30 January 2021

10 Perkara Reno Rumah Busuk

10 CADANGAN PERLU AMBIL KIRA UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK


Dalam musim PKP

Hasrat melayan hobi hartanah rumah busuk 

Memang tidak ditinggalkan

Kes yang ini telah dimulakan kerja di lokasi 


Anda kenkawan jika nak layan hobi ini 

Kena cuba ambil kira beberapa faktor ini juga yer:

  1. Buat semakkan kawasan yang mahu miliki hartanah 
  2. Kirakan juga bajet hartanah rumah busuk 
  3. Mesti nak tahu apa tujuan miliki hartanah berkenaan 
  4. Perlu masukkan bajet untuk repair & reno 
  5. Pemilihan kontraktor 
  6. Jika melibatkan fully reno ada ubahsuai porch & dapur ... saya cadangkan buat permohonan pelan ubahsuai 
  7. Masa proses reno ... buat pemantauan kepada proses kerja kontraktor 
  8. Penting juga melibatkan pasangan kita ... bincang bebaik apa apa sahaja pandangan 
  9. Jangan terlalu ghairah untuk banyak sangat perubahan sewaktu reno ... nanti bajet burst 
  10. Doa bebanyak kepada ALLAH swt agar semua proses dipermudahkan oleh NYA


Cadangan untuk ubahsuai rumah busuk yang ini melibatkan item item berikut:

  1. Runtuh porch lama dan bina porch yang baru
  2. Extend bahagian dapur 
  3. Tambah 1 bilik tidur
  4. Tambah ruang santai/lepak di tingkat atas
  5. Ubah kedudukan tandas pada tingkat bawah
  6. Tambah ruang tamu bagi besar 
  7. Besar kan ruang bilik tidur utama (master bedroom)
  8. Ganti tingkap cermin nako kepada tingkap kaca aluminium frame 
  9. Bina tembok dinding kiri kanan pada porch
  10. Ganti tiles baru saiz 2x2 sebuah rumah lantai tingkat atas & tingkat bawah serta lantai tangga 
  11. Pasang plaster siling sebuah rumah termasuk porch & 3 tandas 
  12. Rewiring baru sebuah rumah & lampu downlite & kipas
  13. Piping baru sebuah rumah
  14. Ganti semua pintu pintu 
  15. Bina table top L shape sepanjang tidak kurang 15 kaki
  16. Pasang kitchen kabinet atas & bawah & hud hob 
  17. 3 tandas dilengkapi dengan water heater & cermin muka & besi penyidai tuala 
  18. Cat sebuah rumah luar & dalam
  19. Wainscoting pada ruang tamu
  20. Gril tingkap sebuah rumah 
  21. Pagar besi 4 lipat panel 
  22. Blind pada tingkap dapur 
  23. Langsir semua tingkap pada sebuah rumah 
  24. Rewiring siap: 5 point aircond & autogate


Rumah ini telah memperolehi kelulusan pelan ubahsuai dari pihak berkuasa tempatan 

Permit kerja pun memang telah ada juga


Sewaktu kerja ubahsuai berjalan kita cuba pastikan bahawa kebersihan dijaga

Jangan ada bahan binaan yang mengganggu lalulintas jiran jiran 


Rumah ini unit tengah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur & 3 tandas

Lokasi di seremban 

Jangkaan masa untuk ubahsuai penuh sebegini tak kurang tempoh 3 bulan 


Saya positif minda untuk menyiapkan proses ubahsuai rumah ini walaupun berdepan dengan suasana Musim PKP ini 

Inilah passion saya dalam melayan hobi sebegini


Saya sekadar beri pandangan sahaja

Pandangan saya Tidak semestinya tepat 

Maybe kalian kenkawan ada cerita nak dikongsi bersama 

Elok lah kita kongsi kan 

InsyaAllah 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota: kita jaga SOP ... agar pandemik Covid 19 cepat berlalu ... semalam laporan menunjukkan kes lebih 5k ... Allahuakbar 




No comments:

Post a Comment