21 August 2021

3 Kategori

3 KATEGORI MARKET VALUE (MV) BAGI RUMAH BUSUK


Weken sebegini ramai yang santai melakukan pelbagai aktiviti yer

Pergi pasar beli stok makanan basah 

Berjoging 

Berbasikal 

Hiking 

Bagi ikan makan di kolam 

Dan sebagai nya 


Saya berpandangan secara mudahnya ada 3 kategori market value (mv) bagi sebuah rumah busuk yang diperolehi samada melalui pembelian secara subsale atau melalui kaedah lelongan awam:


1. RUMAH BUSUK TANPA UBAHSUAI:

Ini bermakna rumah yang dibeli berkeadaan asal

Biasa nya para pembeli akan berusaha untuk mendapatkan harga di bawah harga pasaran semasa

Kerana rumah busuk yang berkeadaan uzur dan usang perlu dibaiki untuk kembali pulih 

Untuk mewangi kan rumah busuk sudah pasti memerlukan kewangan 

Sebagai contoh harga rumah busuk di bawah harga pasaran di antara 5% sehingga ke 40% bergantung kepada keadaan fizikal rumah pada waktu itu dan kedudukan lokasi rumah busuk berkenaan

Pada kebiasaan nya memang harga jualan di bawah mv

Ini bermakna para pembeli sudah membeli rumah busuk pada keadaan untung lah kerana harga di bawah mv

Betoikan


2. RUMAH BUSUK DIBAIKI UNTUK KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL:

Dengan mengeluarkan modal untuk membaiki semua kerosakan rumah busuk untuk kembali kepada keadaan asal rumah berkenaan 

Membaiki kerosakan yang ada seperti contoh: 

Menggantikan atap yang rosak

Pintu yang tiada

Tingkap yang pecah

Tandas yang tersumbat

Sinki dapur yang telah dicuri

Pintu pagar yang telah hilang

Membuang semua sampah sarap

Menebas rumput pada sekeliling rumah

Mengecat semula dinding luar dan dalam rumah 

Sebagai contoh lagi: katakan mv rumah busuk ialah RM100k, korang berpeluang membeli dengan harga RM75k sahaja, maka masih terdapat baki nilai RM25k (katakan sekitar 25% harga di bawah mv) lagi boleh digunakan modal untuk membaiki rumah busuk berkenaan supaya menjadi lebih sempurna dan berkeadaan baik serta boleh mencapai nilai semasa apabila dibuat penilaian harga

Dengan cuba seimbangkan kos pembaikan


3. RUMAH BUSUK DI UBAHSUAI UNTUK MENJADI RUMAH WANGI:

Dalam kategori ini

Mungkin boleh di ubahsuai rumah busuk menjadi lebih sempurna mewangi:

Bina porch kereta

Extend dapur di belakang

Pasang plaster siling

Pasang tiles lantai seluruh rumah

Rewiring baru sebuah rumah

Bina table top

Pasang kitchen kabinet atas & bawah

Baiki tandas bagi cantik

Pasang pagar 

Ganti atap jika bocor

Gantikan pintu kayu

Pasang gril

Cat dinding dengan warna yang menarik dan kemas

Apabila rumah sudah menjadi wangi dan cantik

Contoh tidak mustahil dengan hanya mv rumah basic sekitar RM100k boleh mencipta mv yang baru menjadi RM150k atau lebih kerana disebabkan keadaan rumah yang amat sudah selesa dan sempurna dengan mengambil kira item item yang telah di ubahsuai 

Betoikan


Dengan 3 kategori ini

Korang dah nampak gambaran untuk menyediakan jumlah bajet yang sesuai mengikut citarasa dan tujuan ubahsuai rumah busuk memasing

Ini sekadar pandangan saya sahaja yer

Tiada kena mengena dengan orang lain

Sekadar berkongsi ceriter rumah busuk yang ilmu di ilham kan oleh ALLAH swt ... Alhamdulillah 

Habis baca mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


Nota:

Gambar adalah kes sebenar rumah busuk dari fail kes yang lepas












No comments:

Post a Comment