30 September 2018

Hikmah

HIKMAH DI SEBALIK KESAKITAN INI


Lafaz penuh kesyukuran Alhamdulillah 

Saya dah discas keluar dari wad hospital 

Terima kasih kepada family, wife n kidos

Terima kasih jua kepada semua kalian rakan yang mendoakan

Terima kasih kepada sahabat karib yang sudi datang melawat

Terima kasih kenkawan opis yang datang ziarah saya di sini

Terima kasih kepada Doktor Shah

Terima kasih kepada semua nurse nurse yang baik baik menyantuni saya di wad selama 5 hari

Layanan yang baik ... wad yang selesa n bersih ... makanan yang sedap dengan berbagai menu pilihan ... Alhamdulillah

Cuma masih di dalam cuti sakit dan terus rawatan susulan ke klinik pakar


Kali ke 2 dalam sejarah hidup saya di masuk kan ke wad hospital pada umur 4 siri

Selama hari ini Allah telah pinjam kan kepada saya nikmat kesihatan yang baik

Hanya sebelum ini sekadar pesakit luar jer di klinik ... demam ... batuk ... kurang sihat gitur gitur laaa

Kali ini ujian besar sket yang saya terima kerana melakukan pembedahan 

Pengalaman yang cukup berharga buat diri individu saya ini


Sewaktu sepanjang saya berada di dalam bilik wad

Saya menjalani segala prosedur yang hospital tetapkan

Ikut jer lah cakap nurse n doktor

Duduk di wad ... pemeriksaan doktor pakar ... makan ubat ... drip ubat ... ujian darah ... ujian air kencing ... rendam air garam pada tempat pembedahan ... pemantaun tekanan darah berkala ... endoskopi ... masuk bilik ot untuk pembedahan 


Hikmah 1:

Muhasabah diri tentang nikmat yang Allah pinjamkan

Terlalu banyak yang Allah telah pinjamkan kepada saya

Nikmat kesihatan adalah asas untuk kita menjalani kehidupan yang sempurna di dunia ini

Selama hari ini saya sihat dan cergas

Cergas melaksanakan kehidupan seharian, tugasan kerja yang kuat, berkeluarga, beribadah, riadah, ke hulu ke hilir layan rumah busuk, melancong di dalam negara mahupun luar negara, ibadah umrah saban tahun, ziarah bonda, melayan media sosial tanpa had, lepak dengan kenkawan dan segala aktiviti yang sesuai untuk saya termasuk layan hobi pelihara ikan koi


Hikmah 2:

Masa untuk merehatkan badan yang dah lama bekerja dan ke sana ke sini

Mungkin ini salah satu sebabnya

Ya ... saya akui bahawa kehidupan ini satu perjalanan

Dari alam roh ... kita dilahirkan sebagai bayi ... membesar sebagai kanak kanak ... remaja dengan penuh gembira ... menjalani kehidupan dewasa dengan pelbagai cabaran ... umur yang dah matang meniti 40an ... seterusnya ke peringkat angka umur veteren ... dengan izin Allah jua nya

Kita nikmati peringkat ke tangga peringkat  berikut usia yang kita lalui


Hikmah 3:

Allah bagi sakit kepada saya pada masa yang saya bukan kritikal yang sangat sangat sibuk urusan harian

Contoh nya:

  • Bukan masa kerja sibuk
  • Bukan masa ber holiday di luar negara
  • Bukan masa beribadah umrah di mekah atau ziarah di madinah 
  • Bukan masa kritikal seperti waktu nak temuduga atau exam yang penting penting
  • Kerja kat opis kenkawan tolong cover
  • Aktiviti rumah busuk berjalan baik ... semua team buat kerja ... kontraktor buat kerja ... lawyer buat kerja ... valuer buat kerja ... semua bekerjasama 


Hikmah 4:

Ada ruang masa santai untuk saya sedikit

Boleh saya:

  • Nonton tv seperti discovery channel
  • Ada masa saya nak godek godek henpon
  • Ada masa pikir pikir bab hobi rumah busuk jugak laa


Hikmah 5:

Bonding gak dongan family:

