03 October 2016

Siap reno

RENOVATION RUMAH SIKAMAT N.S
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Monday blues pagi
Sambungan ceriter rumah busuk kelmarin
Jika tak sempat membaca semalam boleh klik link ini yer


Lokasi: Sikamat Seremban Negeri Sembilan
Rumah: asal teres 1 tingkat unit tengah
Kelulusan: Majlis Perbandaran Seremban

Inilah hasil sentuhan diri aku melayan hobi rumah busuk 
Rumah asal di pecahkan
Di renovation
Di wangikan sewangi nya
Ada cabaran kat sini kerana kerap kali di sindir sindir oleh jiran jiran sebelah
Telah berjaya untuk disiapkan dengan sempurna
Alhamdulillah dipermudahkan oleh NYA
Biarlah gambar gambar berbicara yer
"Ingat rumah busuk ... Ingat Ir. AJAK ... Tapi Ir. AJAK tak busuk tau !!!"
Yuhuuuuu

Ir. AJAK
www.irajak.com







02 October 2016

Shower

KEPALA SHOWER
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Lebih 30 hari tak guna shower di rumah
Baru berkesempatan balik ke rumah
Dah macam tersumbat sket
Air tak mengalir laju
Kepala shower nie pun dah berkhidmat hampir 10 tahun
Nak ganti ler
Pergi kedai hardware banyak yang tutup
Iyer tak yer jugak today kan ahad
Maal Hijrah plak tur
Esok esok jerlah pergi cari
Mandi guna cebuk
Tadah air kat tong besar
Kan kan

Mendidik


Menulis buku

SEDANG MENULIS BUKU KE 2
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Sedang berusaha untuk menulis buku ke 2 HOBI HARTANAH plak ...
Dah ada deraf 10 subtajuk ...
Support aku yer kenkawan agar ada idea yang berterusan ...
.
.
Saya menulis buku
Bukan untuk glamor atau populer
Jauh sekali untuk ambil PROFIT atas jualan
Tapi sekadar berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan idea
Malah KOS CETAKAN saya yang tanggung sendiri
Buku FULL COLOUR tur
Banyak gambar berwarna
Ada 98 mukasurat
Betoikan kepada yang dah beli buku HOBI HARTANAH 
.
.
Saya anggap "dakwah" saya kepada ummah
😄

Ir. AJAK

Riadah

Mandi manda di pagi coti hari ahad ...
Riadah di kolam ...

Renovation KL

RENOVATION RUMAH KUALA LUMPUR
==============================

Salam Maal Hijrah 1438H
Sambungan ceriter rumah busuk semalam
Jika tak sempat membaca semalam boleh klik link ini


Lokasi: Kuala Lumpur
Rumah: asal teres 1 tingkat unit tengah
Renovation: teres 2 tingkat
Kelulusan: Ubahsuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 

Inilah hasil sentuhan diri aku melayan hobi rumah busuk 
Rumah asal di pecahkan
Di wangikan
Ada cabaran kerana unit tengah yang ruang agak sempit termasuk untuk meletakkan bahan binaan
Berjaya untuk disiapkan dengan sempurna
Alhamdulillah 
Biarlah gambar gambar berbicara yer
"Ingat rumah busuk ... Ingat Ir. AJAK ... Tapi Ir. AJAK tak busuk tau !!!"
Yuhuuuuu

Ir. AJAK








01 October 2016

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1438 ...

Doktor PhD

Ada ker PhD dapat gelaran DOKTOR bagi layan HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Ishhhh ishhhhh ishhhh
Semua rancak berceriter bab gelaran Doktor PhD yer di media sosial
Aku ketinggalan plak ceriter sebenarnyer
Tapi aku nak membebel jugak
Aku mengaku dengan serendah diri
Aku memang tidak memiliki kelayakan akdemik PhD
Ada aku kesah 
Yuhuuuu ....
.
.
Jika hobi rumah busuk nie 
Aku buatkan "tesis"
Agak agak universiti maner yang bleh terima yer
Agak agak Profesor di universiti tur ada pengalaman dan minat macam aku ker melayan rumah busuk
Satu lagi aku nak tanyer korang
Ada ker universiti di mana mana bernama "ARMAGEDON"
Aku merapu sket nie
Korang buat paham dah lah
Heheehee 😄
.
.
Mood layan hobi rumah busuk telah kembali
Today coti sabtu sempat lawat rumah busuk
Dinding siap cat merah tur
Tapi dah tiada bumbung
Yer
Comfirm tak ada bumbung beb
Rumah 2 tingkat
Rumah sangat uzur
Tidak boleh didiami buat masa ini
.
.
Tunggu tempoh 3 bulan transformasi akan berlaku
Planning untuk mewangikan rumah teres 2 tingkat nie
Doa kan yang terbaik yer kenkawan
InsyaAllah 
Aamiin


Ir. AJAK

Sup ekor

Pekena sup ekor
Malam jemaat yer nie
😄

Berkongsi ceriter

BERKONGSI CERITER HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
=============================

Today dah 1hb Oktober 2016
Cepat masa berlalu yer
Di bawah pohon pokok nyior aku menulis nie
Mencari idea dan ilham serta mood menulis
Sambil bawak kiddos bercoti rehat untuk mandi kolam
Aku baru nak mulakan semula ceriter hobi hartanah rumah busuk
Dah bercoti lebih sebulan dari menulis bab rumah busuk
Sejak 1hb hingga 29 September 2016 aku berada di Tanah Haram untuk tujuan mengerjakan Ibadah Haji ... Alhamdulillah 
Korang rindu kat aku ker ... "Ingat rumah busuk ... Ingat Ir. AJAK ... Tapi Ir. AJAK tak busuk tau"
Mood dan idea belum mari nie
.
.
Okey dah ada idea sket nie
Tahun ini 2016 sahaja dari January hingga September 2016 ada beberapa bijik rumah aku telah berjaya selesai untuk diwangi kan:
1. Rumah setapak kuala lumpur
2. Rumah nilai impian negeri sembilan
3. Rumah sikamat negeri sembilan
4. Rumah desa rhu sikamat negeri sembilan
5. Rumah bukit jalil selangor
6. Rumah bandar tun razak kuala lumpur
7. Rumah coral negeri sembilan
8. Rumah senawang negeri sembilan
Dah siapkan 8 bijik dalam tempoh 9 bulan
Wowww tak sangka jugak dengan pencapaian ini
Dah macam prestasi sebuah syarikat jer nie
Tapi aku tiada syarikat pun
Sekadar layan hobi hartanah jer
Aku perlu ucapkan berbanyak Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH S.W.T
Kerana diberi peluang dan kekuatan untuk tujuan ini
Diberi kesempatan dan kelapangan waktu untuk melayan "HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK" pada waktu hujung minggu dan hari coti rehat sebagai "partime job"
Layan hobi jer beb
.
.
Saban hari aku berkongsi ceriter rumah busuk di media sosial
Kekadang dikutuk dan kekadang dipuji
Ada aku kesah ... Aku belasah jer
Kekadang bahasa aku menulis nie lintang pukang
Harap korang paham jer lah
Aku bukan nya penulis yang hebat
Sekadar berkongsi pengalaman dan idea di media sosial jer
Tapi Alhamdulillah jugak bahawa aku berjaya untuk mengumpulkan kan idea dalam bentuk  sebuah buku fizikal bertajuk "HOBI HARTANAH" yang telah berjaya diterbitkan dan dipasaran pada hujung Ogos 2016 yang lalu ... Korang dah beli ker ??? 😄
.
.
Aku anggap dengan berkongsi ceriter rumah busuk ini dapat berkongsi idea dan pengalaman 
Korang dapatlah idea untuk bertindak terhadap rumah busuk
Jangan dipandang sepi terhadap rumah busuk yang ada di sekeliling kita 
Potensi rumah busuk sangat "osem" apabila dapat diwangi kan
Cik hajah neelopak mesti suker keadaan rumah yang sudah diwangikan
Aku anggap dengan berkongsi kisah rumah busuk yang aku lalui ini
Akan memeriahkan suasana dunia hartanah di malaysia nie
Ramai pakar hartanah di luar sana yang hebat-hebat belaka
Aku tak hebat macam mereka
Dalam masa yang sama ini merupakan satu Fardhu Kifayah dari aku untuk "Berkongsi Ilmu"
Ustaz kata salah satu item yang pahala akan terus mengalir di Akhirat nanti ialah "Ilmu Di Kongsikan Yang Di Manfaat Oleh Orang Lain"
Inilah kekuatan motivasi aku untuk terus menulis HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK untuk kalian semua
Masakan aku mampu untuk meluangkan masa dan lenguh menaip di keyboard nie demi untuk manfaat ummah sekalian
Sekadar mahu memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan
Betoikan 😄
.
.
Korang tolong SHARE sket tulisan nie
Bagi menaik kan semangat aku untuk terus berkongsi ceriter 
For info ... Untuk buku fizikal "HOBI HARTANAH 2" ... Macam aku dah siapkan 20 sub tajuk tau ... Tapi masih raw tulisan ler belum aku edit dan ejas ejas lagi ... Doakan untuk aku yer agar pada awal tahun depan 2017 boleh diterbitkan untuk di cetak tau
Yuhuuuu !!!

Ir. AJAK
www.irajak.com