31 March 2018

Jangan kecam saya 

Jangan kecam saya ...

Abih nasi lomak ...

Roti canai ayam goreng pepanaz plak ...

Bleh layan rumah busuk sampai ke potang ...

Alhamdulillah 

😀👍


Nasi lomak mambau

Beratur beb

Nak makan nasik lomak mambau + ayam goreng + tolo goreng + sambal

Wow sodap 


30 March 2018

Tiles tandas 

TANDAS RUMAH BUSUK MULA NAK MEWANGI 


Progres rumah busuk tetap berjalan macam biasa

Slow n steady tetap berjalan

Di dalam tandas rumah busuk mula nak mewangi

Dah mula pasang tiles dinding di dalam tandas tur

Dalam rumah busuk ini ada 3 buah tandas

Saiz setiap tandas berbeza beza

.

.

Pantas masa berlalu 

Dah berada di penghujung bulan mac 

Beberapa hari lagi dah nak masuk bulan april 

Bersusun plak perancangan rumah busuk untuk tahun nie

Harap tahun 2018 ini memberi ruang kepada saya untuk melakarkan sesuatu pencapaian peribadi untuk diri sendiri

Tetap melayan hobi hartanah rumah busuk

Kekadang terasa penat plak

.

.

Dah bertahun tahun saya berkongsi cerita rumah busuk dengan kalian nie

Ramai yang dah makin pandai dan mahir

Dah banyak ceriter saya kongsi kan

Beberapa kali saya dah tampil di seminar untuk berkongsi dengan peserta seminar

Matlamat saya dah tercapai untuk berkongsi sedikit pengalaman yang saya miliki

Maybe dah tiba masa nya untuk saya mengundur diri dari terus menaip di sini

Saya buat macam dolu dolu ... SENDIRI JALAN DENGAN HOBI SAYA INI TAPI TIADA PERKONGSIAN DI WALL FB ... BUAT SENYAP SENYAP JER ... sedang fikirkan

Yuhuu


Ir. AJAK


29 March 2018

Buat kerja

Dah selesai sholat isyak

Baru nak mula kerja kerja berkaitan rumah busuk

Malam nie kena menaip dan berfikir sket

Nak guna excel

Nak kira kira angka sket

.

.

Guna notebook yang lama

Dah bertahun tahun guna

Masih boleh berfungsi

Saya guna jer lah

.

.

Idea ohh idea


#rumahbusuk


Durian ...

Makan durian lagi malam nie ...


Tauchu

Rezki berbuka puasa saya today

Masak tauchu ikan jaket nie

Manis isinya

Lama tak makan

Teringin minta tolong wife masakkan

Alhamdulillah 


Gegadis

MEMBINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET DALAM RUMAH BUSUK


Sangat penting jika dapat membina table top & kitchen kabinet di dalam sebuah rumah busuk

Kerana ruang dapur akan nampak lebih sempurna apabila ada nya table top yang dilengkapi dengan kabinet atas dan bawah serta hood & dapur gas

Para ibu dan gegadis untuk masak masak di dapur pun bersemangat sket

Betoi ker pendapat saya nie

Yuhuu 


Ir. AJAK


28 March 2018

Susunatur

SUSUN ATUR DI DALAM RUMAH BUSUK PUN PENTING 


Pada pandangan saya lah yer

Untuk nampak ruang di dalam rumah busuk yang lebih luas dan teratur

Saya selalur susun atur semula kedudukan asal rumah busuk tersebut 

Dengan melakukan sedikit perubahan kedudukan asal akan menjadi kan ruang nampak lebih luas dan besar


Biasa yang saya ubah ialah:

1. Besarkan ruang tamu

2. Besarkan ruang makan dan bersekali dengan ruang dapur

3. Ubah kedudukan tandas ke tepi sebuah sudut

4. Besarkan sedikit bilik yang ke 3 yang sangat kecil

5. Ubah kedudukan tingkap supaya cahaya masuk dan nampak terang


Apabila dah siap nanti

Saya pasti akan nampak perubahan yang sangat berbeza pada rumah berkenaan 

Dengan melakukan perubahan susun atur dalam rumah akan nampak rumah lebih besar dan luas

