06 August 2016

Gunting

Rutin bulanan 
Bergunting untuk 5 kepala
Aktiviti di hujung minggu
😄

Bab 10

HOBI HARTANAH
Bab 10
Petikan dari sub tajuk
InsyaAllah

Majlis taklimat akhir

MAJLIS
======

Majlis ilmu
Pepagi dah sampai di kay el
Masih berusaha untuk melengkap ilmu di dada
Ya ALLAH berkati majlis ini 
InsyaAllah
Aamiin

Magnet

MAGNET RUMAH BUSUK
===================

Today coti hari sabtu
Kekadang aku ada ditanya dengan soalan sebegini:
"Bagaimana peluang untuk memiliki rumah busuk boleh datang"
Aku tiada jawapan yang tepat tentang perkara ini
Apa yang aku lakukan ialah dengan cara:
1. Beli rumah busuk melalui kaedah lelong
2. Beli rumah busuk dengan cara subsale
Usaha jer cari di iklan iklan di internet
Selalur ronda ronda di taman taman perumahan
Kerap bertanyer kan dari rakan rakan Agent REN
Jangan malu jugak untuk bertanyer dari kenkawan sekeliling kiter
Tanyer makcik
Tanyer pakcik
Tanyer jiran
Tanyer cikgu
Tanyer tok imam
Tanyer awex ... Jika ada awex lah yer 🌹
Anyway
Maybe ada tips yang aku mahu kongsikan kepada korang sekalian
Tapi korang jangan ada rasa prasangka buruk dengan aku yer
Janji tau ...👍
Bukan niat aku mahu "riak" atau "bangga diri"
Tapi ini yang aku rasakan 
Ini yang aku nak kongsikan
Iaitu power of "SEDEKAH"
Rajin rajin lah bersedekah wang ringgit walaupun sedikit
Jika banyak lagi membawa manfaat
Jangan ada rasa bahawa wang ringgit itu akan berkurang
Hakikat nya akan ada bertambah tambah lagi rezki itu
Usahalah:
Untuk bersedekah di tabung masjid pada hari jumaat
Bank in lah duit ke tabung sekolah tahfiz
Transfer jer wang ke perbadanan wakaf
Jika dah cukup nisab dan haul ... Wajib segerakan untuk tunaikan kewajipan berzakat ... Tak banyak pun hanya 2.5% jer
Jangan luper jugak untuk "HULUR" kan wang tanpa gagal kepada:
Emak
(Ayah aku dah meninggal)
Adik adik
Emak mertua dan bapa mertua jugak
Bapa saudara yang terdekat
Jangan lokek dan berkira sangat untuk memberi apa apa kesenangan kepada isteri dan anak anak kiter ... Bagi jer bro
Kerana dengan doa doa mereka akan membuka pintu pintu rezki yang melimpah ruah ... Cayalah korang
Kiter berkongsi rezki yang ada
Aku rasa dan aku amat yakin bahawa dengan usaha usaha di atas akan menjadik "MAGNET RUMAH BUSUK" buat diri aku dengan pelbagai peluang yang kunjung tiba
Maafkan aku kenkawan yer
Jika tulisan ini ada menyinggung hati dan perasaan kalian
Aku ikhlas untuk berkongsi ceriter
Agar apa yang aku rasai
Agar apa yang aku nikmati
Agar apa yang aku perolehi 
Agar apa yang aku capai
Agar apa yang aku dapat
Aku mahu kalian jugak dapat merasai nya pada suatu hari nanti
Aku korang copy paste jer
Jangan berkira sangat
Inilah doa aku buat kalian semua
Kerana aku tidak mampu untuk memberi manfaat wang ringgit kepada setiap kalian semua
Ini pengalaman aku
Tapi kita perlu bersungguh sungguh untuk usaha mencari rumah busuk
Tak bolehlah mengharapkan rumah busuk datang bergolek di depan mata ... Itu citer kartun
Lagi satu jangan lupa untuk berdoa sungguh sungguh mintak dari ALLAH
Sambil tur kita terus bertawakal 
Aku main taip jer apa yang aku rasa nak taip
Jika bahasa berterabur
Korang jangan kecam aku yer
Sesekali nak membebel jer ... Macam Kak Jemah 
Aku kan layan hobi rumah busuk
Tolong SHARE bebelan aku nie ... Bleh ker
Lenguh jari jemari ku menaip nie
Pohon maaf sekali lagi yer kenkawan

Ir. AJAK
www.irajak.com


05 August 2016

Coklat

Tunaikan pesanan kiddos 
Coklat 

Nasyid

LAYAN NASYID
===========

Dalam flight layan muzik nasyid
Sambil tur jari menaip
Dapat idea untuk 1 bab lagi
Nanti aku kongsi kepada korang yer
😄

Nak balik ...


Bab 9

HOBI HARTANAH ...
Bab 9 ...
Petikan ...
InsyaAllah ...

Jiwang


Below market

BELOW MARKET VALUE
==================

Merujuk kepada screen shot yang aku sertakan
Aku nak kongsi kan lagi ceriter
Beliau merupakan rakan dalam facebook aku
Harap beliau tak kisah lah dengan paparan ceriter ini yer
Kami pernah ketemu 1 kali apabila melawat hartanah tersebut
Sekali lagi ceriter bahawa aku cuba mempermudahkan urusan transaksi jual beli
Aku menjual rumah pada harga di bawah market value
Aku jual pada harga rm220 ribu
Market value dari bank ialah rm240 ribu
Sekitar 10% aku bagi diskaun boleh dikira gitur ler
Aku teriima deposit pun sekitar 2% jer dari nilai MV
Malah untuk kos lawyer fee pun aku mendahulukan bayaran dan kemudian akan di claim semula dari buyer
Buyer kekurangan modal tunai di tangan
Aku cuba mempermudahkan semua urusan
Spesifikasi rumah:
Teres 2 tingkat 
Unit tengah
4 bilik
3 tandas
Porch di reno
Dapur di reno tarik habis tanah
Lokasi yang strategik 
Mudah untuk disewakan
Aku cuba untuk permudahkan semua urusan
Aku cuba bantu di mana yang termampu
Aku cuba diskus sebaiknyer
Aku yang deal dengan direct buyer
Aku yang koordinasi dengan pihak lawyer
Aku yang beri advice
Banyak kebaikan buyer dapat:
Jimat kos Agent REN 3.18% gitur
Dapat berbincang dengan direct owner
Owner cuba sesuaikan dengan keadaan kewangan yang buyer ada
Aku heppy dapat membuat sesuatu kebaikan kepada orang lain
Moga berkat di hari jumaat today akan membuka pintu pintu rezki dan pintu pintu kebaikan untuk kita semua
Aku sekadar melayan hobi hartanah
Sambil itu memang mahu memberi manfaat kepada kalian semua
InsyaAllah 
Aamiin

Ir. AJAK
www.irajak.com