===================
Today coti hari sabtu
Kekadang aku ada ditanya dengan soalan sebegini:
"Bagaimana peluang untuk memiliki rumah busuk boleh datang"
Aku tiada jawapan yang tepat tentang perkara ini
Apa yang aku lakukan ialah dengan cara:
1. Beli rumah busuk melalui kaedah lelong
2. Beli rumah busuk dengan cara subsale
Usaha jer cari di iklan iklan di internet
Selalur ronda ronda di taman taman perumahan
Kerap bertanyer kan dari rakan rakan Agent REN
Jangan malu jugak untuk bertanyer dari kenkawan sekeliling kiter
Tanyer makcik
Tanyer pakcik
Tanyer jiran
Tanyer cikgu
Tanyer tok imam
Tanyer awex ... Jika ada awex lah yer 🌹
Anyway
Maybe ada tips yang aku mahu kongsikan kepada korang sekalian
Tapi korang jangan ada rasa prasangka buruk dengan aku yer
Janji tau ...👍
Bukan niat aku mahu "riak" atau "bangga diri"
Tapi ini yang aku rasakan
Ini yang aku nak kongsikan
Iaitu power of "SEDEKAH"
Rajin rajin lah bersedekah wang ringgit walaupun sedikit
Jika banyak lagi membawa manfaat
Jangan ada rasa bahawa wang ringgit itu akan berkurang
Hakikat nya akan ada bertambah tambah lagi rezki itu
Usahalah:
Untuk bersedekah di tabung masjid pada hari jumaat
Bank in lah duit ke tabung sekolah tahfiz
Transfer jer wang ke perbadanan wakaf
Jika dah cukup nisab dan haul ... Wajib segerakan untuk tunaikan kewajipan berzakat ... Tak banyak pun hanya 2.5% jer
Jangan luper jugak untuk "HULUR" kan wang tanpa gagal kepada:
Emak
(Ayah aku dah meninggal)
Adik adik
Emak mertua dan bapa mertua jugak
Bapa saudara yang terdekat
Jangan lokek dan berkira sangat untuk memberi apa apa kesenangan kepada isteri dan anak anak kiter ... Bagi jer bro
Kerana dengan doa doa mereka akan membuka pintu pintu rezki yang melimpah ruah ... Cayalah korang
Kiter berkongsi rezki yang ada
Aku rasa dan aku amat yakin bahawa dengan usaha usaha di atas akan menjadik "MAGNET RUMAH BUSUK" buat diri aku dengan pelbagai peluang yang kunjung tiba
Maafkan aku kenkawan yer
Jika tulisan ini ada menyinggung hati dan perasaan kalian
Aku ikhlas untuk berkongsi ceriter
Agar apa yang aku rasai
Agar apa yang aku nikmati
Agar apa yang aku perolehi
Agar apa yang aku capai
Agar apa yang aku dapat
Aku mahu kalian jugak dapat merasai nya pada suatu hari nanti
Aku korang copy paste jer
Jangan berkira sangat
Inilah doa aku buat kalian semua
Kerana aku tidak mampu untuk memberi manfaat wang ringgit kepada setiap kalian semua
Ini pengalaman aku
Tapi kita perlu bersungguh sungguh untuk usaha mencari rumah busuk
Tak bolehlah mengharapkan rumah busuk datang bergolek di depan mata ... Itu citer kartun
Lagi satu jangan lupa untuk berdoa sungguh sungguh mintak dari ALLAH
Sambil tur kita terus bertawakal
Aku main taip jer apa yang aku rasa nak taip
Jika bahasa berterabur
Korang jangan kecam aku yer
Sesekali nak membebel jer ... Macam Kak Jemah
Aku kan layan hobi rumah busuk
Tolong SHARE bebelan aku nie ... Bleh ker
Lenguh jari jemari ku menaip nie
Pohon maaf sekali lagi yer kenkawan
Ir. AJAK
www.irajak.com
No comments:
Post a Comment