27 May 2022

Celebrate Anniversary

Cerita Malam Jumaat ❤️ … 
Celebrate Anniversary 21 …
Alhamdulillah 




26 May 2022

Anniversary 21

ANNIVERSARY Ke 21


CATATAN:

Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak


NIKMAT JODOH:

Pada hari ini khamis 26 Mei 2022 genap 21 tahun dah usia perkahwinan kita bersama

Bulan Syawal penuh kegembiraan menyambut hari raya Aidilfitri 

Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt

Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini

Yang dipinjam oleh NYA buat kami

Pada tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabul disatukan 


BERCINTA:

Saat saat manis bercinta

Kata kata indah mesej melalui handphone

Tiada apps whatsapp masa tur

Tiada media social fb mahu pun insta

Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya

Pada masa tahun 2001

Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal

Kau gegadis chomel kurus seusia 22 tahun

Jarak usia kami 5 tahun membezakan


HIDUP BERSAMA:

Kita lalui hidup bersama sama 

Saling cuba memahami antara satu sama lain pada awal awal usia perkahwinan

Belajar erti kehidupan berkeluarga

Hidup secara amat sederhana 

Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau

Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos hero yang makin membesar kacak ensem belaka


GADIS CEKAL:

Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas

Abang kagum dengan mu sayang

Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap

Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang sewaktu di dapur untuk keluarga kita 

Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam macam skrang 


TULANG BELAKANG:

Kau lah sayang tulang belakang dalam family ini

Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian

Lewat malam baru tidur

Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita

Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan urusan biznes kita bersama 


MEMBANTU:

Tanpa mu sayang yang membantu

Mana mungkin abang boleh melayan hobi hartanah rumah busuk dari hari ke hari sejak bertahun tahun dahulu

Dikau sayang makin mahir dalam selok belok bab hartanah rumah busuk

Abang bangga dengan diri mu sayang

Ini yang kita sedang giat usahakan


BERSYUKUR:

ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup

Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau sayang

Memahami apa yang abang mahukan

Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau sayang terus bekerja mulai hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan mula belajar berbiznes sendiri


HADIAH PERCUTIAN SEMPENA ANNIVERSARY:

Jika ada rezki 

Abang nak kumpul duit gaji 

Abang berhasrat & merancang untuk kita pergi ibadah umrah & ke europe 

Pada tahun ini

Sempadan pun dah buka 

Dolu 2 tahun dah pandemik 

Tidak boleh melancong



BERDOA:

Abang berdoa agar jodoh kita terus berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan

Kekal kita bersama sama ke syurga jannah mu YA ALLAH

Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang dahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah bulan disember tahun lepas 

Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama

Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin


Suami Mu Sayang 

Ir. AJAK

26 Mei 2022





21 May 2022

Riadah

Lebih sebulan tidak riadah 
Bulan ramadhan yang lalu memang tak riadah 
Lepas tur dah raya 
Baru nak mula riadah 😄





16 May 2022

Selamat Hari Guru

UCAPAN SELAMAT HARI GURU

Kepada semua guru guru 
Anda semua memang hebat hebat belaka 
Kita semua terhutang budi 
Tanpa anda guru guru … siapa lah kita 
Sayang semua kepada para guru guru 
👌😄

Nota: Kredit Sumber Photo dari group wasup 




Rumah Teres

YA BETOI Ir. AJAK STAY DI RUMAH TERES

“Aku mati mati ingat rumah yang kau stay adalah RUMAH BANGLO” …

Pernah terkeluar dah statement begini 
Dari mulut kenkawan yang hadir di jamuan rumah saya
Sampai jer di rumah saya .. itu statement pertama keluar dari mulut nya … Bukan nak beri salam or ucap Selamat Hari Raya 
Kelakar lah korang 😄

YA BETOI Ir. AJAK STAY DI RUMAH TERES

Memang perkara kenyataan ini
Saya stay di rumah teres sahaja bersama isteri & kidos 
Saya TIDAK memiliki kediaman rumah banglo

