekolah di mana pun ... janji menimba ilmu
TAHNIAH jua kepada semua anak anak yang lain di satu mesia yang mendapat tawaran pada hari ini
Yang belum berpeluang menerima tawaran jangan kecewa kerana perjalanan masih jauh lagi
Itu nasihat dari Uncle Ir. AJAK
Sonyum selalu 😄