30 January 2021

10 Perkara Reno Rumah Busuk

10 CADANGAN PERLU AMBIL KIRA UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK


Dalam musim PKP

Hasrat melayan hobi hartanah rumah busuk 

Memang tidak ditinggalkan

Kes yang ini telah dimulakan kerja di lokasi 


Anda kenkawan jika nak layan hobi ini 

Kena cuba ambil kira beberapa faktor ini juga yer:

  1. Buat semakkan kawasan yang mahu miliki hartanah 
  2. Kirakan juga bajet hartanah rumah busuk 
  3. Mesti nak tahu apa tujuan miliki hartanah berkenaan 
  4. Perlu masukkan bajet untuk repair & reno 
  5. Pemilihan kontraktor 
  6. Jika melibatkan fully reno ada ubahsuai porch & dapur ... saya cadangkan buat permohonan pelan ubahsuai 
  7. Masa proses reno ... buat pemantauan kepada proses kerja kontraktor 
  8. Penting juga melibatkan pasangan kita ... bincang bebaik apa apa sahaja pandangan 
  9. Jangan terlalu ghairah untuk banyak sangat perubahan sewaktu reno ... nanti bajet burst 
  10. Doa bebanyak kepada ALLAH swt agar semua proses dipermudahkan oleh NYA


Cadangan untuk ubahsuai rumah busuk yang ini melibatkan item item berikut:

  1. Runtuh porch lama dan bina porch yang baru
  2. Extend bahagian dapur 
  3. Tambah 1 bilik tidur
  4. Tambah ruang santai/lepak di tingkat atas
  5. Ubah kedudukan tandas pada tingkat bawah
  6. Tambah ruang tamu bagi besar 
  7. Besar kan ruang bilik tidur utama (master bedroom)
  8. Ganti tingkap cermin nako kepada tingkap kaca aluminium frame 
  9. Bina tembok dinding kiri kanan pada porch
  10. Ganti tiles baru saiz 2x2 sebuah rumah lantai tingkat atas & tingkat bawah serta lantai tangga 
  11. Pasang plaster siling sebuah rumah termasuk porch & 3 tandas 
  12. Rewiring baru sebuah rumah & lampu downlite & kipas
  13. Piping baru sebuah rumah
  14. Ganti semua pintu pintu 
  15. Bina table top L shape sepanjang tidak kurang 15 kaki
  16. Pasang kitchen kabinet atas & bawah & hud hob 
  17. 3 tandas dilengkapi dengan water heater & cermin muka & besi penyidai tuala 
  18. Cat sebuah rumah luar & dalam
  19. Wainscoting pada ruang tamu
  20. Gril tingkap sebuah rumah 
  21. Pagar besi 4 lipat panel 
  22. Blind pada tingkap dapur 
  23. Langsir semua tingkap pada sebuah rumah 
  24. Rewiring siap: 5 point aircond & autogate


Rumah ini telah memperolehi kelulusan pelan ubahsuai dari pihak berkuasa tempatan 

Permit kerja pun memang telah ada juga


Sewaktu kerja ubahsuai berjalan kita cuba pastikan bahawa kebersihan dijaga

Jangan ada bahan binaan yang mengganggu lalulintas jiran jiran 


Rumah ini unit tengah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur & 3 tandas

Lokasi di seremban 

Jangkaan masa untuk ubahsuai penuh sebegini tak kurang tempoh 3 bulan 


Saya positif minda untuk menyiapkan proses ubahsuai rumah ini walaupun berdepan dengan suasana Musim PKP ini 

Inilah passion saya dalam melayan hobi sebegini


Saya sekadar beri pandangan sahaja

Pandangan saya Tidak semestinya tepat 

Maybe kalian kenkawan ada cerita nak dikongsi bersama 

Elok lah kita kongsi kan 

InsyaAllah 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota: kita jaga SOP ... agar pandemik Covid 19 cepat berlalu ... semalam laporan menunjukkan kes lebih 5k ... Allahuakbar 