  1. Emak call setiap hari untuk bertanya kabar ... mohon doakan agar cepat sembuh 
  2. Wife kerap mesej dan call ... rasa lagi rapat plak .... segala hal wife akan bercerita ... padahal jarak dari rumah ke wad tak lah jauh sangat sekitar 15 ke 20 minit gitur ikut keadaan traffic ... ada masa terluang jer wife terus datang lawat
  3. Kidos akan datang setiap malam selepas sholat maghrib dan makan malam ... datang bawak makanan ke wad ... sama sama nonton skrin tv di wad sekitar jam 8.30 ke 9.30pm ... sholat isyak di wad ... dia orang balik ke rumah
  4. Adik adik saya pun bertanya kabar dalam group wasup ... saya update segala perkembangan .... kami ukhwah silaturrahim ... Alhamdulillah


Hikmah 6:

Jaga waktu sholat ... waktu masuk jer ... saya sholat kat salah satu sudut di dalam wad nie ... cuma tak dapat sholat sesempurnakan untuk sujud dan duduk antara 2 sujud ... hari biasa yang saya lalui kekadang saya lewat gak untuk sholat disebabkan dengan memenuhi jadual kerja seperti meeting dan memandu di dalam kenderaan serta macam macam hal lagi


Hikmah 7:

Kenkawan pun duk mesej bertanyer kabo ... yang tak pernah wasup kepada saya pun ada yang mula berwasup ... ukhwah silaturrahim mengeratkan persahabatan 

Ada gak kenkawan lelaki yang nakal nakal bertanyer soalan “nurse kat situ cun cun ker ... mesti ada yang muda chomei ... cer tangkap gambo sket” ... saya jawab ... “nak mampus mem besor aku mangamuk kang kena cubit telinga” ... hehehehe 😀


Pengajaran:

Saya senantiasa cuba berusaha menanamkan berprasangka yang baik baik sahaja segala yang berlaku ke atas diri saya

Saya cuba hadapi

Antara lain untuk menghapuskan segala dosa dosa saya dan membina sifat sabar serta jatidiri

Moga Allah senantiasa memberi kan hidayah dan pentunjuk kepada diri saya untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari hadapan 

InsyaAllah 

Aamin😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk






28 September 2018

Pembedahan

DAH SELESAI PEMBEDAHAN


Alhamdulillah 

Berkat di pagi jumaat nie😀

Telah menjalani prosedur pembedahan

Bius sepenuhnya

Malam masih mamai mamai lagi

Makan ubat tido untuk berehat

Pagi nie dah mula boleh tengok henpon dan mesej

Baring di katil hospital nie ha

Terima kasih kepada kalian semua kerana mendoakan saya


Tak biasa saya kena operate nie

Ini kali pertama

Perasan takot yang amat sebenarnya

Kecot saya ketakutan

Apabila troli ditolak oleh nurse masuk ke dalam bilik pembedahan ... memang seram

Tak setakot nak memasuki ke dalam rumah busuk yang seram menakotkan tur

Tak setakot nak jumpa big bos yang garang macam singa apabila assignment tak siap lagi 

Mungkin saya tak sekuat kalian kot ... Yuhuu


Saya perlu berehat untuk sembuh

Dah sihat kelak nanti pasti nak layan hobi hartanah rumah busuk jugak kan kan kan

Ikan koi kat kolam pun pasti di rindui nie ... melompat lompat berebut rebut makan pallet apabila diberi makan


Doakan saya yer kenkawan 

InsyaAllah 

Amin


Ir. AJAK





27 September 2018

Ke OT

PEMBEDAHAN


Mohon doa dari kalian semua yer untuk saya “Ir. AJAK”

Agak semuanya berjalan dengan baik

Menjalani prosedur pembedahan

InsyaAllah 

Amin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Dah pulih nanti .... bleh layan hobi hartanah rumah busuk semula ... mudah mudahan ... InsyaAllah 😀




Sakit

KEHIDUPAN


Ada masa kita sihat 

Cergas untuk ke sana dan ke sini

Ada masa ALLAH bagi ujian sakit macam saya

Kali ke 2 saya admit di hospital sepanjang kehidupan nie

Umur dah 4 siri ... ada jer yang tak kena nyer yer

Perlu jaga makan

Perlu jaga tido

Makner kata jaga kesihatan gitur

Kena masukkan riadah dalam jadual mingguan

Makan ter lebih sket pun kadangkala tak bleh ... contoh makan nangka madu bebanyak akan sendawa berlebihan ... berangin 1 badan

