20 December 2014

Malam nie ...



Selepas kekecewaan kekalahan harimau malaya malam nie ...
Sambung meeting di malam minggu dengan biznes partner ...
Comfirm 9 lot banglo dengan current value sekitar RM 7 angka ...
Alhamdulillah urusan dipermudah kan oleh NYA ...

18 December 2014

Banker Cheque Ke Banker ...



Asalam ...
Per kabo ...
Sajer nak sharing lagi bab transaksi hartanah lelong ...
Baru terima surat dari pejabat lawyer memaklumkan bahawa pihak lawyer telah menghantar banker cheque bayaran baki 90% harga rumah lelong ...
Perkara ini perlu diambil perhatian supaya dilakukan bayaran dalam tempoh 90 hari atau 120 hari bergantung kepada Terma Terma dalam Kontrak Lelongan ...
Kekadang melaksanakan biznes partime hartanah lelong memerlukan komitmen dan disiplin jugak ...
Sekadar berkongsi pengalaman ...
Doa aku agar urusan seterus nya dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

17 December 2014

Bil tertunggak ...



Asalam ...
Per kabo ...
Proses untuk menyelesaikan transaksi rumah lelong diteruskan lagi ...
Wife dah collect semua bil tertunggak di pejabat pejabat di soromban bagi cukai tanah, bil cukai pintu, bil air dan bil elektrik ... cuma bil iwk tak sempat collect ...
Jumlah keseluruhan sekitar Ringgit Malaysia 4 angka ... jumlah yang agak besar ...
Ini adalah perkara biasa yang perlu diselesaikan dan perlu di ambil kira ...
Perlu dijelaskan bayaran bagi pertukaran hakmilik tanah ... kene setel semua ...
Jiko kenkawan membeli hartanah lelong ... maka perlu bersedia untuk membuat bayaran bil bil yang tertunggak ...
Tiap kali aku menang bidaan lelong hartanah mesti ada bil bil tertunggak ...
Kekadang nak dapatkan bil ini jugak menimbulkan masalah kerana penama rumah lelong dan bil tidak sama ...
Sekadar berkongsi pengalaman dengan kenkawan ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

14 December 2014

Perancangan Tahun 2015 ...



Asalam ...
Per kabo ...
Today coti hujung minggu hari ahad ...
Bawak anak sulong iaitu abang long untuk pergi lokasi hartanah rumah lelong yang telah di menangi dan di telah selesai perolehi geran hakmilik atas nama aku ...
Tinjau rumah ini untuk perancangan baik pulih dan mulakan renovation pada projek tahun depan 2015 ...
Rumah sedia ada teres 1 tingkat dan end lot ...
Ada 3 bilik dan 1 tandas serta 1 bilik mandi ...
Lokasi di sikamat seremban noghori sembilan ...
Sedang merancang dan mencari idea dah nie ...
Bajet cadangan kos renovarion dengan nilai Ringgit Malaysia 6 angka ... perhhh giturrrr ...
Planning boleh disiapkan pada menjelang aidilfitri tahun depan 2015 ...
Siap berkenalan dengan jiran sebelah kak jamaliah dan ambik nombor handphone untuk kemudahan kemudian hari ... kito berbuat baik dengan jiran supaya maybe boleh dapat manfaat ...
Ini lah salah satu proses hartanah lelong yang aku buat ...
Doa aku agar segala urusan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

10 December 2014

Banker Cheque ...



Asalam ...
Per kabo ...
Sajer nak update perkembangan transaksi hartanah lelong di soromban ...
2 keping Banker Cheque telah di hantar kepada 2 buah lawyer firm yang berlainan bagi lokasi hartanah lelong yang berbeza ...
Aku lantik 2 buah lawyer firm yang berbeza supaya dapat menilai prestasi kedua dua lawyer ini kerana mereka buat kerja dengan dibayar yuran guaman ... kan kannnn
Kedua dua lawyer firm ini beroperasi di bandar soromban ....
Memang dah pernah handle kes rumah hartanah lelong bagi pihak aku pada sebelum ini ...
Proses ini akan berlaku iaitu lawyer akan menghantar Banker Cheque kepada lawyer bagi pihak bank ...
Maka dari situ pihak bank akan mengesahkan penerimaan Banker Cheque bagi confirmation penerimaan baki penuh 90% bayaran jumlah bidaan rumah lelong ...
Kekadang untuk dapatkan surat confirmation dari pihak bank di Ibupejabat Bank Kuala Lumpur agak lewat kerana dipahamkan pihak bank di KL kendalikan kes di semua branch di Malaysia ...
Anyway inilah antara Proses yang perlu dilalui sebagai pembeli hartanah lelong ...
Doa aku agar urusan seterusnya akan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

07 December 2014

Today Coti Ahad ...



