SAYA TIDAK PUNYAI IMPIAN BESAR MANA PUN
SEKADAR LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK JER
Muhammad Adam kidos si bongsu
Sempat bertanya soalan kepada papa sewaktu perjalanan ke sekolah
“Kenapa papa suka layan rumah busuk ?”
.
.
Jawapan papa:
- Papa sekadar layan hobi pada hari cuti hujung minggu ... ini bermakna papa tidak bazirkan masa dengan begitu sahaja ... ada jer masa terluang maka papa akan ke lokasi rumah busuk
- Papa nak tolong cantek kan rumah busuk itu ... papa rasa seronok melihat rumah busuk menjadi wangi ... papa anggap macam terapi minda ... lagi dilayan lagi syok tau !
- Jiran jiran akan seronok kerana rumah sudah wangi ...jika ada rumah busuk di tengah tengah sebaris rumah taman perumahan ... mesti view akan cacat ... jika papa wangi kan ... mesti boleh kutip pahala kerana buat kebaikan ... jiran pun ucap terima kasih
- Tidak jadik sarang binatang berbisa ... jika rumah terbiar busuk ... akan ada binatang berbisa seperti sarang ular dan sebagainya ... nyamuk pun boleh membiak kat situ
- Tidak jadik tempat buang barangan terpakai ... kekadang ada rumah busuk dijadikan stor menyimpan barangan terpakai seperti tilam buruk, almari buruk, motor buruk dan sebagai oleh jiran sekeliling
- Tidak jadik tempat jiran jiran kumpul sampah ... pernah saya lihat sebuah rumah seolah olah dijadikan tempat buang sampah .. sedih plak nengok nyer ... tikus berkeliaran
- Boleh kenkawan family kidos Muhammad Adam untuk tinggal menyewa ... beri peluang kepada kenalan kita untuk menyewa dengan kadar sewa yang mampu sewa ... kita cuba permudahkan urusan mereka ... mungkin ada di kalangan kenkawan kita yang kurang berkemampuan
- Majlis boleh kutip hasil cukai taksiran pintu ... majlis akan kutip hasil tunggakan ... bil semasa juga akan mendatangkan hasil kepada pihak majlis ... majlis ada wang maka boleh buat pembangunan infra yang lain pula
- Pejabat tanah boleh kutip cukai tanah ... tunggakan akan dikutip sewaktu kita mahu sempurna transaksi hartanah
- TNB boleh dapat collect bil bekalan elektrik ... apabila ada meter elektrik ... maka ada hasil tnb
- Pihak berkuasa air boleh dapat hasil dari bil meter air ... perkara ini pun sama ... penghuni akan membayar bil bulanan
- Dengan adanya penyewa tinggal di rumah itu ... maybe boleh menambah jemaah di surau kariah di taman itu ... kariah akan jadi lebih meriah kat taman tur
- Papa dapat membantu tuan rumah asal untuk selesaikan hutang dia di bank samada melalui belian subsale atau kaedah lelongan ... dengan cara setelkan hutang dia di bank
- Papa dapat berkongsi rezki kepada para kontraktor dengan mengupah mereka:
- Kontraktor binaan
- Kontraktor elektrik
- Kontraktor welding
- Kontraktor kitchen kabinet
- Kontraktor aircon
- Firma guaman juga akan mendapat peluang biznes untuk handle kes ... biar lawyer buat kerja mereka ... kita bayar fee jer
- Firma pelukis pelan juga akan mendapat manfaat jika papa mohon kelulusan pelan ubahsuai
- Ada kes kes yang papa guna khidmat agent/broker untuk urusan belian rumah busuk ... kita berkongsi rezki
- Kadangkala khidmat firma jurunilai hartanah juga digunakan sebahagian transaksi rumah busuk
- Yang pasti nya pihak lhdn memang akan dapat kutip hasil setem duty dari setiap transaksi hartanah ... kos wang proses pertukaran hakmilik juga akan dikutip oleh pihak pejabat tanah ... kerajaan akan dapat hasil
- Mungkin ada lagi pihak pihak lain yang tak sempat papa senaraikan di sini yang akan dapat manfaat secara langsung atau tidak langsung
Disebabkan senarai yang panjang di atas
Itulah antara sebab papa sangat suka dan teruja untuk terus melayan hobi hartanah rumah busuk
Papa tak jemu jemu layan rumah busuk sejak bertahun dahulu
Sekadar saya berkongsi sesuatu
Jika kenkawan rasa memberi manfaat
Cer tolong SHARE kan yer
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Papa sedang berusaha berbincang dengan broker untuk memiliki rumah busuk gambar di atas ... doakan papa yer Muhammad Adam ... sedang nego nego harga ... modal papa kecik jer
No comments:
Post a Comment