25 May 2019

Pekasam

Sahur ngan pekasam membuka selera ngan nasi panaz 😀👍




24 May 2019

Sayang

Sayang kat semua❤️





2 blind

PASANG BLIND


Saya nak pasang blind

Untuk 2 biji rumah serentak:

1. Rumah no 40

2. Rumah no 42

Hanya warna corak Kitchen kabinet berbeza

Yang lain semua sama

Pasang blind pada tingkap tur

Warna apa yang sesuai yer

Tolong kenkawan bagi idea

Sajer syok nak deco deco rumah 

Lepas asar jam 5pm kontraktor kedai blind akan datang sukat

Duk fikir nak pasang langsir jugak bagi 2 buah rumah ini

Tak abih2 dengan aktiviti rumah busuk saya nie

Tengok kira bajet ciput saya nie

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk







Blind

Saya nak pasang blind

Pada tingkap tur

Warna apa yang sesuai yer

Tolong kenkawan 😀





Jiwang




Sahur



23 May 2019

Izin



13 inspirasi

13 BERI INSPIRASI UNTUK RUMAH BUSUK


Hari ini saya ingin berkongsi kan beberapa perkara yang boleh memberi sumber inspirasi kepada kenkawan untuk melayan hobi hartanah rumah busuk


Perasaan kita akan berbunga apabila melihat rumah sudah tersedia mewangi:

  1. Perlu ada keyakinan untuk memiliki rumah busuk
  2. Perlu ada keyakinan untuk mewangi kan rumah busuk
  3. Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu melakukan yang sebaiknya
  4. Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu merancang untuk membaik pulih rumah busuk
  5. Perlu ada keyakinan untuk kita melaksanakan perbagai perkara untuk koordinasi kan pelbagai tindakan yang perlu untuk tujuan baik pulih
  6. Perlu ada keyakinan untuk kita menangkis kata kata dari jiran jiran sebelah ... "Boleh ker nak di baik pulih ???"
  7. Perlu ada keyakinan untuk kita buat pemilihan kontraktor yang mampu membaik pulih sehingga siap sempurna
  8. Perlu ada keyakinan untuk kita mampu menyediakan bajet kewangan yang mencukupi
  9. Perlu ada keyakinan untuk kita berbincang dan terus berbincang untuk selesaikan semua perkara yang terlibat untuk me wangi kan rumah busuk
  10. Perlu ada kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua isu isu berkaitan rumah busuk
  11. Selera kita memang "rendah" apabila melihat rumah busuk nie ... Tapi perlu ada inspirasi
  12. Carilah teman untuk menyuburkan minat terhadap rumah busuk nie: ayah, ibu, suami, isteri, abang, adik, pakwe, makwe
  13. Cari lah mentor agar mendapat sokongan n nasihat 


Kalian boleh melihat perbezaan rumah busuk dan rumah yang sudah mewangi 

Biar lah gambar yang berbicara

Lebih selesa untuk didiami

Saya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk

Cuma sekarang ini terbatas kerana keuzuran tangan patah dibedah dimasukkan 3 batang besi bersimen 


Selamat berpuasa yer kenkawan 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk
























Kudapan

5 minit terakhir sahur ... kudapan😀




22 May 2019

Semua tak boleh

SEMUA TAK BOLEH

BILA PLAK NAK MERASA NYA

HEHEHEHE 😀


Today dah 17 Ramadhan 

Saya minta maaf bebanyak kat kalian semua yer

Nak tulis ini pun takut terguris hati n perasaan kalian plak

Kang kurang plak pahalo puaso saya


Kekadang saya terbaca jugak tulisan dari rakan2 sekalian

Rakan2 dari pelbagai bidang penulisan di FB

Ada yang mempunyai follower yang berpuluh ribu atau ratusan ribu ramai nya

Ramai pengikut dengan setiap tulisan akan dapat banyak like n komen

Kenkawan pun heppy baca

Harap penulisan itu tidak hipokrit

Jangan ditanya tulisan dari siapa yer

Saya tidak tuju kepada seseorang

Saya tulis secara umum jer

Okey yer😀


Sekali saya baca macam2 tak boleh di nasihat nya:

  1. Tak boleh beli kereta mahal jenama H
  2. Tak boleh beli rumah mahal landed 
  3. Tak boleh nak pergi holiday ke oberc
  4. Tak boleh buat personal loan
  5. Tak boleh nak makan tempat ada econ
  6. Tak boleh nak beli kelengkapan diri macam jam mahal or henbag
  7. Tak boleh nak beli motor besar
  8. Tak boleh nak buat majlis sanding meriah
  9. Tak boleh nak layan hobi yang melibatkan duit
  10. Tak boleh nak beli langsir baru
  11. Tak boleh nak beli baru raya sedondon family 


Bila plak nak merasanya

Entah lah macam2 tak boleh nya

Kita sebagai manusia biasa memang mempunyai kehendak n naluri

Mahu itu dan ini

Senang cakap nak merasa banyak perkara sewaktu kita hidup nie

Cuma jangan lah sampai “ bior papa asal begayer”

Kita tahu ukur di badan sendiri

Kita ambil tanggungjawab sewajarnya


Kita juga perlu insaf bahawa rezeki itu Allah yang beri

Tugas kita berusaha sebaiknya, berdoa n tawakal

Ada rezki setiap orang

Rezki tak salah alamat 

Jangan terlalu risau untuk berhutang jika perlu ... cuma urus dengan sebaiknya .. dah memang nature biznes bank pun untuk beri kemudahan loan

Actually... Saya tidak lah hebat .. tak upaya untuk beri nasihat kepada kenkawan pun


Hidup saya sederhana jer

Asyik2 layan hobi hartanah rumah busuk

Cuma hari ini tiada gambar 2 jari tau .. kang wife tarik telinga ... yuhuu😀

Bulan Ramadhan Kareem kita cuba rebut sebanyak pahalo

InsyaAllah 


Ir. AJAK