Namun pada itu ... kesakitan datang tak tentu masa n ketika nyer yer ... tak kira usia muda atau veteren

Redho dengan segala ujian dari ALLAH

InsyaAllah Amin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk





23 September 2018

Cekodok

Minum petang 

Cekodok jagung 

Wife masak

Sedap Alhamdulillah 





Family

FAMILY ADALAH TULANG BELAKANG Ir. AJAK MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Tanpa mereka family saya

Mana mungkin Ir. AJAK boleh melayan hobi hartanah rumah busuk saban hari 

Sejak sekian lama dolu dolu

Dah bertahun tahun lamanya


Ke hulu ke hilir family ikut turut serta saya ke lokasi rumah busuk

Kekadang saya minta pandangan 

Kekadang saya berkongsi idea

Kekadang saya berkongsi rasa penat lelah


Tulang belakang nie amat penting

Memberi semangat untuk terus melayan hobi rumah busuk

Jika ada halangan yang mendatang

Pasti di kongsi bersama

Alhamdulillah atas segala peluang yang dipinjamkan dari Allah

Amin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





Tips

Tips RUMAH BUSUK

Stamina perlu senantiasa mantap untuk layan hobi hartanah rumah busuk secara berterusan 💪 ... 
Jangan pancit selalur yer 😀 ... 
Nak hunting rumah busuk perlukan energy jugak tau ... 
Kesihatan jangan sesekali diabaikan 😀
Yuhuu 👍

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

#rumahbusuk



Riadah

Riadah sket 

Nak kekalkan stamina 

Bleh layan hobi rumah busuk 





22 September 2018

Santai

Santai di tepian pantai ...




Lunch

Alhamdulillah dah lunch di pesisir pantai

Cuaca cerah hari ini





Hood hop

HOOD HOP UNTUK KITCHEN KABINET RUMAH BUSUK


Singgah di kedai elektrik

Beli 2 set hood hop untuk dipasang di rumah busuk

Dalam minggu depan akan siap table top

Untuk 2 rumah yang berbeza lokasi 

Pekerja kedai elektrik tur pun dah kedai wife saya

Kerana kerap beli barangan kat situ


Beli hood hop yang simple jer

Bajet pun tak berapa nak banyak

Maklumlah dah ke hujung tahun

Modal pun makin menipih dah nie

Syok melayan hobi nie makin menggila syok nyer

Hobi rumah busuk ini sebahagian dari jadual saya pada weken gini


Petang kang nak gie lokasi rumah busuk gak

Tapi agak jauh sket dari seremban 

Kena guna hiway baru bleh sampai

Sambil tur nak bawak kidos gak ikut turut serta 

Kasi kidos tanam kan minat sambil riadah di weken nie

Layan jer lah

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota: bonet keter salon tak muat ... letak kat tempat duduk belakang jer






Kolam

Pepagi layan ikan


Jap lagi nak layan rumah busuk plak


Jadual padat😀





19 September 2018

Halal kan ilmu

TERTIB KUTIP ILMU HARTANAH RUMAH BUSUK


Syok makin hari makin banyak dapat kutip ilmu hartanah rumah busuk

Tak kira dari mana mana sifu hartanah

Yang penting ilmu diperolehi 

Samada banyak atau sedikit ilmu yang dapat diceduk


Dengan ilmu yang ada akan dapat mematangkan kita untuk melayan hartanah rumah busuk

Pelbagai cara nak kutip ilmu nie ... cara yang percuma atau cara berbayar ... cara memasing lah yer

Pandangan saya lah

Tertib kutip ilmu hartanah rumah busuk nie


Ucaplah terima kasih dan mohon halal kan ilmu

Pasti lebih berkat dan membawa banyak manfaat 

Contohnya seperti mesej yang saya terima ini jelas maksud dan tujuan nya disamping berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya mempraktikkan ilmu rumah busuk menjadi wangi

InsyaAllah 

Amin😀👍


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





18 September 2018

Pizza

Kidos pesan

Beli 3 kotak

Balik dari keje






Kidos

KIDOS CUBA MENGENAL ERTI RUMAH BUSUK


Hari coti semalam

Hari ganti hari malaysia

Bawa kidos ke lokasi rumah busuk yang sedang di ubahsuai

Lokasi dalam daerah seremban jer


Nak cuba bagi kidos tahu item item dalam rumah busuk:

