04 May 2018

Bleh ker

Bleh ker jawapan saya nie ...





Pandangan




Kos ...

HARGA KOS UBAHSUAI SEBUAH RUMAH BUSUK


Harga kos ubahsuai sesebuah rumah busuk secara kasarnya bergantung kepada beberapa faktor berikut:


  1. Saiz sesebuah rumah busuk
  2. Pilihan item yang mahu di ubahsuai
  3. Lokasi juga kekadang memain kan peranan
  4. Bahan binaan yang digunakan
  5. Kos harga yang ditetapkan oleh kontraktor
  6. Dan pelbagai faktor faktor yang lain bersangkutan mungkin


Tak sama bagi setiap sesebuah rumah busuk

Itu pandangan saya secara ringkasnya

Apabila kita nak lebih lengkap tentang perkara ini

Kena banyak berbincang dan nego nego dengan pihak kontraktor sehingga mendapat kata sepakat 

Malah setiap kontraktor akan mengira harga kos yang berbeza kekadang nya

Biasanya begitulah yang berlaku

InsyaAllah 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





03 May 2018

Impian ...

SAYA TIDAK PUNYAI IMPIAN BESAR MANA PUN

SEKADAR LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK JER


Muhammad Adam kidos si bongsu

Sempat bertanya soalan kepada papa sewaktu perjalanan ke sekolah

“Kenapa papa suka layan rumah busuk ?”

.

.

Jawapan papa:


  1. Papa sekadar layan hobi pada hari cuti hujung minggu ... ini bermakna papa tidak bazirkan masa dengan begitu sahaja ... ada jer masa terluang maka papa akan ke lokasi rumah busuk


  1. Papa nak tolong cantek kan rumah busuk itu ... papa rasa seronok melihat rumah busuk menjadi wangi ... papa anggap macam terapi minda ... lagi dilayan lagi syok tau !


  1. Jiran jiran akan seronok kerana rumah sudah wangi ...jika ada rumah busuk di tengah tengah sebaris rumah taman perumahan ... mesti view akan cacat ... jika papa wangi kan ... mesti boleh kutip pahala kerana buat kebaikan ... jiran pun ucap terima kasih


  1. Tidak jadik sarang binatang berbisa ... jika rumah terbiar busuk ... akan ada binatang berbisa seperti sarang ular dan sebagainya ... nyamuk pun boleh membiak kat situ


  1. Tidak jadik tempat buang barangan terpakai ... kekadang ada rumah busuk dijadikan stor menyimpan barangan terpakai seperti tilam buruk, almari buruk, motor buruk dan sebagai oleh jiran sekeliling 


  1. Tidak jadik tempat jiran jiran kumpul sampah ... pernah saya lihat sebuah rumah seolah olah dijadikan tempat buang sampah .. sedih plak nengok nyer ... tikus berkeliaran


  1. Boleh kenkawan family kidos Muhammad Adam untuk tinggal menyewa ... beri peluang kepada kenalan kita untuk menyewa dengan kadar sewa yang mampu sewa ... kita cuba permudahkan urusan mereka ... mungkin ada di kalangan kenkawan kita yang kurang berkemampuan


  1. Majlis boleh kutip hasil cukai taksiran pintu ... majlis akan kutip hasil tunggakan ... bil semasa juga akan mendatangkan hasil kepada pihak majlis ... majlis ada wang maka boleh buat pembangunan infra yang lain pula


  1. Pejabat tanah boleh kutip cukai tanah ... tunggakan akan dikutip sewaktu kita mahu sempurna transaksi hartanah


  1. TNB boleh dapat collect bil bekalan elektrik ... apabila ada meter elektrik ... maka ada hasil tnb


  1. Pihak berkuasa air boleh dapat hasil dari bil meter air ... perkara ini pun sama ... penghuni akan membayar bil bulanan 


  1. Dengan adanya penyewa tinggal di rumah itu ... maybe boleh menambah jemaah di surau kariah di taman itu ...  kariah akan jadi lebih meriah kat taman tur


  1. Papa dapat membantu tuan rumah asal untuk selesaikan hutang dia di bank samada melalui belian subsale atau kaedah lelongan ... dengan cara setelkan hutang dia di bank


  1. Papa dapat berkongsi rezki kepada para kontraktor dengan mengupah mereka:
  • Kontraktor binaan
  • Kontraktor elektrik
  • Kontraktor welding
  • Kontraktor kitchen kabinet
  • Kontraktor aircon


