14 August 2021

7 Elemen

7 ELEMEN PUPUK MINAT BAGI LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Apabila dah mula pupukkan minat untuk layan hobi hartanah rumah busuk

Dari hari ke hari kita kutip ilmu bab rumah busuk nie

Tak kira lah ilmu dari buku ker, hadir seminar ker, pelbagai media sosial atau sumber info yang lain

Cedok lah mana mana sumber ilmu yang ada


Macam macam senario perlu di lalui apabila melayan hobi rumah busuk nie

Kena ada semangat 

Kena ada matlamat

Kena ada usaha yang gigih

Kena ada support

Kena korbankan masa jua

Kena berpenat kekadang tu


1. Kena ada hala tuju:

Makner kata kena ada hala tuju

Kena tahu apa tindakan yang perlu di buat

Matlamat kena jelas sejelas jelas nya 

Biar nampak sinar di hujung terowong 


2.Nak cari rumah busuk:

Kekadang peringkat ini pun dah gagal yer

Kat mana nak cari listing nya

Masa diambil untuk pergi lawat rumah busuk

Nak mencari lokasi rumah tur lagi

Kekadang cari cari tak jumpa plak rumah tur walaupun ada alamat yang diberi ... rupa rupa nya salah alamat


3. Dapat kan semua info rumah busuk:

Jika kes lelongan awam nak dapat kan notis lelongan

Nak dapatkan carian persendirian, bil tertunggak: pintu, tanah, maintenen, tnb, air, iwk

Dengan ada info tur senang sket nak buat bajet atau keputusan nya

Jika rumah subsale .. nak dapatkan info juga lah


4. Proceed miliki rumah busuk:

Dah ada ilmu

Dah cari rumah busuk

Dah ada info

Apa lagi tunggu

Proceed lah untuk memiliki rumah busuk


5. Jika ditakdirkan gagal:

Jika kes lelong ... ditakdirkan gagal memang kerana disebabkan bajet kita RP sahaja ... sedangkan ada ramai pembida yang lain

Jika kes subsale pula ... kita harapkan markup harga ... tapi owner tak setuju

Jangan lah kecewa sampai guling guling 

Itu perkara biasa

Cari unit lain

Cari kes yang lain pula

Cuba lagi jangan putus asa yer


6. Wangi kan rumah busuk:

Cabaran nak wangi kan rumah busuk pun berbeza juga

Ada yang teruk sangat keadaan nya

Ada yang setakat cat jer dah kembali sempurna 

Jika rezki baik .. dapat yang unit dah sedia cantek ... hanya kemaskan ajer lah

Itu rezki namanya


7. Modal:

Ini ramai yang mengeluh

Ini masalah semua orang

Masalah saya juga

Modal nak deposit 

Modal kos agent

Modal kos lawyer

Modal kos valuer

Modal nak settle kan baki (jika layak buat loan okey lah tur)

Modal nak repair rumah busuk


Jika di kaji semua senario

Terus terang saya cakap

Memang tak semudah yang disangkakan untuk melayan rumah busuk nie

Hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental sahaja mampu untuk terus bertahan

Itu belum masuk isu yang pasangan memasing tak support lagi ker ... lagi leceh weh ... jangan penin kepalo sudah

Betoikan ðŸ˜€


Agak agak bila lah PKP nak tamat ... rindu nak layan hobi ini 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




No comments:

Post a Comment