Rumah teres sahaja kemampuan saya untuk miliki  kediaman 
Saya selesa dengan keadaan sebegini 
Saya bersyukur kerana saya ada jiran2 yang baik baik hati & memahami tolenrasi
Jika saya outstation ke oberc ke or umrah or holiday dengan wife 
Anak2 saya tinggal pun saya senang hati kerana saya yakin dengan kejiranan 
Bertahun2 dah beberapa saya tinggal kan anak2 

Saya berkawan dengan ramai orang 
Saya tak lah semata mata nak memilih hanya kerana dia ada rumah banglo untuk saya berkawan 
Kemon kenkawan kita berkawan kerana mahukan ukhwah silaturrahim Kerana itu tuntutan agama 

Takkan kerana saya hanya stay di rumah teres 
Saya tiada miliki kediaman rumah banglo 
Saya tak boleh jemput kenkawan untuk jamuan berhari raya ?
Kemon lah … saya sekadar ingin merai kan & gembira kan hati kenkawan 
Saya mahu berkawan dengan semua orang 
Saya suka menjalin kan ukhwah silaturrahim 

“Aku ingat kan kau asyik uplud RUMAH BUSUK reno rumah sana reno rumah sini … mesti rumah yang kau stay sendiri besar RUMAH BANGLO nya … ruper ruper nyer rumah teres jer”

Saya Ir. AJAK akui bahawa RUMAH BUSUK adalah aktiviti LAYAN HOBI saya pada hari cuti & masa lapang & weken untuk riadah saya 
Ini minat saya 
Dan hasrat saya untuk memberi manfaat kepada seramai mungkin ummah dengan aktiviti RUMAH BUSUK
Dah lebih 12 tahun aktiviti ini berjalan secara aktif mulai tahun 2010 lagi 

Saya bukan golongan kaya 
Sambil menaip nie di bawah porch rumah teres
Pekena secawan air panas 
Cawan jer cop Starbuck kopi bancuh sendiri paket 3 in 1
Wallet pun nipih jer 

Sekadar catatan hari ini 16 Mei 2022
Hahaha 😄





Happy Birthday Along

HAPPY BIRTHDAY ALONG


Happy Birthday Along Muhammad Aiman

Anak sulong papa mama 

Dah masuk 20 tahun 

Masih sedang belajar semester 6 di kolej


Cita cita nak jadik akauntan … konon nak kira kan duit papa … hahaha ðŸ˜„ … lawak lah kau nie Long … papa bukan nya kaya ðŸ˜„


Moga menjadi ABANG sumber Inspirasi kepada adik2 sebagai pembimbing untuk mencari redho dari NYA





Adam ke SMKA

NAK KE SMKA

Tahniah Muhammad Adam
Anak bongsu papa mama 
Dah melangkah ke sekolah menengah 
Hari ini mula ada sesi orientasi
Esok mula persekolahan secara bersemuka

Dia tak mau nak stay di asrama 
Papa tahu sebab nya asyik nak main games komputer & PS4 & henpon kat rumah … internet laju kata nya 

Papa masa kecil … pegang lastik burung jer 

Gudluck Muhammad Adam untuk belajar subjek agama 👌😄

Nota:
Jadual penuh today:
1. Hantar Along balik kolej 
2. Hantar Angah balik asrama 
3. Hantar Adam orientasi di SMKA




08 May 2022

Malam raya

Malam raya 
Teringin plak 
Nak mee segera perisa kari telo sebijik 
Kena plak teh O Al-Kbous daun pudina 
Perhh dah lebih sebulan nak memendam rasa 
😄




Esok Raya

Berbuka puasa hari ke 6
Esok raya
Wife masak kan rendang ayam 
Alhamdulillah 😄



07 May 2022

Riadah

RIADAH 

Hari ini ambil kesempatan untuk riadah sket
Keluarkan peluh untuk mesin rumput 
Kasi trim rumput kasi pendek sket 
Abang Bangla masih bercuti rayer … haha 😄

Lepas maghrib baru nak gie beraya 
Today Alhamdulillah dah hari ke 5 untuk berbuka puasa 

Nota: rumah ini telah dipinang oleh buyer … proses permohonan loan 😄