InsyaAllah 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


27 March 2018

Udang merah

UDANG MERAH


Balik dari kerja

Singgah tepi jalan

Penjual nie kata durian udang merah

7 biji 8 kilo

Buah nyer kecik kecik jer

Sedap nyer durian nie

Isi cantek

Alhamdulillah 


Wayar tergantung 

PANDANGAN BIASA DALAM RUMAH BUSUK


Pandangan wayar tergantung gantung

Macam nie tur kira biasalah

Bagi sebuah rumah busuk yang sedang diusahakan untuk mewangi


Lubang yang ditebuk pada plaster siling 

Bertujuan untuk pasang lampu downlite 

Susunan lampu kena teratur 

Baru akan cun


Lantai pun masih tak rata

Masih pecah pecah

Nampak busuk kan kan

Tur jer nak cakap


Ir. AJAK 


26 March 2018

Berbuka

Rezki berbuka puasa today 

Teringin nak makan masakan sardin tin

Wife masak kan 

Masa gie umrah dah ada rasa nak makan sardin 

Alhamdulillah 


Dah minat

JIKA DAH MINAT RUMAH BUSUK


Dah nama nya pun dah minat rumah busuk

Maka setiap ruang masa walaupun sedikit yang ada

Mesti nak layan hobi hartanah rumah busuk 

Tak kira lah sesibuk mana sekali pun 

Pasti akan di cari cari jugak sedikit ruang untuk melayan nya 


Dah mula untuk projek rumah busuk yang berikut nya

Dah mulakan kerja sket sket

Di dalam rumah busuk nie

Tandas nyer pun berkeadaan uzur

Keadaan ini akan cuba diwangi kan

Cadang nak bagi wangi sebuah rumah

Itulah hajat di hati

Jika tiada aral melintang 

Menjelang selepas hari raya puasa tahun hijrah 1439 nie

Dijangka akan boleh disiapkan kerja sebuah rumah:

1. Bina porch baru

2. Extend dapur

3. Plaster siling

4. Tiles sebuah rumah

5. Kerja kerja yang bersangkutan yang lain nya


Memang syok melayan hobi nie

Penat tur akan terubat dengan rasa kepuasan diri peribadi

Moga semua perancangan akan berjalan dengan lancar

Itulah harapan dan doa saya selalur 

InsyaAllah 


Ir. AJAK


25 March 2018

Haji bakhil

Cikgu Murni ...

Ohh Haji Bakhil ...

.

.

Tetiba wife bersuara ... “Jangan nak gatai macam Haji Bakhil yer”

.

.

Aduduuu 


Makan roti ...

Kidos nak makan roti jer ...

Malam nie ...


Wayang

NONTON WAYANG


Tiket wayang dah di tangan 

Layan kidos

Esok dah mula skolah semula 

Kan kan 


Bonding time

Bonding time dongan family 

Weken


Happy Birthday Abang Ngah

HAPPY BIRTHDAY “ABANG NGAH” KE 13


Happy birthday Muhammad Alif

Papa mama dan adik beradik

Mendoakan agar ABANG NGAH dikurniakan rahmat dari NYA

Membesar dengan kesihatan yang baik

Memperolehi ilmu dunia untuk bekalan di akhirat kelak

Dipermudahkan urusan di sekolah Agama

Tercapai cita cita untuk menjadi Ustaz

Menjadi anak yang sholeh

Itulah doa kami untuk ABANG ANGAH

InsyaAllah 

Aamiin



Mula layan

MULA KEMBALI LAYAN RUMAH BUSUK


Today pagi ahad

Saya dah mula kembali layan hobi hartanah rumah busuk

Rindu dongan aktiviti ini

Memang rindu

.

.

Jumaat kelmarin selepas sholat jumaat di Masjidil Haram

Lakukan tawaf wida

Jumaat malam bertolak dari Airport Jeddah

Semalam sabtu sampai di klia

Dari klia terus drive balik ke ipoh untuk bertemu emak ... nak peluk emak yang mendoakan saya selamat pergi dan balik

Jam 10pm selepas makan masakan emak & sholat isyak bertolak dari ipoh ke seremban

.

.

Pagi nie dah susun jadual untuk ke rumah rumah busuk

Team kontraktor teruskan kerja

Alhamdulillah 

Semua teratur dengan baik

.

.

Petang kang nak layan kidos tengok wayang plak

Dah macam SUPERMAN plak saya nie

Moga ada keberkatan waktu & kelapangan

Allahuakbar 


Ir. AJAK


MAAF LAH KEPALA BOTAK ... Aduduuu... malu sket😀


24 March 2018

Mee rebus

Mee rebus ayam

Singgap jap

Sedap rasanyer

.

.

Dah seminggu

Asyik makan nasi arab & kebab

Alhamdulillah 


Doa kan

Mohon doakan perjalanan kami jemaah satu kapal selamat untuk pulang ke tanah air tercinta

InsyaAllah 

Aamiin


23 March 2018

Check in

DAH CHECK IN


Perjalanan lancar dari Kota Mekah ke Airport Jeddah

Cuma ada sket jalan jem tadi kerana ada kerja kerja repair jalan hiway

Selain nyer pemandu drive kereta dengan laju jer

Terbaek Haji pemandu berasal dari Pakistan 

.

.

Dah check in

Dah melepasi imigresen 

Cuma mesin berbunyi tadi coz saya terlupa buka tali pinggang ... huhuhu 😀

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat NYA


Ir. AJAK

Airport Jeddah


Tawaf wida

TAWAF WIDA


Selesai sahaja khutbah jumaat sholat jumaat today

Kami bergegas mencelah celah jemaah untuk ke pintu 94 untuk masuk ke Dataran Kaabah 

Kami berdua melakukan tawaf wida

.

.

Terasa sayu dan sebak

Melengkapkan tawaf wida 7 pusingan Kaabah

Cuaca agak panas terik di kepala

Al maklum jer lah matahari tegak di kepala dengan suhu sekitar 36 darjah gitur ... tapi tidak lah sepanas musim haji

Jemaah memang tak pernah sunyi untuk bertawaf di sini

.

.

Sambil kami bertawaf

Kami juga menadah tangan berdoa agar diberi peluang kesempatan untuk berkunjung kembali ke Tanah Suci Kota Mekah Al Mukaramah ini untuk tujuan ibadah umrah

Nak pendaftaran haji hanya layak selepas 5 tahun iaitu pada tahun 2021 nanti

.

.

Allahuakbar 

Tiada tempat seindah dan seronok

Melainkan di Kota Suci Madinah Al Munawarah dan Mekah Al Mukaramah ini

Banyak negara dah saya menjejaki kaki saban tahun tapi memang tak bleh lawan 2 tempat ini

Kota suci yang tak pernah sunyi di kunjungi oleh umat islam seluruh pelusuk dunia

Mekah & Madinah sangat sangat istimewa di hati saya

Saya akan sangat teruja untuk datang ke sini lagi jika diizinkan NYA menjadi TETAMU ALLAH 

InsyaAllah 

Aamiin

Sekadar berkongsi pengalaman 


Ir. AJAK


Sholat jumaat

TODAY SHOLAT JUMAAT DI MASJIDIL HARAM


Today Sholat Jumaat di Masjidil Haram

Sampai kat masjid pada jam 11am pagi

Mujur dapat masuk ke dalam masjid

Semua pintu dah ada penjaga dan dikawal rapi

.

.

Rezki tempat duduk kat belakang jer nampaknyer

Itu pun dah hampir hampir penuh

Rezki masih ada ruang untuk saya kat belakang

.

.

Nak datang betoi betoi awal weh

Baru boleh dapat tempat di depan

Allahuakbar 😀

.

.

Korang pernah ada pengalaman ker

Tak dapat masuk ke dalam masjid untuk bersholat

Sholat kat Dataran Luar Masjid jer

Kan kan


Ir. AJAK


21 March 2018

Iftikaf

Menunggu masuk waktu maghrib 

Mencari sedikit ruang untuk ber iftikaf

Dalam ramai ramai jemaah nie

InsyaAllah 


Mencari ruang

Mencari sedikit ruang

Sebelum sholat subuh

Agar pemandangan terus nampak ke KAABAH

Alhamdulillah 


20 March 2018

D saji

D SAJI


Wife nak lunch daging salai masak lomak

Saya daging kari kambing jer

.

.

Korang pun pernah makan kat sini yer 



Suasana 

Suasana di Kaabah beberapa jam yang lalu ...

Kepada yang merindui ...


Bootak

Dah BOTAK

Bertahalul

Alhamdulillah 


19 March 2018

Susur

SUSUR PERJALANAN


Bas menyusur dengan laju di hiway

Di kiri di kanan

Padang pasir

Bukit batu batu keras

Nampak macam tandus

Tiada pokok pokok yang hijau

Sesekali nampak pokok pokok rendang kecil yang daun nya tak lah hijau pun


Cuaca nampak cerah dan terang

Suhu di luar sekitar 35 darjah

Perjalanan terus dengan bas sekitar 5 jam gitur jika tiada henti

Jika ada henti tambah lah lagi masa

Pasti melewati sholat asar ... dah qasar jamak tadi


Dalam bas dibekalkan sedikit makanan ringan, roti, air mineral, jus dan diberi air neskape panas

Bas agak selesa dengan nyaman aircon


Sambil bertalbiah

Labaikallahumalabaik labaikalasyarikalakalabaik

Bermuhasabah diri 

Terasa kerdil sangat diri ini

Mengenangkan betapa perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat menggunakan perjalanan unta dari Kota Madinah ke Kota Mekah


Sekadar catatan perjalanan di dalam bas

Untuk renungan diri saya ini


Ir. AJAK

Madinah to Makkah


Miqat

MIQAT


Miqat di Bir Ali ...

Sebelum meneruskan perjalanan bermusafir masuk ke Kota Suci Mekah Al Mukaramah ...

Mohon doa kan kami yer

InsyaAllah 

Aamin


Sedih

SEDIH & SEBAK


Sedih & sebak

Untuk meninggalkan Kota Suci Madinah Al Munawarah

Nak meninggalkan Makam Rasullullah saw yang tanah memegang jasad Nabi Muhammad saw

Sekali lagi kami menitiskan air mata

Tak tertahan rasa pilu ini

Moga ada peluang lagi untuk kembali berziarah di sini

Di lain masa

Diberi kesempatan waktu, tenaga & wang ringgit 

InsyaAllah 

Aamin 


Sedih

SEDIH & SEBAK


Sedih & sebak

Untuk meninggalkan Kota Suci Madinah Al Munawarah

Nak meninggalkan Makam Rasullullah saw yang tanah memegang jasad Nabi Muhammad saw

Sekali lagi kami menitiskan air mata

Tak tertahan rasa pilu ini

Moga ada peluang lagi untuk kembali berziarah di sini

Di lain masa

Diberi kesempatan waktu, tenaga & wang ringgit 

InsyaAllah 

Aamin 


Jendela

Dari jendela

Tak jemu jemu memandang

Malah terasa tenang dan damai

Bumbung yang agak unik


18 March 2018

Tak pernah jemu

Tak pernah rasa sekelumit jemu untuk terus hadir ke sini untuk ke sekian kali nya ...


Raudah 

RAUDAH ... 


Raudah

Taman syurga

Menitis air mata

Tatkala berpeluang untuk sujud di karpet hijau nie

Secara langsung terus mengalir air mata tanpa di paksa paksa

Terasa kerdil sangat diri nie

Memohon pengampunan atas segala dosa dosa silam

Sambil bermunajat mengharapkan redho dari NYA

Namun ada terhidu bau wangi yang nyaman di sini

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK



Kopi o

Menikmati secawan kopi o panas ...


Makam Rasullullah saw

MAKAM RASULLULLAH S.A.W


Saya dah sampaikan “Salam” kalian kenkawan

Pada awal pagi sekitar jam 1am pagi waktu madinah

.

.

Sebaik sahaja saya meletakkan luggage di bilik

Bersihkan diri

Terus melangkah ke Makam Rasullullah s.a.w

.

.

Alhamdulillah 

Kerinduan terubat

Menitis airmata berjurai

Allahuakbar 


Check in

Check in penginapan ...


Teksi ...

Bro Othman bawa dari airport ke hotel ...


17 March 2018

Doakan kami yer

Dah masuk dalam kapal

Doakan kami yer 

InsyaAllah 


Cinta hati ...

Cinta hati saya ... bersama untuk bermusafir 


Umrah

MENGERJAKAN IBADAH UMRAH & ZIARAH


Asalammualaikum 

Kenkawan 


Petang ini sabtu 17 Mac 2018 kami merancang untuk mula bermusafir

Dijadualkan saya dan wife akan memulakan perjalanan penerbangan terus ke Kota Suci Madinah Al Munawarah dari KLIA

InsyaAllah jika ikutkan tentatif jadual pada awal minggu depan akan mula masuk ke Kota Suci Mekah Al Mukaramah untuk tujuan Ibadah Umrah


Saya Abdul Razak Bin Kamarudin dan wife Hajah Fatimah Binti Sahak dengan rasa penuh rendah diri

Ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan perbuatan dan tutur kata


Mohon doakan kami agar selamat untuk perjalanan pergi&balik dan memperolehi Ibadah Umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan berkaitan untuk menjadi Tetamu ALLAH

InsyaAllah 

Aamin😄👍


Ir. AJAK

(Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin)

KLIA


16 March 2018

Sinki

TABLE TOP RUMAH BUSUK


Progres makin banyak

Di bahagian dapur 

Dah mula buat table top

Dah pasang sinki

Syok tengok progres gini

Kan kan😀


Ir. AJAK


15 March 2018

Durian

Durian ...

Beli tepi jalan ...

Alhamdulillah ...


Berbuka

Berbuka puasa today

Udang galah kari

Alhamdulillah 


Kasi chance

LECEH LAYAN RUMAH BUSUK


Leceh layan rumah busuk nie tau

Itu yang dikeluhkan selalur yer

Kasi chance Ir. AJAK jer lah yang layan

Korang duk diam diam

Tengok jer yer

Bleh kaaa itu macam

Yuhuu😀


Ir. AJAK


14 March 2018

Udang galah

UDANG GALAH 


Udang galah segar pancing dari sungai perak

Bukan saya yang pancing

Saya beli dari pemancing

Dapat 2 kilo jer

.

.

Nak masak apa yer

😀


Simple ruang dapur

RUANG DAPUR SIMPLE BAGI RUMAH BUSUK


Nak citer lagi rumah busuk yang telah siap diwangikan 

Ruang dapur simple bagi rumah busuk:

1. Ada ruang yang kemas

2. Ada ruang untuk letak meja makan

3. Ada plaster siling

4. Ada lampu downlite 

5. Ada kipas angin

6. Ada lantai tiles

7. Ada table top

8. Ada kitchen kabinet 

9. Warna cat yang lembut 

10. Ada soket elektrik

11. Kepala paip untuk mesin basuh

12. Tinggi siling yang memuaskan


Memang terasa selasa untuk berada di ruang dapur

Menarik minat para ibu dan gegurl untuk memasak sedap sedap di dapur

Ruang dapur merupakan elemen yang agak penting bagi sebuah rumah 

Saya cuba ambil berat pada ruang dapur nie

Cuba lakukan sebaiknya 

Tak semestinya nak guna item yang mahal mahal

Kitchen kabinet tur saya guna material melamine jer

Yuhuu 


Ir. AJAK


Nota:

Gambar semasa dinding dipecahkan 

Gambar setelah siap sempurna sebuah ruang dapur