28 January 2021

Pekasam

PEKASAM + NASI GORENG


Malam jumaat nie

Sojuk pulak

Hujan tadi


Tetiba jer nak makan pekasam 

Goreng ngan marjerin 

Naik bau nyer potong bawang dadu


Alhamdulillah 

Memang terangkat gilos

Sapa suka makan pekasam 

Kita geng

😄




24 January 2021

Roti gardenia

MINUM PETANG


Time PKP

Luangkan masa kat dapur

Nie hasil potang nie 


Mozarella tak der dalam freeze 

Cheddar pun jadik lah

Bako dalam oven


Kidos cakap bleh tahan jugak papa nie

Hahaha 😄






Rumah Busuk corner lot

TAK ABIH ABIH Ir. AJAK NAK KONGSIKAN CERITA RUMAH BUSUK YER

Rumah Busuk corner lot 
Memang sangat busuk 
Tinggal rangka jer weh
Ruang tanah yang agak luas
Hujung tahun kot saya nak reno bagi wangi kes ini 
Ikut planning lah ada rumah yang perlu saya dahulukan buat masa ini 
InsyaAllah 

Alternatif lain:
“Inilah sebenarnya ilmu lelong. Beli harga berbaloi, renovate cecantik than jadikan homestay. Lokasi hot lak tu. Berbaloilah pelaburan diorang. Cuba korang baca perjalanan diorang renovate. Memang best lah”

https://ziyad.onpay.my/order/form/rumahlelong7bintang/IrAJAK

Ilmu penting:
“Korang nak hadam ilmu transaksi rumah lelong. Memang berbalai giler. Ada ilmu Dan semangat kental sket dah boleh cuba sampai berjaya”

https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK

Ir. AJAK




23 January 2021

Maggi goreng

MEE MAGGI GORENG


Pagi weken musim PKP

Kita layan kat dapor 


Bahan:

5 bungkus maggi (1 ayam 4 kari)

5 biji telo 

1 biji bawang merah kecil

2 ulas bawang putih 

Sayur sawi

Tauge 

Sedikit kicap manis

Minyak masak 3 sudu 


Cara masak:

Rendam maggi sekejap

Jangan sampai kembang sangat 

Guna 3 perencah maggi (1 ayam 2 kari) ... 2 baki lagi buang ... Jika guna 5 perencah akan terasa masin 

Tumis bahan 

Pastikan telor masak 

Baru masuk maggi selepas direndam 

Guna api perlahan supaya tidak masak sangat sehingga kembang maggi 

Saya tidak suka maggi terlalu kembang 


Letak sket bawang goreng 

Perhh mabeles Sedap 😄👍

Selamat mencuba memasak di dapur 


Ir. AJAK







Porch

PORCH MEWANGI DARI RUMAH BUSUK


Apabila melihat ruang porch pada rumah busuk yang telah diwangikan sebegini rupa 

Terasa syok jer tengok kan kan 

Maner tidaknya 

Terpikir banyak perkara boleh dimanfaat ruang sebegini ini 


Senang nak parking kereta

Senang nak parking motor

Senang nak letak basikal

Senang nak letak ATV (jika ada lah)


Senang nak alihkan penyidai baju yang jenis ada roda ke bawah porch apabila hari nak hujan 

Boleh letak meja kecil & kerusi untuk minum petang sambil santai santai 

Jika ada anak kecil nak bermain basikal kecil juga senang untuk dilihat di depan mata 


Maner lah tau sesekali nak buat jamuan makan makan dengan family 

Boleh lah gunakan ruang ini 

Ada ruang yang sesuai 

Sambil bakar BBQ ayam atau kambing 


Apabila tengok ruang sebegini 

Terasa lapang jer fikiran 

Tambahan pula ada angin angin sepoi bahasa yang menyapa melalui pagar


Mesti para gegurl mengidam kan untuk dapat memiliki ruang yang sebegini pada suatu hari nanti

Membina keluarga bahagia 

Andaian saya jer nie 

Apa pula pandangan korang ?


