12 August 2018

Girang

HATI GIRANG LIHAT RUMAH BUSUK


Hati semakin girang

Melihat sebuah rumah busuk makin mewangi

Sehari demi sehari


Progres kerja makin bertambah:

  1. Dari tiada kelulusan pelan ubahsuai telah ada kelulusan
  2. Dari tiada meter air telah ada meter air
  3. Dari tiada porch telah dibina porch yang tersergam
  4. Dari dapur yang kecil telah diluaskan
  5. Dari lantai simen telah di tiles kan seluruh lantai
  6. Dari tandas yang usang telah dijadikan tandas yang amat sempurna
  7. Dari tiada table top dibina bersekali dengan kitchen kabinet atas dan bawah serta hood hob
  8. Siling yang terlopong telah digantikan dengan plaster siling
  9. Lampu kalimantang telah disusun semula dengan lampu downlite led
  10. Tingkap nako telah digantikan dengan tingkap tinted kaca aluminium frame
  11. Akan di pasang dengan aircon dan kipas siling
  12. Gril n pagar masih ditempah di bengkel
  13. Akan dicat dengan warna pilihan ... sedang mencari ilham 


Tips:

  1. Nak layan aktiviti hobi hartanah rumah busuk ini mesti nak ada minat
  2. Kena bawak sekali pasangan agar minat sama supaya tak ada bebelan
  3. Kena luangkan masa walaupun sesibuk mana sekalipun
  4. Cari lah peluang untuk menimba ilmu ... jangan main belasah jer
  5. Pelan pelan kayuh ... jangan gelojoh n tamak


Tur jer nak kongsi kan dengan korang

Yuhuu satu kali😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





No comments:

Post a Comment