13 BERI INSPIRASI UNTUK RUMAH BUSUK
Hari ini saya ingin berkongsi kan beberapa perkara yang boleh memberi sumber inspirasi kepada kenkawan untuk melayan hobi hartanah rumah busuk
Perasaan kita akan berbunga apabila melihat rumah sudah tersedia mewangi:
- Perlu ada keyakinan untuk memiliki rumah busuk
- Perlu ada keyakinan untuk mewangi kan rumah busuk
- Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu melakukan yang sebaiknya
- Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu merancang untuk membaik pulih rumah busuk
- Perlu ada keyakinan untuk kita melaksanakan perbagai perkara untuk koordinasi kan pelbagai tindakan yang perlu untuk tujuan baik pulih
- Perlu ada keyakinan untuk kita menangkis kata kata dari jiran jiran sebelah ... "Boleh ker nak di baik pulih ???"
- Perlu ada keyakinan untuk kita buat pemilihan kontraktor yang mampu membaik pulih sehingga siap sempurna
- Perlu ada keyakinan untuk kita mampu menyediakan bajet kewangan yang mencukupi
- Perlu ada keyakinan untuk kita berbincang dan terus berbincang untuk selesaikan semua perkara yang terlibat untuk me wangi kan rumah busuk
- Perlu ada kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua isu isu berkaitan rumah busuk
- Selera kita memang "rendah" apabila melihat rumah busuk nie ... Tapi perlu ada inspirasi
- Carilah teman untuk menyuburkan minat terhadap rumah busuk nie: ayah, ibu, suami, isteri, abang, adik, pakwe, makwe
- Cari lah mentor agar mendapat sokongan n nasihat
Kalian boleh melihat perbezaan rumah busuk dan rumah yang sudah mewangi
Biar lah gambar yang berbicara
Lebih selesa untuk didiami
Saya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk
Cuma sekarang ini terbatas kerana keuzuran tangan patah dibedah dimasukkan 3 batang besi bersimen
Selamat berpuasa yer kenkawan
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment