=============================
Today dah 1hb Oktober 2016
Cepat masa berlalu yer
Di bawah pohon pokok nyior aku menulis nie
Mencari idea dan ilham serta mood menulis
Sambil bawak kiddos bercoti rehat untuk mandi kolam
Aku baru nak mulakan semula ceriter hobi hartanah rumah busuk
Dah bercoti lebih sebulan dari menulis bab rumah busuk
Sejak 1hb hingga 29 September 2016 aku berada di Tanah Haram untuk tujuan mengerjakan Ibadah Haji ... Alhamdulillah
Korang rindu kat aku ker ... "Ingat rumah busuk ... Ingat Ir. AJAK ... Tapi Ir. AJAK tak busuk tau"
Mood dan idea belum mari nie
.
.
Okey dah ada idea sket nie
Tahun ini 2016 sahaja dari January hingga September 2016 ada beberapa bijik rumah aku telah berjaya selesai untuk diwangi kan:
1. Rumah setapak kuala lumpur
2. Rumah nilai impian negeri sembilan
3. Rumah sikamat negeri sembilan
4. Rumah desa rhu sikamat negeri sembilan
5. Rumah bukit jalil selangor
6. Rumah bandar tun razak kuala lumpur
7. Rumah coral negeri sembilan
8. Rumah senawang negeri sembilan
Dah siapkan 8 bijik dalam tempoh 9 bulan
Wowww tak sangka jugak dengan pencapaian ini
Dah macam prestasi sebuah syarikat jer nie
Tapi aku tiada syarikat pun
Sekadar layan hobi hartanah jer
Aku perlu ucapkan berbanyak Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH S.W.T
Kerana diberi peluang dan kekuatan untuk tujuan ini
Diberi kesempatan dan kelapangan waktu untuk melayan "HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK" pada waktu hujung minggu dan hari coti rehat sebagai "partime job"
Layan hobi jer beb
.
.
Saban hari aku berkongsi ceriter rumah busuk di media sosial
Kekadang dikutuk dan kekadang dipuji
Ada aku kesah ... Aku belasah jer
Kekadang bahasa aku menulis nie lintang pukang
Harap korang paham jer lah
Aku bukan nya penulis yang hebat
Sekadar berkongsi pengalaman dan idea di media sosial jer
Tapi Alhamdulillah jugak bahawa aku berjaya untuk mengumpulkan kan idea dalam bentuk sebuah buku fizikal bertajuk "HOBI HARTANAH" yang telah berjaya diterbitkan dan dipasaran pada hujung Ogos 2016 yang lalu ... Korang dah beli ker ??? 😄
.
.
Aku anggap dengan berkongsi ceriter rumah busuk ini dapat berkongsi idea dan pengalaman
Korang dapatlah idea untuk bertindak terhadap rumah busuk
Jangan dipandang sepi terhadap rumah busuk yang ada di sekeliling kita
Potensi rumah busuk sangat "osem" apabila dapat diwangi kan
Cik hajah neelopak mesti suker keadaan rumah yang sudah diwangikan
Aku anggap dengan berkongsi kisah rumah busuk yang aku lalui ini
Akan memeriahkan suasana dunia hartanah di malaysia nie
Ramai pakar hartanah di luar sana yang hebat-hebat belaka
Aku tak hebat macam mereka
Dalam masa yang sama ini merupakan satu Fardhu Kifayah dari aku untuk "Berkongsi Ilmu"
Ustaz kata salah satu item yang pahala akan terus mengalir di Akhirat nanti ialah "Ilmu Di Kongsikan Yang Di Manfaat Oleh Orang Lain"
Inilah kekuatan motivasi aku untuk terus menulis HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK untuk kalian semua
Masakan aku mampu untuk meluangkan masa dan lenguh menaip di keyboard nie demi untuk manfaat ummah sekalian
Sekadar mahu memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan
Betoikan 😄
.
.
Korang tolong SHARE sket tulisan nie
Bagi menaik kan semangat aku untuk terus berkongsi ceriter
For info ... Untuk buku fizikal "HOBI HARTANAH 2" ... Macam aku dah siapkan 20 sub tajuk tau ... Tapi masih raw tulisan ler belum aku edit dan ejas ejas lagi ... Doakan untuk aku yer agar pada awal tahun depan 2017 boleh diterbitkan untuk di cetak tau
Yuhuuuu !!!
Ir. AJAK
www.irajak.com
No comments:
Post a Comment