26 June 2022
BrisWalk
25 June 2022
Keluar Peluh
Outing
ANGAH OUTING TODAY
Katanya dah lunch di hostel
Bila ditanya nak makan lagi ker
Bleh jer kat mana … pizza Angah cakap
Ambil kesempatan bawa gie makan
Sembang sembang santai ngan adik badik
Sebelum jam 6pm kena hantar semula
Beli barang keperluan apa yang patut
Rutin kehidupan gini lah
Minggu depan nie Along pulak dah mula final exam untuk semester ke 5
Proses pembelajaran anak2
Layan😄
Isi Masa Lapang
Enjoy
7 TIPS ENJOY LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
1. Tanam kan minat yang kuat ler:
Nak mula berjinak dengan hobi hartanah
Maka perlulah tanamkan minat terhadap hartanah tur
Ambik aura selalur
Jika buat dek jer
Memang tak jadik ler wei
Jangan harapkan mimpi jer
2. Kutip ilmu hartanah sebanyak mungkin:
Kena usaha lah sket untuk kutip ilmu hartanah sebanyak yang mungkin
Beli buku dan baca dan baca hingga paham
Ebook pun sangat membantu korang
Hadir seminar hartanah yang dianjurkan oleh sifu hartanah jika ada
Lepak minum kopi dengan orang sekeliling yang tahu tentang ilmu hartanah jika mereka berkesempatan
Joint lah group wasup geng geng hartanah
Berterusan untuk belajar Dan terus belajar
3. Folow fb otai hartanah rapat rapat:
Folow semua aktiviti otai hartanah melalui fb mereka
Selalur jer singgah kat wall demer
Baca setiap tulisan mereka yang memberi manfaat
Jika tulisan tur agak keras terkena batang hidung sendiri ... buat dek jer lah
Kutip jer semua tips yang otai hartanah bagi kat wall mereka tur ... bukan kena bayo pun ... free sharing kan kan
4. Bermula kumpul modal:
Nak beli hartanah rumah busuk mesti lah mempunyai modal
Nak ke tandas awam pun kekadang kena bayo😀
Modal untuk deposit
Modal beli rumah
Modal nak reno
Kos lawyer
Kos valuer
Kos pelukis pelan jika nak fully renovation
Kurang kurang modal tunai pun 15% daripada harga rumah busuk yang nak dibeli ... selebihnya guna loan rumah
Nak simpan modal tur maybe ambil dari sebahagian duit gaji bulanan ler
5. Mula beli rumah busuk:
Dah ada minat
Dah kutip ilmu
Dah folow fb otai
Dah kumpul modal
Masa untuk praktikkan
Pilihlah rumah yang bersesuaian dengan bajet anda dan yang berkenan di hati
Belilah rumah busuk samada melalui kaedah lelong atau kaedah subsales
6. Repair rumah busuk:
Dah beli rumah busuk
Dah setel bab dokumentasi
Masa untuk repair lah yer ... tak kan nak biar gitur jer
Bagi wangi cukup cukup rumah tur
Ikutlah bajet memasing untuk repair tur
Dah wangi mesti syok punyer ... hati akan berbunga bunga gumbira
7. Beli lah lagi rumah busuk:
Ulang semula step nombor 1 sehingga 6
Ulang lah sampai lebam
Ulang sampai termuntah
Ikut sukahati korang lah yer nak ulang banyak kali mana pun jika ada peluang
Ini sebagai panduan yang boleh korang cuber jer
Ikut kesesuaian memasing tau
Saya hanya bagi tips jer
Inilah antara step yang saya amalkan
Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain
Yuhuu😄
Nota:
Gambar rumah yang sedang direno buat masa ini
Dijangka hujung Julai 2022 bulan depan boleh siap sepenuhnya
InsyaAllah
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#hobirumahbusuk
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube
19 June 2022
Asam Pedas & DURIYAN
ASAM PEDAS & DURIYAN
Wife masakkan untuk saya 2 ekor ikan masak asam pedas
Saya memang suka masakan dari wife saya
Weken jer berpeluang untuk lunch di rumah
Weekday kerja akan makan di gerai/kedai
Saya bagi Upah
Saya belikan duriyan beli kat tepi jalan
Sewaktu OTW balik dari lokasi melayan hobi hartanah rumah busuk
Bleh ker gitur 😄
11 cabaran
11 CABARAN LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Memang syok layan hobi hartanah rumah busuk nie
Dah lebih 12 tahun sejak aktif mulai tahun 2010
Cabaran demi cabaran dilalui
Untuk mematang kan diri & pengalaman
Tidak ada istilah mudah untuk berjaya
Walaupun sekadar atas nama “layan hobi”
Komitmen saya sangat mantap untuk merealisasikan rumah busuk kepada rumah wangi
Antara 11 senarai cabaran yang dapat saya terpikir untuk dikongsi kan:
- Ilmu rumah busuk
- Nak miliki rumah busuk
- Lokasi pemilihan rumah busuk
- Cadangan untuk reno/repair rumah busuk
- Pemilihan semua kontraktor yang terlibat
- Nak supervision semua kontraktor buat kerja
- Nak pastikan kontraktor buat kerja sebaiknya
- Ubah skop kerja semasa proses reno (nak ikut kehendak hati)
- Masa yang kita luangkan untuk aktiviti rumah busuk
- Modal yang diperlukan
- Kenaikan Kos bahan binaan & Upah akibat pandemik covid 19 yang melanda
Senarai di atas adalah perkara utama yang saya fikirkan
Masih ada lagi senarai yang boleh di tambah lagi
Maybe korang boleh tambah pada ruangan komen
Cuma saya tak sempat untuk huraikan setiap perkara itu
Maner tau jika ada sokongan/permintaan dari kalian
Saya cuba cari ruang masa untuk sambung menulis lagi
Layan di pagi cuti weken ini
Yuhuu😄
Ir. AJAK
Nota: naik scooter jer ke lokasi rumah busuk
16 June 2022
Tahniah SPM
TAHNIAH & SYABAS
Tahniah & Syabas kepada semua yang telah menerima keputusan SPM pada hari ini
Uncle tumpang bangga dengan kalian anak2 semua
Walaupun apa jua keputusan yang diterima
Samada cemerlang atau sebaliknya
Terima lah dengan hati yang terbuka & tenang
Kejayaan kita pada hari ini tidak menjanji kan untuk terus berjaya pada masa hadapan
Sebalik nya jua
Kegagalan kita pada hari ini tidak semestinya akan gagal selamanya
Uncle nasihat kan
Terus kan lah merencana untuk mendaki dari tangga ke tangga yang lebih tinggi
Tanpa rasa jemu tanpa rasa putus asa
Jika tidak upaya untuk berjaya cemerlang dari segi pencapaian akademik
Gilap kemahiran diri sendiri untuk melangkah lebih jauh lagi
Peluang terbuka luas
Uncle juga masa SPM tahun 1991 tidak lah perolehi keputusan yang baik mana pun
Sekadar cukup kelayakan untuk mohon peringkat diploma jer … malu nak cakap
Alhamdulillah atas segala peluang yang tercipta sehingga ke hari ini
Cuma Uncle sangat berminat melayan hobi hartanah rumah busuk sebagai hobi
Itu jer nak cakap
👍👌😄
Ir. AJAK
Keputusan SPM Tahun 1992
12 June 2022
Santai Weken
SANTAI WEKEN
Esok dah mula sekolah semula
Petang hantar Along balik kolej
Lewat petang hantar Angah balik asrama
Waktu agak padat today
Sempat juga luang kan masa dengan kidos di kolam pagi tadi
Bekfes bersama2
Kualiti time ngan family kena ada jugak
Masing2 sibuk pada hari biasa
Esok kan dah keje macam biasa
Alhamdulillah dengan segala peluang
Ir. AJAK
Nota: malam tadi ada sedikit kecewa coz 3 minit jer mendahului Bahrain … lepas tur bolos penalti plak … adoiiii😄
11 June 2022
Jumpa Emak
ZIARAH EMAK
Ziarah Emak
Jumpa Emak
Makan masakan Emak
Sembang dengan Emak
Bergambo dengan Emak
Terapi minda saya
Sesibuk mana pun jadual
Akan diselitkan jua
Untuk bertemu Emak
Lepas Sholat Subuh pagi tadi … lama bersembang dengan Emak … mencerita kan perjalanan kerjaya saya … moga ada sinar hujung sana … saya amat yakin dengan segala Perancangan yang Allah swt telah aturkan … mohon doa restu dari Emak
InsyaAllah Aamin 😄
Personal Coaching
HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
PERSONAL COACHING
Atas permintaan
Hari ini luangkan masa di kedai kopi
Untuk berkongsi cerita & pengalaman hobi hartanah rumah busuk
Adalah sedikit pengalaman saya sejak aktif layan hobi hartanah rumah busuk sejak tahun 2010 lagi
Dah banyak rumah busuk menerima sentuhan saya & team
Kadangkala saya rajin & kadangkala saya malas untuk menerima pelawaan berdepan dengan follower
Ada komitmen masa & komitmen logistik perlu diusahakan
Kekadang saya agak sibuk dengan pelbagai urusan
Anyway kita anggap berkongsi ilmu adalah fardhu kifayah untuk memberi manfaat
InsyaAllah Aamin
10 June 2022
Memori
04 June 2022
Sukat Kabinet
01 June 2022
Profesional TEKNOLOGIS Ts
ALHAMDULILLAH
PROFESIONAL TEKNOLOGIS, Ts
Sekadar berkongsi cerita
Saya berpeluang untuk lulus temuduga/Assessment sebagai Profesional Teknologis
Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan & doa kepada saya
Amat hargai
Ir. AJAK