22 May 2019

Semua tak boleh

SEMUA TAK BOLEH

BILA PLAK NAK MERASA NYA

HEHEHEHE ๐Ÿ˜€


Today dah 17 Ramadhan 

Saya minta maaf bebanyak kat kalian semua yer

Nak tulis ini pun takut terguris hati n perasaan kalian plak

Kang kurang plak pahalo puaso saya


Kekadang saya terbaca jugak tulisan dari rakan2 sekalian

Rakan2 dari pelbagai bidang penulisan di FB

Ada yang mempunyai follower yang berpuluh ribu atau ratusan ribu ramai nya

Ramai pengikut dengan setiap tulisan akan dapat banyak like n komen

Kenkawan pun heppy baca

Harap penulisan itu tidak hipokrit

Jangan ditanya tulisan dari siapa yer

Saya tidak tuju kepada seseorang

Saya tulis secara umum jer

Okey yer๐Ÿ˜€


Sekali saya baca macam2 tak boleh di nasihat nya:

  1. Tak boleh beli kereta mahal jenama H
  2. Tak boleh beli rumah mahal landed 
  3. Tak boleh nak pergi holiday ke oberc
  4. Tak boleh buat personal loan
  5. Tak boleh nak makan tempat ada econ
  6. Tak boleh nak beli kelengkapan diri macam jam mahal or henbag
  7. Tak boleh nak beli motor besar
  8. Tak boleh nak buat majlis sanding meriah
  9. Tak boleh nak layan hobi yang melibatkan duit
  10. Tak boleh nak beli langsir baru
  11. Tak boleh nak beli baru raya sedondon family 


Bila plak nak merasanya

Entah lah macam2 tak boleh nya

Kita sebagai manusia biasa memang mempunyai kehendak n naluri

Mahu itu dan ini

Senang cakap nak merasa banyak perkara sewaktu kita hidup nie

Cuma jangan lah sampai “ bior papa asal begayer”

Kita tahu ukur di badan sendiri

Kita ambil tanggungjawab sewajarnya


Kita juga perlu insaf bahawa rezeki itu Allah yang beri

Tugas kita berusaha sebaiknya, berdoa n tawakal

Ada rezki setiap orang

Rezki tak salah alamat 

Jangan terlalu risau untuk berhutang jika perlu ... cuma urus dengan sebaiknya .. dah memang nature biznes bank pun untuk beri kemudahan loan

Actually... Saya tidak lah hebat .. tak upaya untuk beri nasihat kepada kenkawan pun


Hidup saya sederhana jer

Asyik2 layan hobi hartanah rumah busuk

Cuma hari ini tiada gambar 2 jari tau .. kang wife tarik telinga ... yuhuu๐Ÿ˜€

Bulan Ramadhan Kareem kita cuba rebut sebanyak pahalo

InsyaAllah 


Ir. AJAK






No comments:

Post a Comment