13 September 2018

Porch

KERJA KERJA PORCH DI RUMAH BUSUK


Lewat potang semalam kontraktor update progres rumah busuk

Kerja bergerak pantas macam biasa

Sehingga lewat potang semalam progres dah mula banyak

Binaan porch:

  1. Dah ada tiang
  2. Dah ada beam
  3. Dah ada binaan batu bata untuk dinding kiri kanan
  4. Dah dipasang besi bumbung 
  5. Dah pasang atap
  6. Dah rewiring wayar elektrik dah ready
  7. Meter tnb pun baru pasang tur


Korang nampak tur dari gambar 

Keadaan masih penuh barang barang binaan

Yakin bahawa menjelang hujung bulan depan oktober akan disiapkan sepenuhnya sebuah rumah ... InsyaAllah 

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





11 September 2018

Petua

PETUA NAK KURANG KAN BAU DURIAN DI DALAM KERETA


Tadi saya beli durian kampong di tepi jalan

Makcik tukang jual buah tur

Bagi petua nak kurangkan bau buah durian melekat kat dalam kereta 

Ambil tangkai buah durian tur

Selitkan pada lubang aircond dalam kereta tur

Ambil tangkai buah durian yang nampak segar sket 

Jangan lah ambil tangkai durian yang dah kecut plak

Nak kasi melekat kat lubang aircond tur

Belah sket batang tangkai tur dan selitkan ke situ 

Korang boleh tengok dalam gambo yang saya bagi tur

Sekadar panduan yer

Selamat mencuba buat korang

Kredit kepada makcik gerai jual buah durian 

SHARE kan lah untuk manfaat kita bersama


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#PETUA








Riadah

Riadah wei ...





10 September 2018

Ikan

Malam malam lepak tengok ikan kat kolam .. dengar bunyi air .. ilex jer 😀





Sayang

SAMBIL TEMAN KAN WIFE BAWA KETER


Sembang sembang:

“Sayang .. nanti tolong sign kan borang yer ! .. borang apa tur bang ? .. borang tur laaa ! .. abang jangan main main ! .. nak “kena sula” .. adoi garang nyer sayang nie ! 😀”


#SUSAHNYANAKMINTAIZIN





Masa muda dolu dolu

“Ir. AJAK” PERNAH BUAT KERJA PARTIME

DI LUAR WAKTU OFFICE DOLU DOLU SEBELUM AKTIF MELAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Kisah benar nie aku nak citer kat korang

Aku n wife diijabkabulkan pada tahun 2001

Selepas wife aku melahirkan anak sulong pada tahun 2002

Aku discus dengan wife dan aku berusaha untuk pujuk wife untuk berhenti dari bekerja makan gaji (wife aku seorang yang bekerjaya sebelum berkahwin dengan aku)

Berat untuk wife buat keputusan untuk berhenti dari kerja


Aku berjanji dengan wife akan bekerja sedaya upaya dengan tulang empat kerat untuk menyara dan membahagiakan family yang bakal di bina

Aku mahu wife menjadik "surirumah sepenuh masa" untuk take care semua hal family

Kami janji untuk bahagi kan tugas dan aku  ambil part untuk cari nafkah


Maka bermula kisah yang aku seorang sahaja untuk mencari nafkah keluarga

Berat tanggungjawab ini untuk digalas

Namun untuk cabaran untuk di lalui 

Aku bekerja makan gaji bulanan

Disamping itu aku mengaku bahawa ada membuat kerja partime di luar waktu pejabat untuk menampung kos belanja harian

Usaha kena keras


Antara yang pernah aku lakukan dari tahun 2000 sehingga sekitar tahun 2010 ... ingat ingat lupa lah ... ialah:

1. Menjual kain ela untuk para gegurl buat baju kurung

2. Menjual produk yang berasaskan emas

3. Menjual pelbagai jenama dan syarikat produk multi level marketing atau direct sale ... banyak produk aku terlibat wei ... satu produk ke satu produk dicuba ... dari satu company ke satu company dicuba tanpa rasa jemu

4. Pernah juga aku menjadi agent insuran am


Tambahan pulak dengan hasrat untuk mencari modal untuk melayan “hobi hartanah rumah busuk"

Memang semangat usahawan tur macam dah sebati dengan diri aku

Perasaan malu tur aku tolak tepi jer

Korang nak cakap apa aku tak kisah lah

Yang penting aku mencari rezki yang halal

Aku nak menyara wife ... 4 kidos ... bantu ibu dan adik adik jugak serta saudara mara yang memerlukan 


Korang janganlah kecam aku yer sebab aku kongsi kisah peribadi aku pada korang today 

Bukan nak bukak aib ... cuma sebagai perkongsian kisah benar

Tetiba teringat zaman aku kurang wang dolu dolu ... hujung bulan sebelum gaji ... kekadang ada RM10 jer dalam dompet ... makan pun jimat jimat ... isi minyak motor pun jarang nak penuh ... naik kereta mesti nak cari jalan untuk elak melalui hiway yang bertol nak bayar ... ahhhh malu nak citer sebenar nya ...


Sekadar perkongsian jer kat korang

Tapi skrang ALLAH dah bagi peluang untuk aku melayan "hobi hartanah rumah busuk"

Aku amat bersyukur sangat segala pinjaman ini

Kepada MU YA ALLAH aku mengucapkan Alhamdulillah 

Yang penting kenkawan jangan putus asa untuk terus berusaha bersungguh sungguh dan terus berdoa ke hadrat NYA

Jangan malu dan segan untuk meminta minta dari ALLAH

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota: gambar saya dan wife serta baby sulong pada tahun 2002 di rumah sewa 2 bilik di selayang selangor






09 September 2018

Jenuh

Dah tersinggah plak kat  kiosk nie
Jenuh nak pilih 
Adoiii😀




Wayang

Layan wayang plak weh

6 tiket beli online 

Popcorn pun dah ado

Cuti weken yang panjang

Jom😀





08 September 2018