18 January 2020

Singgah

URUSAN RUMAH BUSUK LAGI 


Potang nie

Ada urusan rumah busuk lagi 

Jenjalan dongan wife di bandar seremban 

Singgah kedai langsir 

Buat tempahan sebuah rumah 

Pasang langsir & blind 

Wife dah buat pilihan warna 

Layan jer lah 

Yuhuu ðŸ˜„


It. AJAK 

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk 







Belimbing

Wife sangat cantek di mata saya

Rajin memasak sesedap plak tur di dapur 

Memang mendatangkan masalah kepada saya 

Sukar saya nak kontrol diet makan 

Makin gemuk saya 

Camner tur Adoiii😄




15 January 2020

Iphone 11

11 JUSTIFIKASI BELI HANPHONE BARU SEBAGAI REWARD DIRI


Dah 2 tahun henpon tak berganti

Memori dalam hanphone pun dah hampir penuh kerana:

  1. Simpan gambar & video dengan kapisiti melebihi 51 ribu jumlahnya (banyak gambar kes rumah busuk)
  2. Nota untuk pelbagai tulisan hampir ke 3 ribu (termasuk tulisan kerjaya)
  3. Nombor contact sejak dari dulu dulu lebih 7 ribu (mungkin ada nombor yang bertindih agaknya sejak bertahun tahun dahulu)


Maka saya ambil keputusan untuk gantikan dengan yang baru 

Kebetulan semalam cuti umum di N9 

Maka saya & wife sesajer berjalan di shopping complex untuk mengisi masa lapang 


Jenjalan punya jenjalan singgah di kedai henpon 

Pilih punya pilih dah berkenan di hati

Terbeli lah 2 biji iPhone

Satu untuk saya 

Satu lagi untuk wife tersayang yer


Sesekali perlu juga reward diri & wife 

Kami berusaha untuk mencari rezki

Maka ada masa perlu lah untuk terapi minda jua pergi membeli 

Alhamdulillah TQ ALLAH


Akan dimanfaat kan kemudahan yang ini dengan sebaik nya untuk pelbagai tujuan kebaikan dengan 11 justifikasi:

  1. Tangkap gambar & video rumah busuk dan simpan 
  2. Menaip pelbagai tulisan yang bemanfaat & simpan di notes 
  3. Senang nak simpan nombor telefon yang berkaitan 
  4. Sekarang nie banyak perkara yang memerlukan kemudaan hanphone ... contoh info dah scan melalui QR CODE ... maka boleh save dalam hanphone 
  5. Nak lakukan pelbagai transaksi perbankan seharian di portal bank bank dengan jimat kan masa pergi ke bank 
  6. Layan Facebook, Whatapps & pelbagai aplikasi 
  7. Nak tengok emel rasmi & info 
  8. Layan Youtube dengan pelbagai info yang bermanfaat 
  9. Sesekali layan soppink di lazada untuk mencari barang yang harga patut 
  10. Sesekali rehat kan minda layan simple games 
  11. Tengok tengok gambar untuk mencari idea & Sumber inspirasi melayan hobi hartanah rumah busuk 


Sekadar perkongsian saya untuk menjustifikasikan pembelian hanphone Baru

Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk 











13 January 2020

Progres porch

7 KEBAIKAN MEMASANG PLASTER SILING DI DALAM RUMAH BUSUK


Monday blues nie kekadang terasa malas

Konon nya nak bersantai santai jer kan

Itu lumrah kehidupan seharian kita sebagai manusia

Kekadang ada masa mood cargas semacam 

Kekadang datang mood malas tur tak bleh nak dipaksa paksa

Hahahaha 😀


Progres makin banyak ke atas kes rumah busuk yang ini

Saya heppy melihat progres sebegini

Kontraktor terus cuba menyiapkan kerja kerja

Cuma sewaktu proses renovation nie

Ada barang barang yang hilang: 2 biji kereta sorong, tangga, pemotong dan benda benda kecil yang lain ... ada budak nakal lah tur ... adoiii😀


Antara kebaikan memasng plaster siling ialah:

  1. Siling nampak kemas
  2. Ruang nampak luas
  3. Akan menaikan nilai rumah busuk
  4. Boleh naikkan kadar sewa sket
  5. Pembeli rumah pun mudah jatuh hati
  6. Apabila di pasang lampu downlite LED akan nampak terang jer ... tambahan jika dicat warna putih
  7. Penyewa pun suka nak menyewa bilik atau rumah


Usahakan lah untuk pasang plaster siling 

Ini merupakan salah satu strategi untuk memberi tambah nilai kepada sebuah rumah busuk

Sekadar perkongsian sahaja yer Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk




12 January 2020

Tepi tasik

Tunaikan permintaan kidos untuk datang

Baru sempat bawak kidos ke sini

Sejak balik dari umrah 2 minggu lepas 

Ini baru sempat ada kelapangan waktu

Sibuk dengan pelbagai urusan sejak dua menjak nie

Alhamdulillah selera kidos makan

Bertambah nasi

Tambah pula cuaca sejuk hujan nie haa

Perot pun lapo

Selalu makan di sekitar bandar seremban jer

Nie kiter gie sempadan negeri jiran plak

















08 January 2020

Dapur

RUANG DAPUR DI RUMAH BUSUK


Makin mewangi dah bahagian ruang dapur pada rumah busuk kes yang ini:

  1. Dah extend ruang dapur 
  2. Dah pasang lantai tiles
  3. Dah pasang plaster siling
  4. Lampu downlite LED
  5. Kipas siling
  6. Socket elektrik 
  7. Paip air mesin basuh & paip buang air
  8. Table top L shape
  9. Kitchen kabinet atas & bawah
  10. 2 sinki bowl & 2 paip air
  11. Hood & hob
  12. Blind pada tingkap
  13. Warna cat dinding
  14. Gril pada pintu dapur & tingkap


Saya gembira apabila usaha membuahkan hasil sebegini

Melibatkan gabungan koordinasi beberapa geng kontraktor dengan pelbagai kemahiran yang dimiliki

Usaha sungguh sungguh tanpa jemu & kesabaran

Alhamdulillah


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





07 January 2020

Okey ker ...

Sajer nak tanya 

Okey ker rumah nie

Dah hampir mewangi

Progres 99% siap

Yuhuu 😀





Terlopong

DINDING RUMAH BUSUK DAH TERLOPONG WEH 


Dinding rumah busuk dah terlopong

Terlopong besar plak tur

Terlopong macam gini tur dikira biasa laaa dalam proses untuk reno

Ketuk sana ketuk sini

Gerudi sana gerudi sini


Ir. AJAK memang selalur buat hal

Tak kena di pandangan mata jer

Kasi runtuh kan

Bina semula ikut kehendak hati

Bina di sudut sana pulak ... hahahaha 

Itu lah nama nya layan hobi hartanah rumah busuk

Aduduuu 😀

Korang jangan pelik yer


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





06 January 2020

Rezeki

ADA REZKI MASUK


Semalam saya kongsikan cerita “HULUR”

Malam sebelum sholat Isyak saya call bonda untuk tanya kabar ... selesai berborak saya transfer sedikit jumlah wang kepada bonda kerana keperluan adik ... tak lah banyak jumlahnya


Awal pagi nie terima mesej wasup dari pihak lawyer bagi kes wang reimburse daripada kes lelong (banyak jugak kena bayar cukai pintu & cukai tanah bagi kes lelong itu) ... biasa nya agak lambat dapat wang reimburse ini sedangkan dokumen pun belum dapat dari pihak pembiaya


Kalian nampak tak

Senario kes ini

Macam macam boleh Allah aturkan tentang rezki ini

Maner sangka bahawa wang boleh dapat terlebih dahulu berbanding dokumen yang sepatutnya 

Pada kes dahulu lelong ... biasa nya wang paling last akan dapat dari pihak berhak melelong


Ini sebagai contoh sahaja

Untuk motivasi kita bersama

Untuk panduan kita bersama

Tiada tujuan untuk ujub dan sebagai nya

Kita positif untuk memperbaiki diri dari hari ke hari

Sangat baik untuk panduan & keinsafan diri saya yan banyak kekurangan ini

Maafkan saya jika tersalah cakap & perbuatan


Ir. AJAK



05 January 2020

Hulur

HULUR


Abang yang dalam gambar pada cermin sisi kereta saya ini 

Memang mencari rezki dengan cara mengutip barang barang terpakai

Dengan berjalan kaki & menolak kereta sorong itu dengan kudrat yang ada & pakaian agak lusuh

Saban hari begitu

Pernah terserempak juga pada malam hari


Beliau akan merayau di taman taman sekitar

Pada hemat saya beliau kurang upaya kerana pada cara jalan & butiran pertuturan yang tidak jelas di dengar

Apabila saya terserempak di tepi jalan

Secara tak sengaja pasti saya akan berhenti kan kenderaan 


Apa yang ada di dalam kocek seluar saya akan “hulur” kan sebagai sedekah kepada beliau

Bukan ganjaran/balasan yang saya mahukan dari dia

Bukan glamour yang saya cari 

Bukan publisiti yang saya kejarkan


Cuma sekadar untuk nasihat kan kepada diri saya agar terus istiqamah untuk terus “hulur” kan apa yang ada bagi dikongsikan dengan orang lain

Pasti ada nilai di sisi NYA kelak

Malah ini juga tips pembuka jalan jalan pintu pintu rezeki untuk kita & family 

Mungkin tidak semata mata hanya rezeki wang ringgit ... rezeki yang pelbagai nanti nya

Yakinlah InsyaAllah 😀


Ir. AJAK

Sekadar coretan saya sahaja yer berhenti di tepi jalan raya