Bagi sempurna kan porch rumah busuk ini perlu coordination antara Kontraktor:

  1. Binaan
  2. Elektrik 
  3. Pagar & gril 


Jikalau korang nak tahu lebih lanjut dengan porch yang menarik boleh di jadikan tarikan kepada homestay 

Tempat lepak holiday bersama family 

Korang boleh download cerita penuh melalui tulisan Ebook Bro Fairus melalui link di bawah 


https://ziyad.onpay.my/order/form/rumahlelong7bintang/IrAJAK


Pada ruangan komen pun ada gambar gambar lagi 


Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube




21 January 2021

Belajar online

PAPA TAK DAPAT NAK BANTU


Anak belajar online di rumah 

Perlu ada kemudahan asas:

  1. Talian internet 
  2. Komputer & notebook & handphone


Kes saya

Papa tak dapat nak bantu kerana bekerja mencari rezki 

Mama yang uruskan di rumah lah 


Arahan cikgu beri pada group wasup 

Mama yang sampai kan kepada anak 

Baru anak teruskan kerja atau online dengan cikgu 


Talian internet kena berkeadaan sempurna 

Jika line slow ... jenuh lah nak download atau gambar tersekat sekat 


Kemudahan begini tak semua yang sempurna 

Dari group wasup kenkawan 

Ibu bapa yang terpaksa sibuk buat itu dan ini 


Jika anak ada lebih dari seorang 

Memang jenuh nak layan 

Jikalau tiada gadget yang mencukupi menjadi isu jugak 


Inilah norma yang perlu dilalui 

Apatah lagi jikalau ada ibu yang menjaga anak kecil baby

Boleh bayangkan tak menang tangan duduk di rumah 


Lunch anak anak nak disediakan juga 

Saya prihatin dengan keadaan ini

Bagi ibu & bapa yang bekerjaya dan terpaksa bekerja di luar rumah 

Anak anak kena cuba berdikari 


Sama sama kita prihatin keadaan ini 

Moga semua urusan dipermudahkan 

InsyaAllah Aamin


Ir. AJAK

Saya bab online ini tidak berapa nak mahir sangat ... hahaha 😄




18 January 2021

17 January 2021

Durian

DURIAN KAMPONG 

Tadi sempat singgah 
Beli tepi jalan 
Durian kampong beli 6 biji 
Malam nie bleh buat kuah cicah roti gardenia 
Penjual tur cakap belum musim buah banyak 
Harga RM18 Sekilo di letak nya 
Bleh lah makan 😄





Daging

DAGING “HARIMAU NANGES”


Pepagi weken nie haaa 

Pergi beli daging segar 

Gerai tepi jalan 

Saban minggu saya akan singgah di sini jadik pelanggan totap dah 


Tadi tanya pada Si Ujang 

Berapa ekor tumbang hari ini 

Empat ekor katanya 

Siap ada cop sticker Veterinar lagi 


Bantu peniaga kita

Biasa saya ambil tak banyak 

3 kilo gitur 

Pecahan 2kg daging pejal + 1kg tulang 

Buat sup memang mabeles 


Tanya jugak pada Si Ujang 

“Daging HARIMAU NANGES” tak do juai kat sini

Hahaha 😄


Ir. AJAK

Jalani kehidupan macam biasa 

Takkan tiap hari nak cerita rumah busuk kan !