  1. Firma guaman juga akan mendapat peluang biznes untuk handle kes ... biar lawyer buat kerja mereka ... kita bayar fee jer 


  1. Firma pelukis pelan juga akan mendapat manfaat jika papa mohon kelulusan pelan ubahsuai


  1. Ada kes kes yang papa guna khidmat agent/broker untuk urusan belian rumah busuk ... kita berkongsi rezki


  1. Kadangkala khidmat firma jurunilai hartanah juga digunakan sebahagian transaksi rumah busuk


  1. Yang pasti nya pihak lhdn memang akan dapat kutip hasil setem duty dari setiap transaksi hartanah ... kos wang proses pertukaran hakmilik juga akan dikutip oleh pihak pejabat tanah ... kerajaan akan dapat hasil


  1. Mungkin ada lagi pihak pihak lain yang tak sempat papa senaraikan di sini yang akan dapat manfaat secara langsung atau tidak langsung


Disebabkan senarai yang panjang di atas

Itulah antara sebab papa sangat suka dan teruja untuk terus melayan hobi hartanah rumah busuk

Papa tak jemu jemu layan rumah busuk sejak bertahun dahulu


Sekadar saya berkongsi sesuatu 

Jika kenkawan rasa memberi manfaat 

Cer tolong SHARE kan yer


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

Papa sedang berusaha berbincang dengan broker untuk memiliki rumah busuk gambar di atas ... doakan papa yer Muhammad Adam ... sedang nego nego harga ... modal papa kecik jer





02 May 2018

Fotokopi

FOTOKOPI 


Fotokopi dokumen rumah busuk kat dalam umah jer

Senang dah ada beli mesin fotokopi sendiri

Sendiri buat lah tak payah bayo kat kedai lagi

Tak perlu nak q kat kedai 

Tak lah apek tokei kedai tur asyik sibuk bertanya jer pasal kes kes saya nie ... kekadang sempat dia intai intai info info penting ... adoi apek kedai tur

.

.

Esok wife akan tolong untuk submit kan ke  kaunter pejabat tanah

InsyaAllah 


Ir. AJAK





Pelangi

Ada jalur pelangi 

Pagi nie di soromban

.

.

Lama saya tak kesempatan lihat di depan mata





01 May 2018

Mee segera

Teringin

Dah 2 minggu tak makan mee segera

Kuah pekat dicampur sos tomato

Yummy yummy

Buat kerja dokumentasi RUMAH BUSUK 

Terasa lapo wei

😀👍





Minyak zaiton

Kita tambah sket minyak zaiton kat badan ikan yang dah dilumur dengan perencah ikan bakar ...

Hidupkan api gas 

😀




Dah siap

Coti di hari buruh

Kita masak kat dapo

Ikan dah siang

Daun pisang dah dibersihkan

Perencah dah ado

Yeay ...





Team aircon

TEAM AIRCON DAH MULA MASUK KE RUMAH BUSUK


Ucapan SELAMAT HARI BURUH kepada semua

Selamat bercuti rehat


Hampir seminggu saya di wad hospital menerima rawatan 

Masih belum ada kesempatan untuk lawat rumah busuk lagi nie ... dah masuk minggu ke 2 tak dapat lawat

Saya masih berehat MC di dalam rumah sahaja

Saya ikut nasihat dari tuan doktor 


Saya tak kesempatan nak ke sana

Hati n perasaan ada sedikit meronta nak pergi ... dah macam bebudak plak ... hehehehe 😀

Tapi saya tahankan diri n apa kan daya

Kerja tetap berjalan macam biasa di rumah busuk

Kontraktor buat kerja macam biasa:

  1. Team binaan
  2. Team elektrik
  3. Team di bengkel gril
  4. Team kitchen kabinet
  5. Team aircon


Semalam team kontraktor aircon dah masuk buat kerja

Tebuk lubang di dinding untuk tujuan consile

Cadang nak pasang 5 bijik aircon kat rumah busuk nie ... hahaha... berangan ler tur

Point elektrik dah mintak team elektrik sediakan sejak awal awal lagi

Dah siap tebuk beb

Dah masukkan semua kelengkapan kabel n paip

Maka akan simen semula pada dinding

Touch up bagi licin dan dicat semula dinding tur

Nak nampak cantek dan sempurna perlu ada kesabaran dalam buat kerja sebegini weh


Saya hanya tengok melalui gambar jer lah yang di hantar oleh team sahaja buat masa ini ... 

Rindu nyer nak gie lawat rumah busuk

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

1 Mei 2018


#rumahbusuk