HULUR
Abang yang dalam gambar pada cermin sisi kereta saya ini
Memang mencari rezki dengan cara mengutip barang barang terpakai
Dengan berjalan kaki & menolak kereta sorong itu dengan kudrat yang ada & pakaian agak lusuh
Saban hari begitu
Pernah terserempak juga pada malam hari
Beliau akan merayau di taman taman sekitar
Pada hemat saya beliau kurang upaya kerana pada cara jalan & butiran pertuturan yang tidak jelas di dengar
Apabila saya terserempak di tepi jalan
Secara tak sengaja pasti saya akan berhenti kan kenderaan
Apa yang ada di dalam kocek seluar saya akan “hulur” kan sebagai sedekah kepada beliau
Bukan ganjaran/balasan yang saya mahukan dari dia
Bukan glamour yang saya cari
Bukan publisiti yang saya kejarkan
Cuma sekadar untuk nasihat kan kepada diri saya agar terus istiqamah untuk terus “hulur” kan apa yang ada bagi dikongsikan dengan orang lain
Pasti ada nilai di sisi NYA kelak
Malah ini juga tips pembuka jalan jalan pintu pintu rezeki untuk kita & family
Mungkin tidak semata mata hanya rezeki wang ringgit ... rezeki yang pelbagai nanti nya
Yakinlah InsyaAllah 😀
Ir. AJAK
Sekadar coretan saya sahaja yer berhenti di tepi jalan raya
No comments:
Post a Comment