16 January 2021

7 tips

7 ELEMEN BOLEH DIAMBIL KIRA UNTUK MEMBINA TABLE TOP & KITCHEN KABINET DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Satu alternatif yang penting jika dapat pertimbangkan untuk membina table top & kitchen kabinet di dalam ruang dapur sebuah rumah busuk

Ruang dapur sangat dekat di hati para wanita 

Malah di Musim PKP juga para Bapa suka memasak di dapur

Musim PKP nie asyik asyik pergi ke dapur 


Antara sebabnya ialah:

  1. Kerana ruang dapur akan nampak lebih sempurna apabila ada nya table top yang dilengkapi dengan kabinet atas dan bawah serta hood & dapur gas 
  2. Memang diakui bahawa memerlukan kos untuk membina table top dan memasang kitchen kabinet nie
  3. Perlu kan usaha sket lah dapatkan quatation yang bersesuaian dengan bajet kewangan yang kita ada. Buat design yang kita idamkan dalam mimpi selalu tur 
  4. Buat pilihan terdapat warna yang bersepadanan sesuai dengan persekitaran warna cat rumah atau mungkin juga lantai  tiles
  5. Kekadang apa warna pun sesuai kitchen kabinet nie ... janji nampak cantek dan menawan ... sedap mata memandang 
  6. Pilihlah kontraktor yang boleh dipercayai supaya kerja boleh disiapkan dengan sempurna dengan harga bersesuaian 
  7. Masa kerja dilaksanakan tur ... tengok tengok lah para kontraktor menyiapkan agar kerja nampak kemas dan teratur. Mana yang boleh kita beri pandangan. Kita cuba 


Para ibu dan gegadis untuk masak masak di dapur pun bersemangat sket apabila dah ada table top dan kitchen kabinet yang teratur dan kemas

Mana lah tau masakan jadi sedap yummy 

Kan kan kan😄


Kekadang tidak semestinya jenis kitchen kabinet yang mahal mahal

Ikut kemampuan n keperluan yang kita mahukan pada rumah kita 

Betoi ker pendapat saya nie

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Gambar adalah dari sumber kes rumah busuk yang telah pada yang lepas lepas 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube




09 January 2021

Layan

Layan Astro First

Tips 1
Hingga
Tips 10

Malam minggu kat umah jer 😄




Makin busuk

RUMAH BUSUK MAKIN BUSUK DAH WEH 


Rumah busuk makin busuk dah weh 

Tak cayer ker ?


Cer tengok belakang saya tur 

Semua dinding dah kena runtuh 


Terlopong sana terlopong sini 

Dah tak der rupa rumah 


Banyak kerja kena buat 

Banyak modal kena sediakan 


Duk cari idea untuk bikin rumah yang ini 

Fikir fikir mesti kena fikir 


Kasi 3 bulan untuk saya wangikan 

Jangkaan hujung mac 2021 kasi setel 


Tahun baru 2021

Kita mulakan mood baru 


Kita layan kes yang baru lah yer kan 

Weken saya luangkan masa untuk layan hobi 


Saya tak mahir nak menulis panjang panjang 

Tak der idea nak tulis bab pelaburan Kerana saya hanya layan hobi 


Orait geng

Nanti kita menulis lagi yer


Perot dah lapo 

Nak singgah makan 


Yuhuu 😄


Ir. AJAK






08 January 2021

Banjir

BANJIR

Musibah banjir 
Sedih kita lihat 
Terasa insaf di hati 

Sama sama kita mendoakan mangsa banjir 
Sangat berat untuk mereka hadapi situasi ini
Moga mereka tabah & sabar untuk terima ujian ini

InsyaAllah Aamin

Ir. AJAK

Gambar sekadar hiasan
Sumber Google 




06 January 2021

Pelan ubahsuai

PELAN KELULUSAN UBAHSUAI RUMAH
BUSUK 

Next projek 
Dah lulus satu lagi unit untuk rumah busuk 
Alhamdulillah 
Layan tetap layan hobi hartanah rumah busuk 
Berterusan layan tanpa jemu 
Dibantu oleh wife saya 
Banyak urusan wife yang bantu saya 
Tanpa beliau mana mungkin saya buat sorang sorang kan kan
Wife adalah tulang belakang saya 
Kami layan sama sama minat ini 
Urusan ke firma pelukis pelan memang wife saya yang akan deal sejak dari dulu lagi
Dah bertahun kami jadi client tetap 

