31 July 2022

Langsir

Layan Hobi Hartanah Rumah Busuk


Item langsir & blind

Adalah sebahagian dari item yang perlu di dalam rumah busuk untuk diwangikan 

Saya akan masukkan item ini dalam senarai keperluan 

Pagi tadi gie sukat

Petang nie dah buat tempahan 


Wife saya bab gini dia memang suka 

Saya suruh pilih warna untuk dipasang di dalam rumah busuk 

Pilih warna kain 

Pilih jenis kain


Bab nak bayo 

Ini saya penin …. Adoiii

Ini lah yang dinamakan layan hobi hartanah pada weken 

Kami bedua sama sama minat 

Ke hulu ke hilir untuk sempurnakan sebuah rumah busuk menjadi WANGI


Kekadang saya & wife yang pergi sukat & pergi tempah  … ini keadaan apabila ada kelapangan waktu 

Kekadang nak senang sket … panggil staf butik langsir datang ke lokasi … sukat … kita pilih jenis & Warna kain


Ada kala nya 

Warna yang kita pilih 

Kain plak tak cukup banyak stok nya untuk keperluan sebuah rumah 

Maka terpaksa lah pilih warna & jenis kain yang ready stok


YUHUU πŸ˜„


Ir. AJAK








Telo Ikan

Sodap pulak telo ikan masak kari …πŸ‘πŸ‘ŒπŸ˜„







30 July 2022

Cabaran

ANTARA CABARAN LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


LIKE yer frenπŸ˜„


Cabaran makin terasa untuk "games rumah busuk":

1. Makin ramai yang berminat untuk memiliki rumah busuk

2. Makin ramai pembida apabila ada lelongan awam ... Bukan setakat 5 orang tetapi kekadang lebih dari 15 orang untuk satu unit

3. Harga rizab lelong pun dah mula tinggi berbanding dengan 3 tahun yang lepas

4. Keadaan rumah busuk pun sangat uzur dan seram

5. Kos yang terlibat untuk mewangi kan makin tinggi

6. Kontraktor pulak mula demand harga dengan alasan kos bahan binaan naik harga dan kos upah buruh makin tinggi ...

7. Faktor modal juga memang antara kekangan yang memening kan kepala 


Saya sekadar layan hobi hartanah jer

SHARE untuk manfaat kenkawan yer πŸ˜„πŸ‘


Ir. AJAK








25 July 2022

Mesin Basuh

Memalam pun layan hobi rumah busuk tau
Mesej kena jawab 
Supaya mudah rakan kontraktor untuk buat kerja di lokasi 

Jikalau tidak beri kata putus 
Maka lain yang dibuat nya
Kena sabar dalam melayan hobi begini 

Layan πŸ˜„



Cinta Hati

Cinta Hati saya memasak
Memang memikat selera saya
Tak pernah tak sedap 
Alhamdulillah πŸ‘πŸ‘ŒπŸ˜„




24 July 2022

Kelengkapan

Beli kelengkapan tandas rumah busuk
Wife teman kan 
Layan hobi memang syok 
Isi masa lapang pada weken 
LayanπŸ˜„






Riadah

Riadah pagi minggu nie
Kluarkan peluh
Bau rumput aroma segar rasa nya 
Terasa lenguh .. rehat japπŸ˜„



23 July 2022

Kitchen Kabinet

WEKEN LAYAN HOBI RUMAH BUSUK

Weken mesti nak layan hobi hartanah rumah busuk
Latest progress 
Dah siap pasang simple kitchen kabinet 
Nampak makin sempurna dah rumah ini 

Kontraktor elektrik akan masuk untuk pasang semua kelengkapan elektrik dalam minggu depan ini
Dijangka seawal minggu pertama Ogos 22 dah bleh bersihkan lantai 
InsyaAllah 

YuhuuπŸ˜„

Ir. AJAK 






19 July 2022

Tahniah Along

TAHNIAH ALONG

Alhamdulillah 
Tahniah Along Muhammad Aiman
Dah buat yang terbaek 
Dah cuba kekal kan prestasi 

Esok dah mula intern selama 4 bulan 
Papa pelawa untuk intern di tempat papa bekerja … kau menolak … konon tak mahu ada pengaruh papa lah 

Takder hal papa okey jer 
Yang penting buat yang terbaek di mana lokasi pun
Jaga disiplin jaga diri 

Papa mama senantiaso mendoakan yang terbaek 
πŸ‘πŸ‘ŒπŸ˜„



17 July 2022

TISSOT Lagi

TISSOT

Saya akui
Saya “kalah” apabila tengok jenama ini 
6 bulan dah simpan duit gaji bulanan 
Last beli pada bulan January 2022
Terbeli lagi 
Padahal yang ada pun masih tak pakai lagi 
Adus tak bleh tahan 
Wife membebel jer ler .. saya tutup telinga 
πŸ™ˆ

Airport Thailand 








Tomyam

Sodap pulak TOMYAM kat sini 
Anak udang galah maneh raso eaaa πŸ‘πŸ‘ŒπŸ˜„



16 July 2022

Progres

PROGRES RUMAH BUSUK

Untuk kes rumah ini
Fully reno
4 bilik
3 tandas
Porch baru

Biarlah gambar berbicara 
YuhuuπŸ˜„









09 July 2022

Jam Tangan

JAM TANGAN

Sajer nak cerita bab jam tangan 
Pernah satu tempoh tertentu 
Beberapa tahun juga lah saya tak pakai jam tangan 
Ada stok jam tangan di rumah tapi saya tak pakai 
Guna jam pada hp sahaja 
Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya malas nak guna jam tangan 
Pergelangan tangan kiri & kanan saya memang kosong jer 

Saya agak cerewet sket bab untuk jam tangan ini
Setakat ini hanya jenama ini sahaja yang saya guna 
Ada beberapa jenis koleksi jam tangan hanya jenama yang sama sahaja
Tapi yang ini jer kerap saya pakai 
Simple menarik minat saya 
Stok yang lain lebih disimpan jer 

Jenama ini saya “obses” untuk memiliki sebagai koleksi 
Masa di Zurich Swiss pun saya pergi ke kedai ini untuk miliki jam jenama ini
Mungkin jenama yang lain harga lebih mahal … saya tak mampu kot … Tapi Bukan sebab harga … Tapi saya kurang minat dengan jenama lain .. Jika saya minat … saya sanggup menabung setiap bulan dari hasil gaji … tiba masa setahun ke 2 tahun tempoh … maybe dah boleh peluang untuk beli … Tapi Jika Bukan minat saya … bagi free pun saya kurang layan 

Bila dah “jatuh cinta” atau “minat” … itulah yang kita fokus kan selalu 
Tak gitur ker ?

Co pilot pegang stereng… ada masa nak layan FB 
Sajer saya taip bab jam tangan πŸ˜„

Nota: saya bukan nak cerita bab “harga” jam memasing yer … even harga jam RM10 pun adalah jam juga … yang penting boleh untuk melihat waktu dengan tepat … betul kan !





02 July 2022

Hobi rumah busuk

RUMAH WANGI RAMAI YANG MINAT BERBANDING RUMAH BUSUK


Ramai yang suka melihat rumah yang sudah mewangi:


  1. Mahu mewangi kan sebuah rumah memang perlukan usaha. Pelbagai usaha yang harus disatukan. Malas malas memang tak jadik laaa


  1. Melibat kan modal yang agak kasar. Pada kebiasaaan nya memang memang memerlukan modal. Nak buat itu nak buat ini kena guna khidmat kontraktor


  1. Perlukan komitmen yang tinggi. Semangat kena ada dalam usaha ini untuk mewangikan rumah busuk 


  1. Hati kena kental. Tak kisah apa orang nak cakap. Wife bebel pun telinga kena tebal 


  1. Gerak kan koordinasi dengan semua pihak. Apa sahaja yang terlibat mesti cuba gerak kan. Agent, banker, lawyer, kontraktor Dan lain2 jika berkaitan 


  1. Bersabar dalam banyak perkara. Mesti sabar jika ada apa apa isu. Cari jalan untuk selesai kan. Jika dah buntu. Bawa bertenang. Minum secawan kopi 


Saya sekadar memberi pandangan jer 

Berdasarkan pengalaman yang di lalui 

Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk







Sabtu Day

Sekadar nak mainten stamina 
Dalam kehidupan harian 
πŸ˜„