10 September 2018

Masa muda dolu dolu

“Ir. AJAK” PERNAH BUAT KERJA PARTIME

DI LUAR WAKTU OFFICE DOLU DOLU SEBELUM AKTIF MELAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Kisah benar nie aku nak citer kat korang

Aku n wife diijabkabulkan pada tahun 2001

Selepas wife aku melahirkan anak sulong pada tahun 2002

Aku discus dengan wife dan aku berusaha untuk pujuk wife untuk berhenti dari bekerja makan gaji (wife aku seorang yang bekerjaya sebelum berkahwin dengan aku)

Berat untuk wife buat keputusan untuk berhenti dari kerja


Aku berjanji dengan wife akan bekerja sedaya upaya dengan tulang empat kerat untuk menyara dan membahagiakan family yang bakal di bina

Aku mahu wife menjadik "surirumah sepenuh masa" untuk take care semua hal family

Kami janji untuk bahagi kan tugas dan aku  ambil part untuk cari nafkah


Maka bermula kisah yang aku seorang sahaja untuk mencari nafkah keluarga

Berat tanggungjawab ini untuk digalas

Namun untuk cabaran untuk di lalui 

Aku bekerja makan gaji bulanan

Disamping itu aku mengaku bahawa ada membuat kerja partime di luar waktu pejabat untuk menampung kos belanja harian

Usaha kena keras


Antara yang pernah aku lakukan dari tahun 2000 sehingga sekitar tahun 2010 ... ingat ingat lupa lah ... ialah:

1. Menjual kain ela untuk para gegurl buat baju kurung

2. Menjual produk yang berasaskan emas

3. Menjual pelbagai jenama dan syarikat produk multi level marketing atau direct sale ... banyak produk aku terlibat wei ... satu produk ke satu produk dicuba ... dari satu company ke satu company dicuba tanpa rasa jemu

4. Pernah juga aku menjadi agent insuran am


Tambahan pulak dengan hasrat untuk mencari modal untuk melayan “hobi hartanah rumah busuk"

Memang semangat usahawan tur macam dah sebati dengan diri aku

Perasaan malu tur aku tolak tepi jer

Korang nak cakap apa aku tak kisah lah

Yang penting aku mencari rezki yang halal

Aku nak menyara wife ... 4 kidos ... bantu ibu dan adik adik jugak serta saudara mara yang memerlukan 


Korang janganlah kecam aku yer sebab aku kongsi kisah peribadi aku pada korang today 

Bukan nak bukak aib ... cuma sebagai perkongsian kisah benar

Tetiba teringat zaman aku kurang wang dolu dolu ... hujung bulan sebelum gaji ... kekadang ada RM10 jer dalam dompet ... makan pun jimat jimat ... isi minyak motor pun jarang nak penuh ... naik kereta mesti nak cari jalan untuk elak melalui hiway yang bertol nak bayar ... ahhhh malu nak citer sebenar nya ...


Sekadar perkongsian jer kat korang

Tapi skrang ALLAH dah bagi peluang untuk aku melayan "hobi hartanah rumah busuk"

Aku amat bersyukur sangat segala pinjaman ini

Kepada MU YA ALLAH aku mengucapkan Alhamdulillah 

Yang penting kenkawan jangan putus asa untuk terus berusaha bersungguh sungguh dan terus berdoa ke hadrat NYA

Jangan malu dan segan untuk meminta minta dari ALLAH

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota: gambar saya dan wife serta baby sulong pada tahun 2002 di rumah sewa 2 bilik di selayang selangor






No comments:

Post a Comment