  1. Makner ubahsuai rumah
  2. Ruang porch
  3. Ruang tamu
  4. Bilik bilik
  5. Ruang dapur
  6. Tandas
  7. Plaster siling
  8. Lantai tiles
  9. Table top
  10. Binaan tingkap
  11. Dan lain lain


Sajer nak cuba tanamkan minat kat kidos

Maner tau suatu hari nanti mereka kidos boleh meneruskan hobi ini

Papa dah lama mulakan

Memang dah agak lama pun


Di samping melayan hobi

Mengisi masa lapang

Sangat banyak memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang bersangkutan dengan rantaian transaksi rumah busuk 

Papa nak beritahu kat kidos bahawa papa sangat minat di dalam melayan hobi hartanah rumah busuk ini

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






17 September 2018

Ayam bako

Tadi lunch wife masak ayam panggang dalam oven
Mak aaii memang sedap bebenor
Kekenyangan sampai ke petang
Alhamdulillah 😀👍




16 September 2018

Kambin bako

Singgah makan kambin bako

Mak aaii sodap nyer

Aroma pun menusuk kalbu

Alhamdulillah 😀





For sale

SIAPA NAK RUMAH INI

FOR SALE


Harga RM120k sahaja yer

2 tingkat

4 bilik tidur

2 tandas dengan 2 jamban duduk

Siap plaster siling atas bawah

Siap table top kitchen kabinet + hood hob

Siap gril

Siap pagar

Siap rewiring baru

Siap ada lantai tiles saiz 2x2

Sekeliling kemudahan infra yang lengkap dan matang

Sedang proses renovation

Bulan depan akan siap sepenuhnya

Sekitar 15 minit sahaja ke pusat bandar seremban (wisma persekutuan & wisma negeri)

Lokasi hot untuk disewakan

Sekadar ingin memberi manfaat kepada orang yang memerlukan ... InsyaAllah 

PM inbox direct saya yer

Yuhuu😀


RUMAH MASIH BERKEADAAN BUSUK pada hari ini

Baru siap sekitar 80% proses ubahsuai yer

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




15 September 2018

Kopi

Secawan kopi

Menyegarkan mata untuk perjalanan beratus km





Bekfes

BEKFES ROTI


Bekfes depan komputer jer beb

Duk tengah fokus buat bajet rumah busuk

Nak menjangkau bajet ke awal tahun depan 2019

Maklum lah tahun 2018 hanya berbaki sekitar 3 bulan gitur

Sesak nafas nak pikir bajet nie

Tak semudah disangka untuk melayan hobi rumah busuk nie

Yuhuu😀


Ir. AJAK 




Kira kira

CALCULATOR RUMAH BUSUK

7 tips tindakan


Pepagi nie saya dah memegang kalkulator

Pagi sabtu cuti hujung minggu yang panjang 

Duduk depan komputer

Key in dalam excel


Tindakan yang perlu di lakukan:

  1. Kira kira mesti kena buat ... jangan main belasah jer ... nanti ada yang sangkut
  2. Mesti kena update selalur ... mesti kena update selalur ... tak kisahlah seminggu sekali ker ... 2 minggu ker ... sesuai korang lah
  3. Masukkan semua perbelanjaan ... sehabis mungkin masukkan semua perbelanjaan yang utama ... jika nak detailkan pun boleh tur
  4. Target masa ... jika dah ada planning tur ... letaklah target masa ... contohnya nak siapkan kes renovation rumah pada oktober bulan depan
  5. Cari sumber kewangan ... nak layan apa benda pun biasanya akan melibatkan faktor kewangan ... carilah sumber yang halal ... InsyaAllah yer
  6. Planning kena sehampir tepat ... cuba cuba dan terus cuba ... sekali buat maybe tak tepat ... ejas ejas sampai hampir tepat ... lama lama okeylah tur
  7. Fokus pada bab kewangan ... kena buat walaupun kekadang sangat leceh ... saya bukan akauntan tapi basic kita kena ambil tahu ... tak gitur


Antara perkara yang perlu diambil kira

Jangan ambil mudah perkara ini

Jika sangkut bab modal ... mungkin benda lain jugak akan sangkut

Transaksi rumah busuk melibatkan wang dan masa

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






13 September 2018

Lepak

Balik dari kojo

Lepak lepak ngan wife

Sembang sembang sambil makan buah