01 May 2018

Team aircon

TEAM AIRCON DAH MULA MASUK KE RUMAH BUSUK


Ucapan SELAMAT HARI BURUH kepada semua

Selamat bercuti rehat


Hampir seminggu saya di wad hospital menerima rawatan 

Masih belum ada kesempatan untuk lawat rumah busuk lagi nie ... dah masuk minggu ke 2 tak dapat lawat

Saya masih berehat MC di dalam rumah sahaja

Saya ikut nasihat dari tuan doktor 


Saya tak kesempatan nak ke sana

Hati n perasaan ada sedikit meronta nak pergi ... dah macam bebudak plak ... hehehehe 😀

Tapi saya tahankan diri n apa kan daya

Kerja tetap berjalan macam biasa di rumah busuk

Kontraktor buat kerja macam biasa:

  1. Team binaan
  2. Team elektrik
  3. Team di bengkel gril
  4. Team kitchen kabinet
  5. Team aircon


Semalam team kontraktor aircon dah masuk buat kerja

Tebuk lubang di dinding untuk tujuan consile

Cadang nak pasang 5 bijik aircon kat rumah busuk nie ... hahaha... berangan ler tur

Point elektrik dah mintak team elektrik sediakan sejak awal awal lagi

Dah siap tebuk beb

Dah masukkan semua kelengkapan kabel n paip

Maka akan simen semula pada dinding

Touch up bagi licin dan dicat semula dinding tur

Nak nampak cantek dan sempurna perlu ada kesabaran dalam buat kerja sebegini weh


Saya hanya tengok melalui gambar jer lah yang di hantar oleh team sahaja buat masa ini ... 

Rindu nyer nak gie lawat rumah busuk

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

1 Mei 2018


#rumahbusuk





No comments:

Post a Comment