Ir. AJAK



04 January 2021

Riadah

RIADAH SKET

Riadah sket potang nie
Sekadar yang mampu
Dah lamo tak riadah sejak prosedur operation 3 minggu lalu 
Keluarkan peluh 
Nak kekalkan momentum layan hobi rumah busuk 
Layan depan kolam baby ikan koi 😄

Ir. AJAK





03 January 2021

Minat Rumah Wangi

RUMAH WANGI LEBIH DIMINATI DARI RUMAH BUSUK


Ramai di kalangan kita

Lebih gemar melihat rumah yang telah siap wangi 

Berbanding dengan melihat rumah busuk 

Itu hakikat yang kita semua kena ambil tahu 

Memang itu kenyataan 

Sebab kita manusia biasa

Memang akan tertarik dengan kecantekan 

Termasuk lah saya yer !😄


Cuma saya ada passion 

Saya merasa satu kepuasan melihat sesuatu yang belum sempurna diusahakan sungguh sungguh untuk menjadi sempurna 

Seperti rumah busuk diusahakan menjadi wangi

Itu sebab saya melayan hobi hartanah rumah busuk


Nak lakukan itu:

  1. Perlu ada minat 
  2. Perlu ada semangat 
  3. Perlu ada idea
  4. Perlu ada masa
  5. Perlu ada peluang 
  6. Perlu ada support 
  7. Perlu ada modal 
  8. Perlu ada ilmu
  9. Perlu ada mentor 
  10. Perlu ada contoh cara buat
  11. Dan faktor lain lain


Jika dihuraikan 10 perkara di atas secara detail

Bleh buat kelas 1 hari tur

Kan kan

Sekadar coretan di hati cuti pagi ahad 😄


Ir. AJAK

Hobi Hartanah Rumah Busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube







02 January 2021

Makan

Selesai lawat busuk 
Bersama wife 
Singgah makan 
Sambil cari idea untuk reno reno 
Layan😄



01 January 2021

Tahun 2021

SEMANGAT TAHUN BARU 2021 LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


3 perkara utama yang perlu diambil kira dalam semangat untuk melayan hobi hartanah rumah busuk:

  1. Modal
  2. Ilmu 
  3. Masa


Modal:

Apabila disebut tentang modal

Mahu tidak mahu perlu ada yer

Modal boleh dalam bentuk tunai atau pinjaman perumahan bank 

Walaupun ada modal tetapi tiada ilmu dan masa pun ... memang tak jadik jugak 


Ilmu:

Kena cari & kutip ilmu

Bab hartanah nie memang pelbagai cabang ilmu 

Contoh rumah undercon, subsale, lelong 

Itu pun banyak pecahan lagi 

Nak beli duduk, sewa kan, homestay mahupun flip 

Memang banyak ilmu perlu di ambil kira

Malah saya pun masih peringkat belajar lagi 

Walaupun ada modal dan dan masa ... tiada ilmu pun tidak jadik jugak 


Masa:

Jika dah ada minat 

Kena cari ruang peluang untuk cari masa

Jika terlalu sibuk pun payah jugak kan

Contoh nak tengok rumah n kawasan sekitar pun tak berapa nak sempat

Ini akan ganggu untuk buat keputusan dengan lebih tepat 


Memang 3 perkara ini sangat penting lah

Ini pandangan saya jer 

Mungkin tidak kena dengan kalian 

Jika sesuai ambil sebagai panduan yer

Bleh kongsi dengan kenkawan 


Saya ambil kesempatan untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2021

Agar kita senantiasa dirahmati 

InsyaAllah Aamin 😄


Ir. AJAK

Hobi Hartanah Rumah Busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube