7 TIPS ENJOY LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
1. Tanam kan minat yang kuat ler:
Nak mula berjinak dengan hobi hartanah
Maka perlulah tanamkan minat terhadap hartanah tur
Ambik aura selalur
Jika buat dek jer
Memang tak jadik ler wei
Jangan harapkan mimpi jer
2. Kutip ilmu hartanah sebanyak mungkin:
Kena usaha lah sket untuk kutip ilmu hartanah sebanyak yang mungkin
Beli buku dan baca dan baca hingga paham
Ebook pun sangat membantu korang
Hadir seminar hartanah yang dianjurkan oleh sifu hartanah jika ada
Lepak minum kopi dengan orang sekeliling yang tahu tentang ilmu hartanah jika mereka berkesempatan
Joint lah group wasup geng geng hartanah
Berterusan untuk belajar Dan terus belajar
3. Folow fb otai hartanah rapat rapat:
Folow semua aktiviti otai hartanah melalui fb mereka
Selalur jer singgah kat wall demer
Baca setiap tulisan mereka yang memberi manfaat
Jika tulisan tur agak keras terkena batang hidung sendiri ... buat dek jer lah
Kutip jer semua tips yang otai hartanah bagi kat wall mereka tur ... bukan kena bayo pun ... free sharing kan kan
4. Bermula kumpul modal:
Nak beli hartanah rumah busuk mesti lah mempunyai modal
Nak ke tandas awam pun kekadang kena bayo😀
Modal untuk deposit
Modal beli rumah
Modal nak reno
Kos lawyer
Kos valuer
Kos pelukis pelan jika nak fully renovation
Kurang kurang modal tunai pun 15% daripada harga rumah busuk yang nak dibeli ... selebihnya guna loan rumah
Nak simpan modal tur maybe ambil dari sebahagian duit gaji bulanan ler
5. Mula beli rumah busuk:
Dah ada minat
Dah kutip ilmu
Dah folow fb otai
Dah kumpul modal
Masa untuk praktikkan
Pilihlah rumah yang bersesuaian dengan bajet anda dan yang berkenan di hati
Belilah rumah busuk samada melalui kaedah lelong atau kaedah subsales
6. Repair rumah busuk:
Dah beli rumah busuk
Dah setel bab dokumentasi
Masa untuk repair lah yer ... tak kan nak biar gitur jer
Bagi wangi cukup cukup rumah tur
Ikutlah bajet memasing untuk repair tur
Dah wangi mesti syok punyer ... hati akan berbunga bunga gumbira
7. Beli lah lagi rumah busuk:
Ulang semula step nombor 1 sehingga 6
Ulang lah sampai lebam
Ulang sampai termuntah
Ikut sukahati korang lah yer nak ulang banyak kali mana pun jika ada peluang
Ini sebagai panduan yang boleh korang cuber jer
Ikut kesesuaian memasing tau
Saya hanya bagi tips jer
Inilah antara step yang saya amalkan
Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain
Yuhuu😄
Nota:
Gambar rumah yang sedang direno buat masa ini
Dijangka hujung Julai 2022 bulan depan boleh siap sepenuhnya
InsyaAllah
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#hobirumahbusuk
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube
No comments:
Post a Comment