Asalam ...
Per kabo ...
Today coti hari ahad aktiviti membawa Muhammad Aiman anak sulong ke lokasi rumah lelong yang telah di menangi untuk cuba beri pendedahan sikit demi sedikit ...
Misi berjumpa owner yang masih tinggal di "rumah aku" ...
Misi perundingan untuk meminta owner berpindah keluar dari rumah ini dengan cara yang paling terhormat ...
Aku dah beri tempoh kepada owner selama 3 bulan untuk mengosongkan rumah beserta segala perabot ...
Ini adalah salah satu cabaran besar dalam aktiviti transaksi hartanah lelong ...
Mahu tak mahu perlu dihadapkan jugak ...
Strategi perlu diatur samada rumah ini aku perlu repair dan disewakan kerana lokasi amat amat strategik berhadapan dengan giant senawang dan McD senawang serta pusat komersial dataran senawang ...
Atau di renovation dengan secantek nyer mengikut citarasa aku dan ditukar kan hakmilik kepada yang berminat ...
Kedua dua kaedah strategi tersebut memberi manfaat dan faedah kepada orang yang memerlukan ... fardhu kifayah aku tunaikan ...
Malam nie nak berkongsi ilmu transaksi hartanah lelong dengan "RAKAN BIZNES PARTNER" ... InsyaAllah ...
Aku berdoa agar aku diberi kekuatan dan semua urusan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

06 December 2014

Today Coti Sabtu ...



Asalam ...
Per kabo ...
Coti pagi sabtu today ...
Bawak anak sulung Muhammad Aiman ke lokasi tapak rumah lelong yang sedang di renovation ... nak tanamkan minat usahawan kepada beliau pado musim coti sekolah nie ...
Progress renovation berjalan lancar dan sempurna ...
Table top di dapur sedang dipasangkan jubin tiles yang saiz besar 2 x 2 sekeping ...
Minggu depan boleh siap table top ...
Lantai pun dah ready simen render untuk di pasang tiles bersaiz besar saiz 2 x 2 sekeping ...
Usaho yang berterusan untuk menghasilkan kualiti kerja yang terbaekk ...
Aku renovation rumah ini seperti aku yang nak mendiami rumah ini ...
Aku tak buat cincai cincai beb ...
Layan hobi bab hartanah lelong rumah nie ...
Ada yang bertanyer berapa jumlah kos repair dan renovation ... ikhlas aku cakap bahawa kos sudah mencapai penghujung nilai Ringgit Malaysia 5 angka ... harap tak burst ke Ringgit Malaysia ke 6 angka ...
Aku berdoa agar segala urusan seterusnya akan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

04 December 2014

Banker Cheque ...



Asalam ...
Per kabo ...
Today lunch hour singgah di Maybank Putrajaya 10 minit jer coz ada kemudahan Priority Banking Aspire ... tak perlu nak berbaris panjang ... terus ke kaunter ... tak curi waktu kerja di pejabat pun ...
Beli Banker Cheque jumlah Ringgit Malaysia 5 angka kepada:
1. Public Bank Berhad
2. CIMB Bank Berhad
Tujuan adalah bayaran baki bidaan rumah lelong yang telah dimenangi ...
Urusan seterusnya akan minta bantuan wife aku untuk hantar dokumen dan Banker Cheque ini ke pihak lawyer bagi urusan selanjutnya ...
Cam nie proses biznes partime hartanah lelong aku ...
Tak curi waktu opis hour pun ...
Alhamdulillah ...
Doa aku agar urusan seterusnya akan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...

03 December 2014

Grill Pintu Dan Tingkap ...




Potang nie balik dari bokojooo makan gaji ...
Sempat singgah di bengkel abang welding ...
Nak beri kan bayaran ansuran ...
Maklum laaa modai biznes deen kocik jooo ...
Tempahan grill pintuu dan tingkap untuk rumah lelong yang sedang di renovation sudah hampir nak siap ...
Doa deen agar urusan seterus nya akan dipermudahkan oleh NYA ...
InsyaAllah ...
Amin ...